LIMA TAHUN TELAH BERLALU...
Kehidupan seorang Halwa Afrina kembali normal. Tak ada lagi sugardaddy, tak ada lagi Davano Ezander. Antara kisah mereka berdua sudah lama tamat. Namun rindu, tak pernah kenal erti tamat.
"Halwa! I nak keluar kejap tau!" seru Vanessa pada Halwa.
"Okay!" balas Halwa.
Vanessa nak ke mana lagi kalau tak pergi jumpa dengan kekasih hati. Namanya, Sona. Bukan jenama barang-barang elektronik tetapi nama kepada kekasih hati Vanessa. Sona berasal daripada Kazakstan. Vanessa bertemu dengan Sona sewaktu di kafe. Waktu itu, Vanessa yang menggantikan tempat Halwa untuk jaga kaunter. Di situlah titik pertemuan antara mereka. Halwa tumpang senang dengan mereka berdua.
Vivian. Dia pula masih lagi menjalani rawatan berkala. Kesihatan Vivian sangatlah di utamakan untuk menjaga Vivian daripada jatuh sakit lebih teruk. Doktor kata Vivian berpotensi untuk mendapat sakit yang lebih teruk. Kerana itulah Halwa dengan Vanessa akan lebih tegas terhadap Vivian.
Mereka bertiga pun sudah pindah ke banglo.
Kenalah pindah ke tempat yang lebih selesa. Memandangkan mereka itu sudah berkemampuan untuk beli sebiji banglo bertingkat dua. Tak boleh rumah besar-besar sangat, susah nak jaga juga. Mereka tak ada upah orang gaji tapi ada upah nurse peribadi untuk jagakan Vivian. Jadi berempatlah mereka tinggal di dalam banglo.
Untungnyalah, Vanessa sudah ada kekasih hati. Tinggalah Halwa saja yang masih mengunci hati dia untuk Davano. Nombor telefon lelaki itu juga sudah lama di tukar. Halwa pernah nak hubungi lelaki itu tapi sayangnya tidak dapat. Mungkin juga Davano benar-benar tidak mahu dia berhubung lagi jadi menyekat nombor telefon yang dulu.
Halwa merindui Davano.
Sangat. Namun tak ada apa yang dapat dia buat. Semuanya sudah berakhir sejak lima tahun lalu lagi. Dia yang perlu move on. Ternyata, bukanlah senang untuk melupakan. Makin Halwa cuba untuk lupa, makin teringat terus dia kepada lelaki itu. Macam terlampau melekat lelaki itu dalam fikirannya. Atau mungkin tak jumpa pintu move on? Huh.
Halwa memakai kasut Nike yang berwarna putih. Dia keluar daripada rumah, mahu ke kafe untuk membuka perniagaan. Nasiblah Vivian sudah ada di kafe sana. Tak adalah Halwa kena kelam-kabut untuk ke kafe. Baru selangkah Halwa maju, telefonnya berdering. Pantas saja dia mengangkat panggilan tersebut.
unknown
"Ya hello?"
Tiada balasan. Halwa berkerut dahi. Ini orang mana pula yang nak main-mainkan dia di waktu pagi begini?
"Hello, siapa ni?" soal Halwa.
Namun masih juga tak ada balasan. Halwa mendengus. Ini siapa sebenarnya yang buat panggilan tapi tidak pun bercakap ketika di soal? Memang nak kena!
Jari Halwa menekan butang end call.
Buang masa betul aku layan. Bukannya nak bercakap. Lain kali kalau nak call pastikan bercakap. Jangan nak buat orang saspen. Aku bagi penumbuk sekali kang meraung satu bulan.
Halwa terus masuk ke kereta.
Dia memandu menuju ke kafe. Dia sekarang mahu fokus kepada kafenya. Itu adalah perniagaan dia. Hak milik dia. Sudah lima tahun pula dia dengan dua lagi temannya mengusahakan kafe tersebut. Alhamdulillah, makin ramai pelanggan datang dan makin larislah jualan mereka. Pekerja pun bertambah juga.
Setelah beberapa puluh minit berkendara, akhirnya sampai juga di Golden Cafe.
Halwa keluar daripada perut kereta, lalu di mengunci keretanya. Dihirup dalam udara sebelum kaki mengatur langkah menuju ke pintu kafe. Belum sampai tangan Halwa mencapai pemegang pintu kafe, tiba-tiba telefonnya berdering lagi. Halwa melepas keluh. Tak habis-habis lagi? Dengan malas dia mengangkat panggilan.
from unknown
Tetapi daripada nombor yang sama. Mesti orang-orang yang bermain dengan membuat panggilan palsu. Sesiapa pun yang buat hal begini, anda sangat memenatkan.
"Hello siapa ni?" soal Halwa dengan nada yang tinggi.
"Jangan nak main-main boleh tak?!" marahnya lagi.
Terdengar suara gelak tawa halus dari corong telefon. Halwa berkerut dahi. Ini hantu pocong mana yang nak bagi prank pada pagi begini?
"Siapa ni?" soal Halwa namun kali ini dengan nada yang rendah.
Senyap.
Seketika, dengar suara deheman dari corong telefon. Makin berkedut dahi Halwa. Siapakah?
"Siapa ni?" soalan itu diulang lagi.
"It's your sugardaddy."
Halwa tersentak.
Davano tergelak kecil.
Yes, it's your SUGARDADDY.
- T A M A T -
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...