07

10.4K 402 44
                                    

PADA awal pagi lagi Halwa sudah bersiap-siap untuk memulakan misi mencari sugardaddy. Dia tidak akan biarkan dirinya terus menerus dibelenggu dengan rasa tidak tenang tanpa uang. Dia perlukan uang untuk menambah koleksi buku novelnya lagi.

"Halwa... you nak pergi mana?" soal Vanessa. Tergamam sedikit dia melihat pemakaian Halwa. Selama ini tidak pernah lagi nak melawa-lawa bagai kalau keluar, namun kali ini berbeda dari sebelumnya.

Vanessa teringatkan sesuatu.

"Don't tell me that you are going to find a sugardaddy!" ucap Vanessa menekup mulut dengan kedua telapak tangannya. Halwa sekadar tersengih miring dan membalas anggukan. Vanessa tergamam.

"Are you crazy?!" Vanessa hampir saja kehilangan oksigen. Tak akanlah sebab dia berikan cadangan nak cari sugardaddy, Halwa benar-benar mahu melakukan hal gila itu? Bahaya tahu tak!

"Janganlah kau risau. Benda ni tak akan jadi isu besar pun. Aku akan pastikan sugardaddy aku tak ada love interest ataupun paling senangnya aku cari je yang gay." Halwa tersenyum. Vanessa menggaru dahi, apakah kebodohan yang dia dengar sekarang?

"You bodoh ke mabuk sekarang ni? You tahu tak betapa bahayanya kalau you become a sugarbaby." Vanessa tidak sanggup jikalau membiarkan kawan baik dia ini rosak hanya kerana sugardaddy yang bakal dia cari nanti. Tentu Vanessa yang akan dipersalahkan nanti.

"Kau janganlah doakan perkara macamtu. Kau doalah benda baik-baik untuk aku. Kau percayalah dekat aku," Halwa mengedipkan matanya sebelah. Dia sudah nekad dalam dada untuk mencari sugardaddy. Berpetualang untuk mencari seorang lelaki yang kaya raya untuk dia jadikan sebagai SUGARDADDY.

Tanpa berlama-lama, Halwa pun segera mengatur lankah menuju ke pintu hadapan. Dia terhenti tatkala lengannya ditarik oleh Vanessa. Vanessa menggeleng kepala.

"You tak patut buat sampai macamni demi duit. You know, I boleh je bagi dua duit gaji I untuk you." Vanessa benar-benar tidak mahu kawan dia ini terjebak di dalam kandang dosa yang bakal disesali nantinya.

"Vanessa. Aku tahu kau risau tapi kau percayalah dekat aku. Aku akan balik dalam keadaan yang selamat," ucap Halwa kemudian mengangguk-angguk. Tangan ditepuk ke bahu Vanessa. Dia kembali mengatur langkahnya setelah kasut nike milik dia itu dipakai.

Vanessa melepaskan keluh panjang. Dipandang saja Halwa yang sudah makin jauh berjalan ke hadapan dengan rasa konfiden macam kerajaan langit ayoh pink. Vanessa berdoa dalam hati agar kawannya itu sentiasa dilindungi Tuhan.

Kalaulah ada apa-apa jadi kepada diri Halwa, tentu Vanessa tak akan dapat maafkan dirinya sendiri kerana dialah punca semua ini jadi. Kerana dirinyalah yang membuatkan Halwa pergi.

Halwa... come back safely. Monolog Vanessa. Berdebar laju jantungnya di dalam dada. Sungguh dia katakan, dia takut dan dia rasa tak sedap hati.

HALWA terhenti di sebuah syarikat yang gah di hadapannya. Dia dengan selamba berjalan masuk ke dalam syarikat tersebut. Sampai saja ke tempat kaunter hadapan, dia berfikir sejenak. Apa soalan patut dia tanya ya?

"Ya cik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soal si perempuan. Halwa tersenyum kelat. Kenapa rasa gugup pula hendak bertanya ya?

"Saya sebenarnya nak tanya pasal pemilik syarikat ni. Dia masih muda ke dah tua?" soalan bodoh akhirnya meluncur keluar daripada mulut Halwa. Ah, benar-benar memalukan diri saja si Halwa Afrina ini.

Si perempuan yang ada di hadapan berkerut seribu. Banyak pertanyaan yang sedang berlari di dalam fikirannya hinggakan dia berfikir bahawa Halwa sebenarnya adalah orang gila yang terobses dengan bos mereka.

"Maaflah cik, kami tak boleh bagitahu soal peribadi bos kami." perempuan itu tampak sedang tersenyum kelat kepada Halwa. Selama dia bekerja di situ, tak pernah lagi orang bertanya tentang usia bosnya.

"Tolonglah awak... saya sekarang ni nak cari sugardaddy!" beritahu Halwa. Halwa sudah malas mahu menyimpan niatnya itu di dalam hati. Biarkan semua orang tahu tentang niat tersembunyi Halwa.

Perempuan itu sedikit tergamam dengan apa yang Halwa ucap. Tidak dia sangka, masih wujud pula perempuan yang sedang mencari hal yang tidak sepatutnya mereka cari.

"Maaflah. Syarikat kami ini tak ada buat agen untuk cari suami. Kalau cik nak, cik boleh cari dekat dating.com." Haa sudah. Sekali dengan aplikasi dating perempuan itu bagi. Halwa berdecit, bukan app itu yang mahu dia bahaskan aduhai.

"Ah takpelah cik. Dekat syarikat ni nampaknya bos awak tu tak adalah kaya mana kan? Takpe, saya faham," ujar Halwa sedikit menyindir. Dia terus saja keluar daripada syarikat itu dengan rasa kcewa kerana tidak dapat pun sugardaddy. Sekurang-kurangnya dia sudah dapat dua lelaki kaya di bandar ini.

Halwa menghembus nafas panjang. Apa gunanya dia mengeluh? Dah memang penampilan dia yang tidak seberapa, tentulah mereka yang lain akan ragu-ragu terhadap dirinya. Coba saja yang goodlooking lalu, tentu mereka tak akan tanya dan mengesyak itu adalah tetamu istimewa.

Ah, dasar dunia yang tidak adil.

Halwa berjalan-jalan sehinggalah langkah dia benar-benar terhenti pada Golden Cafe. Makin ramai pula pelanggan di dalam kafe itu. Lebih-lebih pula bila dilihat dengan para pekerjanya yang dipenuhi dengan pekerja perempuan, dengan rupa yang cantik semestinya.

Patutlah saja Halwa dipecat begitu saja macam anak kambing dibuang tepi jalan. Halwa menendang satu batu kecil. Misi mahu mencari sugardaddy malah, terjumpa dengan tempat kerjanya sebelum ini. Tentulah itu membuatkan Halwa rasa sakit di hati.

Tak adil.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now