HALWA bermain-main dengan sudu di tangannya. Fikiran dia melayang-layang di awangan, Halwa sedang berfikir tentang bagaimana dia mahu teruskan hidup tanpa pekerjaan. Dia sudah dipecat, mahu cari kerja lain tapi tak larat pula nak menunggu lagi temuduga.
Halwa menghela nafas panjang. Sekarang ini apa pula yang harus dia perbuat? Nak harapkan Vanessa? Tentu dia akan dimarah Vanessa nanti. Lagipun, Vanessa itu kerja kerana mahu membayar kos perubatan adiknya.
Adik Vanessa itu sedang dirawat di hospital. Tidak jauh juga daripada Apartmen Arkid ini. Kiraannya dalam 12 kilometer. Vivian, nama kepada adik Vanessa. Baru berumur 13 tahun namun terpaksa tinggal di hospital kerana menghidapi kanser buah pinggang.
Kerana itulah Vanessa memerlukan sangat pekerjaan. Jika tidak, tentulah adik dia tidak akan dapat membuat rawatan selanjutnya dan Vanessa tidak sanggup untuk kehilangan adiknya. Hanya Vivian yang dia ada, menguatkan dirinya yang menempuh pelbagai ujian.
"Dah kenapa tak makan nasi goreng tu ha? Tengah fikirkan macam mana nak dapat jodoh ke?" soal Vanessa bernada gurauan. Dia melabuh punggung di kerusi hadapan Halwa yang masih lagi menungkan tentang nasib dirinya.
"Kalau aku cakap dekat kau. Kau marah tak kat aku?" Halwa memandang ke wajah Vanessa. Vanessa turut memandang ke arah Halwa, tangannya pula sudah menuang teh ke dalam cawan.
"Tell me what's your problem again huh?" Vanessa menopang dagu dengan dua tangannya, memandang ke arah Halwa, menunggu untuk Halwa menceritakan apa yang dia tengah runsingkan.
"Aku... aku dah dibuang kerja," Halwa segera menunduk. Dia takut pula kalau singa yang di hadapan dia ini mengamuk. Bukannya Halwa tak tahu dengan perangai kuat marah milik Vanessa. Sekali dengan singa pun ikut lari kalau dengar dia memekik.
"Apa?! Kenapa pula you kena buang kerja? You buat masalah lagi ke apa?!" soal Vanessa dengan nada suara yang agak tinggi. Lihatlah, baru cakap sudah menengking. Ini kalau bercerita lagi tentulah Vanessa naik hantu.
"Bos yang dekat kafe tu tak dapat nak bayar gaji. Jadi dia pecatlah aku," memuncung bibir Halwa menceritakan hal tersebut. Rasa seperti dia ini yang tidak berguna dalam kafe itu, padahal okey saja selama ini dia melakukan kerjanya.
Vanessa menghempaskan tangan ke meja. Terhinjut bahu Halwa kerana terkejut, sudah dia agak akan jadi begini. Halwa menelan air liur yang sudah terasa payau, mata dilirik naik melihat Vanessa.
"Ish, kenapa dengan orang-orang sekeliling kita ni ha? Ada ajelah benda yang diorang tak suka dekat kita. Kenapa? Kita ni muka tak layak nak hidup senang ke apa?" geram pula Vanessa dengan perangai bos Halwa. Dia teringat pula akan diri dia yang dihina oleh bos di syarikat permodelan sebelum ini. Naik panas hati pula Vanessa.
Halwa menghembuskan mafas.
"Aku tahu kau geram dengan perangai bos aku. Samalah macam aku. Aku sekarang ni dah tiada kerja. Macam mana aku nak teruskan hidup aku ni? Dah takde kerja, tak bolehlah aku nak beli novel lagi huaaa!" Halwa menekup muka di kedua telapak tangan miliknya.
Vanessa membuat muka. Novel pula yang dia fikirkan. Cubalah fikir sikit tentang kehidupan nyatanya, kan helok tu? Ini tidak. Asyik dengan novel, dengan buku, novel dan buku. Dasar ulat buku ni!
"You ni kan. Dah takde kerja ni sibuk pula fikir pasal novel you. Tahu tak, yang penting sekarang adalah hidup you."
"Alah... kita hidup apa kalau tanpa duit?" balas Halwa. Tajam mata Vanessa menikam anak mata Halwa. Budak ini kan ada saja mahu membuatnya naik darah, kalau nak cucuk mata dia tu boleh tak? Geram!
"Memanglah kita boleh hidup tanpa duit. Tapi nak hidup kena ada duit. Understand bij?" Vanessa menggeleng. Halwa sudah tersengih-sengih. Tahulah apa dia cakap tadi tersalah sikit, tapi otak Halwa sekarang sedang bercelaru. Macam manalah hidup dia selepas ini?
HALWA membuka televisyen. Rancangan tentang produk kecantikkan pula terpapar. Terjongket sebelah mulut Halwa. Rancangan macam apalah ini, Halwa bukannya minat dengan hal-hal begini. Macam YN tu. Tak minat makeup tapi muka kemain lawa.
Halwa berdehem. Diangkat ke atas cermin mata bulatnya. Eleh, setakat muka tepuk dengan bedak sana sini. Aku pun tak ada. Tapi, muka aku ada natural beauty. Hmph! Monolog Halwa.
Tangannya memicit terus remote dan memindahkan rancangan di televisyen. Tak mahulah dia tonton lama-lama rancangan produk kecantikan, nanti dia pula terpengaruh dengan hal begitu. Dahlah tengah pokai, kang jadi benar-benar papa kedana pula.
Akhirnya Halwa terhenti di sebuah rancangan yang bertajuk; Mak Senah, my future wife. Terbeliak mata Halwa membaca nama drama tersebut. Bukan main drama pada era globalisasi ini ya, pelik-pelik saja nama dramanya. Mata ditumpukan kepada kaca televisyen.
"Jangan tinggalkan saya Mak Senah!"
"Jangan... Kamu tak boleh dekat dengan saya Adam. Saya dah tua. Saya tak layak untuk awak!"
"Oh, tidak wahai Mak Senah. Kamu salah. Saya suka dengan orang yang tua."
"Oh Adam!"
"Oh Mak Senah!"
Janam
Janam
Janam
Kisah cinta kami yang jahanam
Dibenci
Dibenci
Dibenci
Kerana kami tak setaraf...Halwa terngangga. Dia terasa sangat terkedu dengan drama yang di tayangkan ini. Apakah kebangangan mereka membuat drama seperti ini? Halwa bingung sendiri. Ini tengah tengok drama ke tengah nak fikir jalan drama ni?
Halwa melepas keluh seraya menggelengkan kepala. Buat habiskan masa sahaja dia menonton cerita begini. Halwa terus membuang kepalanya ke belakang bahu sofa. Tak ada yang menarik, sama macam dalam hidup Halwa.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...