RESTORAN yang Davano pilih buat dia ajak Halwa makan bersama adalah di Tony Romas Restaurant. Restoran ini boleh dikatakan cukup terkenal di sekitar San Vicente.
Navis segera keluar daripada perut kereta dan membukakan pintu buat Davano. Lalu Halwa pula terus membuka pintu dan turun daripada kereta. Bersinar-sinar matanya memandang restoran yang ada di hadapan sana.
Kalau bab makanan pun tak boleh lepas tau!
"Sugardaddy, cepatlah!" ajak Halwa. Dia tidak sabar mahu mencuba makanan yang ada di dalam restoran sana. Tentu sedap-sedap belaka hidangannya bukan?
Davano membetulkan butang pada lengan bajunya. Dia kemudian mengatur langkah. Melihat Davano sudah mulai bergerak, Halwa turut mara ke hadapan. Matanya melilau ke sana sini dengan senyum terlarik pada bibir.
Navis mencari sebuah meja yang berada di hujung bersebelahan dengan dinding restoran tersebut. Halwa melabuhkan punggung di hadapan Davano. Matanya masih saja tak puas meneroka tiap ruangan restoran.
"Bienvenido senor! Aqui esta su menu..." seorang pelayan datang menyapa lalu diberikan dua buah buku menu kepada Davano dan Halwa. Davano menyuruh Navis untuk duduk semeja dengan mereka. Tapi Navis menolak, namun Navis tetap duduk di meja belakang Davano. (Welcome sir! Here is your menu).
Halwa memerhati saja menu yang bertuliskan Sepanyol. Dia menggaru kepala. Seketika dia memutar-mutarkan buku menu itu namun hampa, dia masih saja tidak faham. Keluh kecil dilepas Halwa. Bukankah elok jikalau dia faham akan perkataan yang ditulis di dalam buku ini?
Davano yang menyedari akan Halwa yang kesulitan itu lalu menoleh ke arah si pelayan. Davano lihat sekilas ke buku menu sebelum dia mulai bersuara menyampaikan apa pesanan.
"Solo tomamos costillas, bistec de roma, brownie con helado de vainilla, salmon y filete de tortilla y azul." Davano menutup buku menu yang ada di hadapan. (We just take short ribs, roma's steak, brownie con helado vainilla, salmon and omelette steak and blue).
Pelayan itu mengangguk.
"Y asegurate de que no tenga cerdo. Si es cerdo, cambielo." tegas Davano. (And make sure it have no pork. If it's pork, then change it).
Lelaki itu mengangguk lagi. Dia faham. Dia lihat kecil kepada Halwa yang berpura-pura membaca. Pelayan ini tahu apa maksudnya Davano. Tentu Davano bilang dia tak mahu apa-apa bahan yang haram dicampur masuk ke dalam masakan kerana takut jikalau Halwa termakan.
Nanti tentu Davano yang dipertanggungjawab.
Pelayan itu menulis pesanan yang Davano buat lalu dia beralih ke meja Navis. Namun Navis tak memesan makanan, dia hanya memesan air minum kosong sahaja. Tugas Navis bukan nak ikut enjoy dengan tuannya, tetapi tugas dia adalah memastikan tuannya selamat.
Selesai makan, mereka pun pergi dari restoran itu.
Davano membawa Halwa pula bersiar ke Itarar Ecological Park. Yang mana tempat ini adalah yang terpopular juga dan sering menjadi kunjungan orang-orang, baik dari yang tempatan ataupun pelancong.
Halwa berjalan mendekati satu papan.
Lama mata Halwa di tenung pada papan tersebut. Dia tak faham. Kaca mata bulatnya dibetulkan sikit kemudian telefon pintar yang ada di poket baju dia tarik keluar. Dia buka aplikasi google lalu di gambarlah perkataan yang bertulis di papan tersebut.
Setelah di gambar, barulah dia tekan 'translate'.
+ about - "Un espacio de naturaleza en medio de la ciudad, donde podras entrar pasear, pasar la tarde o meditar en nuestros hermosos jardines y zonas. Somos pet friendly (consultar reglamento). Impartimos talleres enfocados en la educacion ambiental."
( A space of nature in the middle of the city, where you can go for a walk, spend the afternoon or meditate in our beautiful gardens and areas. We are pet friendly (check regulations). We give workshops focused on environmental education).
Kepala Halwa terangguk-angguk ketika membaca.
Hah, begini barulah dia faham. Kan bagus kalau begini. Halwa kemudian menyimpan semula telefon ke dalam poket. Dari tadi rupanya ada sepasang mata yang memerhati Halwa.
Davano.
Dia tersenyum kecil melihat telatah Halwa. Kenapa makin lama dia pandang gadis itu sepertinya gadis itu seolah-olah begitu menarik? Terlihat cantik, terlihat comel, rasa gembira hati ini melihat dirinya.
Navis perasan ada sesuatu yang ganjil.
Dia pusing lalu melihat ke sekitar taman. Sepertinya ada yang sedang memerhati mereka. Kemudian mata Navis menangkap akan figura seorang lelaki yang berjaket hitam dengan topi berwarna biru, sedang menghalakan mulut kamera ke arah mereka.
Navis berjalan menghalang kamera lelaki itu.
Pandangan Navis mencerlung tajam menikam anak mata lelaki yang ada di hadapan. Navis sudah bersiap sedia dengan pistol yang sentiasa dibawa sebagai satu persediaan jikalau di serang.
"Que estas haciendo?" tanya Navis. (What are you doing?)
Lelaki itu tersengih kemudian diturunkan kameranya. Navis hanya memerhati, namun tajam pandangan dia pada lelaki itu.
"Solo estoy tomando una foto. Por que?" soal lelaki itu pula. (I just taking some picture. Why?)
"De quien es la foto que estas tomando?" soalan di balas dengan soalan. (Whose picture are you taking?)
"No no no. No voy a sacar una foto a nadie. Solo estoy tomando la hermosa vista de alli." (No no no. I'm not taking anyone picture. I just taking the beautiful view over there).
Navis tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. Baru saja dia mahu mengambil akan kamera yang di pegang oleh lelaki itu, Davano sudah memanggil pula namanya.
"Navis!" seru Davano.
Navis kemudian melepas keluh. Dia pandang wajah si lelaki yang ada di hadapan.
"Si te vuelvo a ver, no te dejare ie. Sera mejor que borre todas las fotografias que ha tomado," Navis memberi amaran. (If I see you again, I will not let you go. You better delete all the pictures you've taken).
Dia kemudian pergi meninggalkan lelaki itu.
Melihat Navis yang sudah jauh, si lelaki tadi melarikkan senyum miring. Dia tak takut pada amaran Navis. Seorang lelaki yang berada tidak jauh daripada tempat si lelaki berjaket hitam itu mengangguk padanya.
"Hecho con esta tarea," gumam si lelaki seraya senyum sumbing di larik. (Done with this task).
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...