"Kau tunggu sini jap, aku nak pergi tandas sekejap," beritahu Daily sebelum dia berlari menuju masuk ke mall semula untuk cari tandas.
Halwa hanya memerhati.
Dia tergelak. Itulah, tadi dia dah pesan suruh pergi tandas kalau tak tahan sangat sakit perut. Itulah, sebabkan makan punya pasal. Sampai tak ingat dunia. Hah, padanlah muka sekarang. Halwa kemudian membuka telefonnya. Baru saja jari mahu menekan aplikasi instagram, tiba-tiba ada yang memanggil.
"Hey girl!" panggil seseorang yang berkaca mata daripada kereta hitam sana.
Dahi Halwa berkedut hairan. Lelaki mana yang datang nak ngorat nerdy macam dia dekat bandar begini? Sedangkan dekat KL itu pun tak ada sesiapa hendak mendekati. Aduhai.
"Come here!" panggil lelaki itu lagi.
Dengan polos, Halwa mengatur langkah mendekati kereta tersebut.
"Yes?"
Si lelaki membuka kaca matanya.
Aledan.
Namun tidak lah Halwa kenali kerana dia baru kali ini berjumpa dengan Aledan. Bahkan sedikit pelik dengan dirinya. Yalah, pak cik mana yang bergaya banget ini kan? Macam pak cik aku.
"Be careful," ucap Aledan.
Makin berkerut dahi Halwa. Apa yang dia cakapkan ni? Berhati-hati sebab kenapa? Haih. Memang semua orang tak nak bagitahu ke apa sebenarnya agenda diaorang untuk suruh berhati-hati? Halwa bermonolog. Kalau diingatkan balik, ramai yang suka berahsia dengan dia. Termasuklah Davano sendiri.
"Why I should be?" tanya Halwa.
Dia kenalah tahu apa sebab. Tak akanlah tak bersebab? Dia tahu untuk keselamatan. Tetapi, atas faktor apa yang membuatkan dia terancam sampaikan bahas pasal keselamatan seolah-olah dia bakal mati besok hari?
"The man who always by your side are very dangerous."
Halwa berfikir sejenak.
Lelaki mana yang ada dekat dengan dirinya? Adakah keluarga? Tapi Halwa mana ada lagi keluarga. Terlintas nama Davano.
"You mean my sugardaddy?" ops. Terlepas.
Aledan tertawa.
Sugardaddy? What a stupid gelaran!
Halwa baru tersedar dengan kesilapan dia. Matilanak pontianak. Halwa, yang engkau ni bebal sangat kenapa hah? Dah berbuku kau baca novel tak akanlah tak boleh nak aware langsung dengan hal-hal begini?! Halwa mengutuk dirinya sendiri.
"Yes. Your sugardaddy. He have a lot of secret."
Memang sudah lama tahu.
"But that what he likes," balas Halwa.
Bukankah kita dah tahu, Davano Ezander itu suka berahsia berbanding kongsi. Memang Halwa tak hairan dengan yang begini. Sudah berkali dia di perlakukan begitu, macam juga sekarang.
"Oh, you might know some secret but not all. There's been a lot thing he've been hiding from you."
"I don't care. I trust him. Saya percayakan sugardaddy saya," ucap Halwa memang sengaja mahu guna bahasa melayu.
"No, don't trust him. He's such a cunning man. He can manipulate people by word and also, money."
Halwa tersentap.
"Careful girl," ucap Aledan lagi. Kereta hitam tadi terus saja meluncur meninggalkan tempat itu. Turun naik dada Halwa kerana nafasnya yang teratur.
Siapa dia? Apa maksud dia?
"Halwa!" panggil Daily melambaikan tangan kepada Halwa. Dia berjalan mendekati Halwa yang sedikit pucat wajahnya.
"Eh, kau okey tak? Pucat semacam aje muka kau."
Daily menyentuh pipi Halwa namun Halwa segera menepis. Dia melarikkan senyum kepada Daily. Dia tak boleh buat Daily risau dengan apa yang telah dia hadap. Cukuplah dia melibatkan keluarga Davano demi kepentingan diri dia sendiri. Walhal, Halwa tak ada apa pun hubungan dekat dengan Davano.
"Are you guys done?" soal Navis yang baru memunculkan diri.
"Yea all done!" ucap Daily lalu dia menarik tangan Halwa.
Mereka masuk ke dalam kereta. Navis membuntuti saja mereka dari belakang.
Halwa termenung memandang akan bangunan yag tinggi-tinggi, kereta yang berjenama turut lalu lalang di atas jalan raya ini. Halwa teringat-ingat tentang si lelaki tua tadi. Pesanan itu bukan sekadar pesanan soal mati. Tapi pesanan yang membawa mati.
"Be careful."
Halwa tak faham.
Boleh tak semua ini dipercepatkan?
Halwa melepaskan keluh kecil.
Daily menoleh kecil kepada Halwa. Apa yang Halwa runsingkan ea? Dia tak suka ke bila aku datang dia enjoy sama-sama? Ataupun sebenarnya.... ada perkara yang Halwa juga sorokkan daripada kami? Daily bermonolog.
Berfikir bahawa ini hanyalah sebuah drama.
Katakan iya.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...