31

5.8K 247 12
                                    

SUASANA begitu hening tanpa seorang pun berbicara. Mrs Kendall. Kelihatan wanita itu sedang menunduk memandang ke lantai. Berkecamuk fikiran dia bila anak tunggalnya, Mike Tyler, berada di hadapan dia sekarang. Namun jauh di sanubari, dia merelakan apa sahaja yang bakal terjadi.

Mike meletakkan kaki ke atas meja.

"Eh, parece que esta vieja casa se esta volviendo mas buena que el ultimo dia que vine. Ahora, deberiamos ponernos en nuestro negocio senora?" kata Mike pada Mrs Kendall. Sempat pula matanya memerhati ruang tamu. (Huh, it seems like this old house is getting more good than last day I came. Now, should we getting on to our bussiness madam?)

Mrs Kendall tak membalas apa-apa.

Mike tersenyum sinis. Dia kemudian mengambil satu kertas putih. Borang tentang penyerahan hak milik sepenuhnya syarikat.

"Oye anciana, quiero que firmes esto." sungguh biadab Mike mengeluarkan kata-kata suruhan pada Mrs Kendall. (Hey old lady, I want you to sign this.)

Dia menghempaskan borang tersebut di hadapan meja. Dia mahu wanita itu tanda tangan atas kertas yang telah pun dia beri. Dia mahu kerjanya ini cepat selesai agar dia boleh uruskan rancangan dia seterusnya.

Mrs Kendall mengangkat muka.

"Por que habria?" tanya Mrs Kendall. (Why would I?).

Terjungkit tinggi mulut Mike mengukirkan senyum sinisnya.

"Por que? Me preguntas por que? Hahaha! Que tipo de broma crees que es esto? Firmar y estamos resolviendo todo esto aqui. Es por tu propio bien." (Why? You ask me why? Hahaha! What kind of joke you think this is? Sign and we are settling this all here. It's for your own good.)

Davano yang dari tadi mendengar, dia tersenyum sumbing. Sungguh kurang ajar seorang anak berbicara begitu di hadapan emaknya yang sudah mengandungkan dia selama sembilan bulan. Tak sedar diri, datang tak bagi salam, minta terus syarikat?

"Como era de esperar, alguien realmente puede ladrar como un perro de mierda para complacer a la gente que da de comer," sinis Davano berkata menyindir Mike yang duduk di samping sahaja. Dia mengibaratkan diri Mike seperti anjing yang mengonggong minta makanan. Sampah. (As expected, someone can really bark like a piece of shit dog to please people giving food).

Mike panas hati dengar apa yang barusan Davano ucap. Dia menarik pistol dari sisi lalu diacukan kepada Davano. Dia paling pantang dengan orang yang suka menyibuk akan hal dirinya. Lebih lagi soal sekarang ini.

"Quien eres tu para meterte en tu gilipollas? No eres nada para ella. Eres solo una tercera persona en nuestra familia. Despues de todo, no tengo ningun negocio contigo," balas Mike. (Who are you to step in you asshole? You are nothing to her. You're just a third person in our family. After all, I ain't got a bussiness with you).

Davano tersengih lagi. Dia hanya beriak selamba walaupun pistol sudah di acu pada kepalanya. Dia tidak takut jikalau Mike berniat mahu membunuhnya sekarang. Dia tak akan mati walaupun sudah di beri headshot. Lagipula, dia pantang membiarkan orang yang dia benci untuk hidup bahagia tanpa balasan. Tak akan dia biarkan.

"No puedo darte la compania." Akhirnya setelah lama mendiamkan diri. Mrs Kendall bersuara. (I can't give the company to you).

"Se lo he dado a Zander. El es la unica persona en la que puedo depositar mi confianza y mis esperanzas," sambung Mrs Kendall. (I have given it out to Zander. He's the only person I can put my trusts and hopes).

Terkejut.

Makin membuak kemarahan dalam dada Mike. Dia sudah lama menunggu untuk saat dia memiliki syarikat yang begitu banyak mengaut untung, tapi orang lain pula dapat. Mike mengetap gigi. Rasa geram meluap-luap. Dia tak puas hati!

"Argh, mierda vieja!" (Argh, you shit old woman!)

Tangan Mike mengarahkan muncung pistol pada Mrs Kendall. Satu tembakan di lepaskan. Davano terus menendang tangan Mike hingga pistol yang dipegang itu melambung ke udara. Tembakan yang di lepaskan tadi terkena pada bahu Mrs Kendall.

Wanita itu mengerang kesakitan.

"Sacala de aqui!" jerit Davano pada bodyguard Mrs Kendall. (Bring her out from here!).

Maka, Mrs Kendall pun dipapah oleh si bodyguard lalu dibawanya keluar daripada rumah. Bodyguard yang lain masing-masingnya turut beradu kekuatan dengan tangan kosong. Begitu juga dengan Davano dan Mike.

Mereka saling berpandangan. Mike tercabar dengan perbuatan Davano.

Serangan dimulai daripada Mike yang berlari ke arah Davano lalu tumbukan dilepaskan pada wajah Davano. Davano mengelak. Dia tangkas menangkap di pergelangan Mike, dia terus menolak kuat belakang Mike hingga mukanya tersembam pada lantai.

Mike berdecit.

Dia mengambil pistol yang ada di lantai. Dia terus saja melepaskan tembakan pada Davano. Davano berlari ke arah si bodyguard yang sedang bergelut. Tembakan pun mengenai tubuh besar bodyguard itu. Mike tak hentikan tembakan, dibiarkan saja peluru terus mengenai para bodyguard yang lain.

Davano menyeluk pistol yang ada di sisi.

Di lepaskan satu tembakan pada Mike. Namun dia juga tangkas mengelak. Tak berhenti di situ, aksi tembak-menembak berterusan. Mike berdecit. Namun dalam masa yang sama, beberapa bodyguard masuk ke dalam untuk membantu Mike.

"Ustedes arreglen esa mierda, hombre. Matare a esa mujer!" arah Mike. (You guys settle that shit man. I will kill that woman!).

Mike melepaskan satu tembakan pada Davano yang berada di belakang sofa, melindungi dirinya daripada serangan dari bodyguard Mike. Mike keluar daripada mansion itu dan segera naik ke kereta, mengejar kereta yang dinaiki Mrs Kendall.

"I'm gonna kill you old woman!!" jerit Mike geram.

Davano dalam kesulitan.

Satu lawan lima?

Davano menghembuskan nafas. Dia mengisi peluru sebelum dia berdiri lalu menyerang tembakan dari lima bodyguard tersebut. Ada satu hal yang mereka tak boleh remehkan tentang Davano Ezander, tembakannya, because he is a sharp shooter.

Kelima orang tadi pun tewas.

Davano mengambil pistol yang masih lagi terisi peluru di dalamnya. Dia akan selesaikan perang ini segera. Tak kiralah apa yang bakal jadi pada dirinya, dia akan pastikan Mike Tyler, mati pada hari ini!

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now