VANESSA melabuhkan punggung di atas sofa. Matanya tertumpu terus kepada kaca televisyen yang sekarang tengah menayangkan drama korea; That Secret Agent Become My Wife. Tangannya pula giat mengambil kuaci yang ada di mangkuk putih lalu disumbat ke mulut.
Halwa sekadar memerhati. Kawannya ini tidak minat kepada novel tetapi minat pada drama-drama korea. Padahal keduanya sama sahaja, hanyalah fiksi semata. Halwa berdecit, rasa geram bila Vanessa terlalu fokus pada kaca televisyen itu.
"Kawan kau yang tengah sakit kepala ni kau tak nak bantu ke?" soal Halwa dengan lagak memicit-micit kepala. Dia memandang saja ke arah Vanessa yang langsung tidak bereaksi kepada apa yang Halwa utarakan tadi.
"Vans.... kau tak kisah ke dekat kawan kau ni. Kau tolonglah aku," pinta Halwa membuat mulutnya muncung seperti paruh burung gagak. Vanessa menjeling kecil pada Halwa, kemudian dia tidak membalas apa-apa. Dibiarkan saja Halwa.
Halwa mencebik. Macam inikah namanya kawan? Kawan dalam masalah bukannya dibantu, malah sibuk pula dengan drama yang tertayang di televisyen. Esok jangan tanya kenapa kalau tv itu rosak.
"Aku nak beli novel baru..." adu Halwa. Vanessa terus memaling wajah ke arah Halwa. Dipandang atas bawah Halwa itu sebelum satu jelingan diberikan Vanessa. Budak inikan, kalau bab novel tu memang berpisah tiada hari-hari esoknya.
"Yang you ni merungut banyak kenapa? I tengok you okey je pun." Vanessa bertanya namun tangannya tetap berjalan dari mangkuk ke mulut membuka kulit kuaci dan menyumbat isi kuaci ke dalam mulut. Kalau makan kuaci ni memang tak akan ingat dunia, nikmatnya makan kuaci tu memang mengalahkan sting aku yahuu.
Halwa mengangkat kedua belah tangannya, jari telunjuk di sentuh-sentuhkan bersama, memandang ke anak mata Vanessa dengan kedipan dan muka dibuat comel. Vanessa menjongket bibir, macamlah comel dia buat begitu.
"Aku tak ada duit nak beli novel baru... aku nak cari kerja tapi tak ada kerja kosong..." Halwa membuat muka sedih, dengan mulut dilebarkan ke bawah, sengaja mahu buat drama di hadapan muka Vanessa yang memang menyampah melihat Halwa begitu.
"Habistu, you nak suruh I buat apa? Bawa you jumpa bomoh and suruh dia bagi you toyol and then suruh toyol tu curi novel? Macamtu ke?"
Halwa terus berubah air muka. Dipandang atas bawah kawannya itu. Elok-elok orang cerita pasal kerja, duit, novel, kenapa tiba-tiba masuk bomoh dengan toyol pula ini? Macam tiber je tu.
"Aku ni kan tak tahulah siapa bodoh dekat cerita ni. Tahu tak, aku perlukan kerja untuk dapat duit dan aku boleh beli novel. Tapi masalahnya aku tak ada kerja dan tak ada duit jadi aku tak boleh nak beli novel baru. Sekarang aku nak kau tolong aku!"
Vanessa menghembuskan nafas. Susahlah kalau begini. Kawan dia satu ini memang tak boleh nak melupakan novel, sama macam Vanessa tak boleh nak lupakan mantannya sebelum ini. Err tiber.
"Kalau macamtu, you pergilah cari kerja." Vanessa tersenyum setelah mencadangkan hal yang sudah pun Halwa sebut sebelum ini. Dia kata dia dah cuba cari, tapi tak ada! Aduhai, sengal betullah ada kawan macam Vanessa ini.
"Aku dah cuba cari tapi tak ada. Sekarang ni aku nak tahu apa aku patut buat." Halwa mengambil bantal berbentuk empat segi sama kemudian ditekup ke wajahnya. Apalah Vanessa, tak boleh nak pakai benor.
Vanessa menjongket bahu. Manalah dia tahu. Tapi kalau nak jumpa bomoh tu masih tersenarai di dalam pilihan. Vanessa berfikir sejenak. Rasanya dia boleh selesaikan masalah ini dengan formula; X² - X³. Haaa.
"Apa kata you cari je mana-mana orang kaya. Lepastu you goda diorang dan kahwin dengan diorang! Nanti senanglah hidup you lepastu," Vanessa tersenyum bangga menayangkan lagi hidung tinggi kerana terlalu merasa bangga.
"Dan masalahnya... aku tak nak kahwin!" Halwa tidak setuju dengan semua ini. Terlalu awal jikalau dia mahu berkahwin. Lagipun, dia masih lagi mahukan kehidupan bersendiriannya ini. Tak puas lagi nak hidup single.
"Hmm... apa kata you cari SUGARDADDY?" Vanessa menjongket lagi keningnya. Tentu cadangan ini akan lebih efektif kerana sugardaddy tak akan berkahwin dengan sugarbaby mereka. Tak gitu? Kalau salah maaflah. Maklumlah sebelum ini tak pernah lagi... er stop.
"Sugardaddy?" Halwa menyerotkan bibir. Dia berfikir sejenak. Kalau dia cari sugardaddy, tentu dia akan disuruh buat perkara yang tak elok dan Halwa masih lagi pentingkan maruahnya.... tapi kalau Halwa cari sugardaddy yang tak ada love interests, tentu dia akan lebih selamat.
"Baiklah! I go with finding a sugardaddy!" dengan selamba Halwa mengangkat tinggi tangannya ke atas. Vanessa berkerut dahi. Biar lasagna kawannya yang nerd ini mahu cari sugardaddy hanya untuk memenuhi kehendak hati?
"You know the risk you taking when becoming a sugarbaby right?" Vanessa risau dengan Halwa. Kawannya ini muslim dan tak patut sampai mencari sugardaddy untuk beli buku novel. Bukankah patut dia berdoa pada Tuhan?
"Aku tahu benda ni bahaya tapi aku tetap akan buat. Kau tahu kan ada je sugardaddy yang tak akan suruh sugarbaby dia untuk buat benda tu. Nanti aku akan cari sugardaddy yang paling tepat untuk diri aku! Dan pentingnya, tak membahayakan maruah aku juga." Halwa angguk-angguk sambil tersenyum. Err, ghisau.
"Sugardaddy pun ada taste. If they look at you, confirm diorang reject. You know sugardaddy like beautiful girl with a pretty body."
Halwa tersenyum miring.
"Dan tak semua sugardaddy pentingkan hal tu. They like innocent girl. Heheh," tersengih-sengih Halwa. Vanessa menjungkit bibirnya, merasa macam nak ketuk saja kepala Halwa. Nerdy bukan main, tapi otak tu MATURE thing. Ish, ish, ish!
"But trust me Halwa, you are not going to do this." kata Vanessa. Dia kembali fokus pada kaca televisyen. Halwa menjeling. Memandangkan ini saja caranya, jadi dia akan buat.
"And guess what happen if I get a sugardaddy? I will make sure to get the Golden Cafe," nekad Halwa. Vanessa menjongket bahu. Biarkanlah kawannya itu berangan sekejap, kasihan pula kalau nak tepuk dahi bagi sedar ke realita.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...