14

9.6K 374 3
                                    

NOVEL yang baru dibeli Halwa waktu kemarin itu dibacanya dengan tenang di atas katil. Satu demi satu muka surat kertas dia selak. Matanya bergerak dari kiri ke kanan, mulut terkumat-kamit membaca tiap ayat yang di cetak atas kertas putih tersebut.

Seketika, telefonnya berdering. Mengejutkan Halwa yang fokus pada pembacaannya. Dicapai telefon yang terletak atas meja tepi katil, dia memerhati nama yang terpapar pada skrin. Sugardaddy. Berkerut dahi Halwa, kenapa lelaki ini tiba-tiba saja menelefonnya?

Jari menekan butang terima pada panggilan tersebut, walaupun dia tidak ketahui apa yang dikehendaki Davano. Telefon dilekat di telinga kirinya.

"Hello?" Halwa bersuara.

"Are you busy?" soalan itu Davano aju pada Halwa. Halwa berfikir sejenak, ada apa sebenarnya dia menelefon?

"Tak busy pun. Kenapa?" kini soalan diberi kepada Davano.

"I want to take you out for dinner."

Halwa terkedu. Merasakan ada rerama yang sedang berdansa-dansa di dalam perutnya. Kembang kempis hidung Halwa. Kali pertama dia diajak makan malam dengan lelaki, lelaki tampan pula!

"Sure. Why not kan?" Halwa sudah mengukir sengih lebar di tepi bibirnya.

"That's good to hear. Navis will pick you up."

Halwa mengangguk. "Boleh tak kalau saya nak ajak Vanessa sekali?"

Davano diam. Terdengar helaan nafas dari corong telefon. "Dinner is only between you and me dear." Kata-kata Davano membuatkan Halwa terus diam tak bersuara.

"Okay..." balas Halwa setelah sekian mendiam diri.

"Good. I'll see you later," ucap Davano sebelum panggilan ditamatkan.

Halwa menurunkan telefon itu ke bawah, dia pandang skrin telefonnya lama. Satu nafas kecil dilepas keluar. Tak apalah tak dapat bawa Vanessa sekali. Lagipun Vanessa tentu sibuk dengan pekerjaan sekarang.

Halwa kembali menyambung pembacaannya.

TEPAT pada pukul lapan malam, Navis sudah menunggu Halwa di hadapan pintu. Lonceng rumah dibunyikan sebanyak dua kali sebelum Vanessa membukakan pintu. Dia sedikit terkejut melihat Navis.

"Why are you here?" soal Vanessa. Navis menunduk kecil pada Vanessa.

"I'm here to pick Miss Halwa with me."

Makin berkerutlah dahi Vanessa. Ke mana pula lelaki ini mahu membawa sahabatnya pada malam-malam begini? Halwa kebetulan keluar daripada bilik, tepat pada masa. Dia mengatur langkah mendekati Vanessa.

"Davano ajak aku dinner dengan dia. Aku jalan dulu tau. Bye!" beritahu Halwa.

Lengan Halwa ditarik Vanessa. "You betul ke nak dinner je? Tak takut ke nanti ada apa-apa yang jadi?" soal Vanessa, dia risau jika Davano dan Navis ini adalah agenda jahat di sebalik semua ini.

Navis yang mendengar berdehem kecil. Mereka bukannya lelaki yang mengambil kesempatan ke atas wanita. Itu bukanlah kerja mereka.

"It's just a normal dinner, miss. You don't need to worry because Mister Davano don't have a love or sex interests," tutur Navis mahu menyedapkan hati si gadis bernama Vanessa.

Halwa memegang tangan Vanessa. Dia tahu rakannya ini risau tapi Halwa tahu hendak menjaga diri. Dia tahu sampai mana batasan dia antara lelaki itu. Dia tidak lupa pada agamanya.

"Janganlah risau. Aku pergi sekejap je. Kau doakan aku yang baik-baik okey?" Halwa memeluk tubuh Vanessa. Vanessa mengeluh, dia akhirnya membiarkan Halwa pergi bersama Navis.









Ezander Bungalow.

Halwa keluar daripada kereta, matanya terbuka luas melihat banglo yang berdiri gah di hadapannya. Selama dia hidup, banglo inilah kali pertama dia lihat begitu mewah. Bahkan halamannya saja boleh dimuatkan untuk buat majlis kenduri besar-besaran.

Hmm, sugardaddy aku ni heheh. Gumam hati kecil Halwa.

"Mari masuk miss," ajak Navis.

Kaki diatur menuju masuk ke banglo tersebut. Mata Halwa bebas menerokai tiap sudut banglo yang penuh dengan barang-barang mewah. Mulut Halwa pula tak habis mengucapkan perkataan 'wah'. Kata pujian pula tak habis Halwa desis dalam hatinya.

"Selamat datang miss," sapa seorang perempuan membuatkan Halwa terus bertoleh. Dia memandang perempuan yang berpakaian dengan gaun berwarna kelabu. Pada pandangan Halwa, tentu perempuan ini seorang maid.

Dia tersenyum pada Halwa. "Mari ikut saya miss," kata perempuan.

"Eh? Kenapa?" soal Halwa kebingungan. Tak akanlah dia dibawa ke sini sebab nak dijadikan maid baru pula? Nanti dia cincang-cincang Davano kalau berani tipu dirinya.

"Untuk berdandan miss. Tuan Davano suruh saya untuk dandankan miss. Miss ada makan malam yang istimewa dengan tuan," ujar si maid itu membuatkan lagi kedutan pada dahi Halwa. Kenapa pula sampai hendak didandankan bagai? Tak elokkah pakaian yang dia pakai sekarang?

"Janganlah miss risau. Tuan Davano yang memberi arahan semua ini. Saya cuma jalankan arahan."

Halwa melepaskan nafas kecil. Memandangkan maid itu bilang dari arahan Davano, kenalah Halwa ikutkan juga. Nanti tidak pasal-pasal pula dia dihalau daripada sini sebab buat hal. Dahlah dekat rumah orang.

Dengan perasaan khawatir yang cuba Halwa tepis, dia hanya mengikuti saja ke mana si maid mahu membawanya. Maid itu membawa Halwa ke sebuah ruangan yang mana dikhaskan untuk Halwa didandani.

Langkah Halwa mendadak terhenti tatkala mata menangkap sebuah gaun yang begitu indah di hadapan. Bagaikan mimpi di alam disney, sungguh cantik gaun yang Halwa pandang sekarang.

"Itulah gaun yang tuan sediakan untuk miss. Dan tudung pun ada juga disediakan. Semua ini khas untuk miss," ucap maid yang membawa Halwa ke bilik ini.

Halwa berjalan mendekati gaun tersebut. Tangan memegang lembut pada gaun tersebut. Indah. Puji Halwa dalam hati. Selama ini, dia hanya mampu bermimpi. Tetapi kali ini, semuanya ada di depan mata.

 Tetapi kali ini, semuanya ada di depan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- copyright to pinterest - 😂

Terasa tekaknya gatal mahu berteriak kerana keterujaan yang memukul dadanya ketika itu. Jika ini adalah sebuah mimpi dan bayangannya sahaja, jujur dia katakan, ini adalah yang terindah dari segala mimpi yang dia pernah ada.

"Mari kami siapkan miss sekarang."

Halwa menoleh dan terlihat ada beberapa orang maid yang turut ada berdiri di samping maid tadi. Halwa mengukir senyum kemudian anggukan dia berikan tanda setuju.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now