41

4.3K 230 1
                                    

HALWA berkerut dahi melihat Daily yang sedang mengemas baju-bajuannya ke dalam bagasi. Ke mana pula Daily nak pergi malam buta begini? Kerana hairan, Halwa datang bertanya kepada Daily.

"Nak ke mana sampai kemas baju malam-malam macamni?" soal Halwa.

Daily menoleh.

"Saya nak ikut abang Zander pergi Jerman."

Makin berkerut dahi Halwa.

Kenapa aku tak tahu apa-apa pun pasal benda ni?

Halwa syak Davano sedang berahsia lagi daripada dia. Ini kali berapa Davano sudah berahsia. Baru sahaja Halwa hendak bertanya, satu notifikasi mesej masuk ke telefon Halwa. Halwa pun melihat ke skrin telefon.

Sugardaddy
+ Get ready
+ we're going to German

Macam komputer yang menghantar mesej kepada Halwa.

Straight saja.

Tak ada belok-belok, belit-belit langsung.

Terlalu limited.

Daily mengagak itu adalah mesej daripada abangnya. Memang abangnya itu pandai berubah sifat. Terkadang pandai sweet, protective, diam, datar, semuanya tak bertempat dan tak bermasa dia akan tunjuk.

"Dia memang macamtu. Personaliti pandai bertukar tak menentu. Tapi antara semua ekpresi dan emosi, cuma sedih dengan gembira je dia jarang nak tunjuk."

Halwa memandang Daily.

"Maksudnya?"

Daily tersenyum. Sudah agak Halwa tak akan faham. Daily sendiri pun sukar nak faham abangnya.

"Sebab Zander orangnya bukan suka tunjuk emosi. Kalau dia sampai nangis depan orang, itu maknanya orang yang dia tangisi tu betul-betul berharga untuk dia. Kalau Zander gelak waktu dengan awak, maknanya awak dah berjaya buat dia sampai ke tahap maksima. Selama ni, nak buat Zander senyum pun susah tau."

Halwa hanya mendengar.

Jadi, maksudnya.... jika dia sampai tangiskan orang itu bermakna orang itu dia sayang mati. Kalau dia gembira dengan orang tu, maknanya dia cinta mati lah. Seketika Halwa mengedipkan mata. Baru dia sedar. Selama ini, dia tak pernah pun nampak lelaki itu nangis mahupun tertawa. Sukar sekali mahu lihat dua ekspresi ini.

Adakah aku belum capai orang yang dia sayangi?

"Eh, sudahlah. Pergi bersiap sana. Nanti Zander datang susah pula!" kata Daily mengejutkan Halwa yang sedang termenung.

Terkedu.

"Malam-malam macamni nak berangkat ke Jerman?" soal Halwa. Gilakah mereka nak ke Jerman pada waktu lewat begini. Tak bolehkah tunggu sampai esok saja?

"Well, yah! Lagipun kita bukannya naik dengan kapal terbang kerajaan. Kita naik kapal peribadi."

Oh ya. Lupa, orang-orang ini terlajak kaya.

Daily menolak tubuh Halwa untuk mengemas segera bajunya. Nanti sampai sana nangis pula kalau tak ada baju. Si Daily ini tak pakai baju muslimah macam Halwa. Setakat baju yang tutup apa yang sepatutnya dia tutup, itu sudah cukup.

Seperti yang Daily katakan, tak lama setelah Halwa selesai bersiap, Navis sudah ada di hadapan pintu menunggu mereka.

Tanpa berlengah mereka pun berangkat. Nasiblah Halwa sempat mengejutkan Vanessa. Mahu saja singa betina itu marah kerana tidurnya diganggu, dengan berita mengejut Halwa mahu pula ke Jerman, memang tambah mengamuk dia dibuatnya. Tapi ada Daily yang tolong. Jadi, senang nak lepas daripada Vanessa.

"Kalau ada apa-apa jadi dekat Halwa, I takkan biarkan you all semua tahu tak!"

Dan sempat juga untuk Vanessa menyampaikan amaran.

Dia risau. Bukannya suka-suka saja ingin buat amaran. Kalaulah benar dengan apa yang selama ini Vanessa selalu pesan, bagaimana? Cukuplah, selama ini Halwa asyik menangis mengenang akan orang tua yang tidak tahu di mana kubur mahupun mayat mereka.

Di dalam pesawat.

Halwa termenung. Dia kerling jam pada skrin telefon. Sudah pukul 11:54 malam. Mata Halwa pun boleh tahan juga sudah nak tertutup.

"Just sleep if you want, dear. Get some rest," ucap Davano.

Halwa kemudian angguk-angguk.

Kepala di jatuhkan ke belakang. Perlahan-lahan Halwa menutupkan mata dan akhirnya tertidur. Davano melarikkan senyum melihat wajah Halwa. Sungguh indah ya ciptaan Tuhan.

Daily curi gambar lagi Davano yang tersenyum memandang Halwa.

Terkekek-kekek Daily.

Inilah sisi si abang yang selama ini tak pernah dia lihat.

Nampaknya, Halwa benar-benar istimewa dalam hidup sang abang.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now