18

8.7K 355 6
                                    

HALWA melekatkan telapak tangannya di cermin yang ada di sebelahnya. Dia merasa teruja ketika kapal terbang peribadi milik Davano mulai bergerak. Davano yang menopang dagu dengan belakang tangan itu membiarkan kepalanya ditoleh ke arah Halwa, duduk di sebelah kiri.

Maldives.

Tempat yang akan kapal terbang peribadi itu membawa Halwa dan Davano untuk beberapa hari. Sepatutnya Davano pergi ke Maldives bersama Navis sahaja namun Halwa mahu ikut mereka bersama.

"Maldives? Kenapa sugardaddy nak pergi sana?" soal Halwa. Baru saja mereka luang masa, tak akanlah Davano sudah mahu tinggalkan diri dia?

Navis mengangguk. "Tuan Davano ke Maldives atas urusan kerja miss. Jangan risau kerana ada orang yang akan memantau miss di sini," jawab Navis.

Halwa tampak kecewa tika mendengar. Dia menoleh pada Davano yang hanya diam membisukan diri. Satu keluh Halwa lepas keluar, apa guna dia ada sugardaddy kalau mereka tidak bersama kan?

"Saya nak ikut sugardaddy ke Maldives!" ucap Halwa mengangkat tinggi tangan ke atas.

Navis terkejut, kepala di alih memandangi Davano. Davano mengangguk-angguk, baiklah jika itu yang diingini Halwa. Lagi pula, dia lagi senang hati jika Halwa sentiasa berada di bawah jagaannya.

"If that what you want. Sure dear," kata Davano. Terukir senyum kecil di tepi bibir, Davano sempat menyembunyikan senyumnya itu.

Halwa mengangkat ibu jari. "Bagus!" seraya kata itu diucap oleh Halwa. Begitu bersemangat untuk penerbangannya ke sana.

Ketika Halwa memberitahu Vanessa soal itu, Vanessa pula yang terkejut. Dia melarang untuk Halwa ikut Davano kerana takut kalau-kalau ada perkara tidak baik menimpa diri Halwa.

"No! You tak boleh ikut dia!"

"Tapi Vans... dia ke sana sebab kerja. Aku pun nak ikut sekali. Selama ni mana pernah aku nak ke tempat yang jauh-jauh. Bolehlah Vans..." lirih Halwa. Dia benar mahu ikut si sugardaddy ke luar negara. Bolehlah Halwa bersenang-senang di sana sementara Davano sibuk dengan pekerjaan.

"You ada fikir tak pasal risiko? You tu perempuan tahu tak. Bahaya kalau you ikut lelaki yang you baru kenal, nak lagi dia tu your sugardaddy. Bahaya!" berkedut dahi Vanessa, menentang habis-habisan kalau kawan dia mahu ke suatu tempat tanpa pengawasan dirinya.

"Tapi dia baik Vans..." bibir Halwa memuncung ke depan. Kedua jari telunjuk disentuh-sentuhkan bersama.

"Tak payah! Kalau dia ada niat jahat kat you macam mana? You nak ke kalau you balik dengan penyesalan nanti?"

"Tapi-" kata Halwa dipintas.

"There is no tapi Halwa! You tu dahlah perempuan. You ke sana semata-mata nak ikutkan sugardaddy you? Tak masuk akal tahu tak Halwa. You should think about maruah you. He is just your sugardaddy, not your husband!" marah Vanessa.

Halwa terus menundukkan kepala. Dia terkesima bila Vanessa menengking. Salahkah kalau dia sekadar mahu ikut Davano untuk dia bercuti di luar negara seraya menyenangkan hati sendiri? Dia faham tentang bahaya yang dimaksud Vanessa, tapi pada mata Halwa, Davano itu baik orangnya.

Selama dia keluar dengan Davano, tak ada pun tindak-tanduk Davano yang cuba untuk melakukan hal buruk kepada Halwa. Cuma Vanessa sahaja yang selalu tak percayakan dengan Davano. Walau sudah ditolong, namun kepercayaan itu sukar untuk Vanessa beri. Tak bermakna dia membantu, dia adalah orang baik.

"Aku cuma nak rasa kesenangan yang tak pernah aku rasa sebelum ni Vans," ucap Halwa dengan nada perlahan. Namun mampu menembusi pendengaran Vanessa yang kedudukan tak jauh dari Halwa.

Vanessa mengeluh. Halwa ini nerd tapi degil bukan main. Ada apa-apa jadi nanti menyalahkan orang. Kata Vanessa tak halang dia tapi Halwa sendiri yang berdegil mahu ikutkan kata hati.

"Fine. Do whatever you want," ucap Vanessa malas.

Halwa mengangkat muka. Ditatap wajah Vanessa yang kelihatan tak puas hati dengan kedegilan Halwa. Vanessa menjeling bila mata tertaut pada mata Halwa.

"Sorrylah Vans... kau janganlah marah aku."

"You kata you nak bersenang-senang kan? Fine, you ikutlah dia. Tapi... kalau you ada masalah dengan dia, jangan salahkan I." Tegas Vanessa memberi amaran.

Terlariklah sengih di wajah Halwa. Perlahan-lahan badan diesot ke arah Vanessa. Tangannya pantas saja memeluk bahu Vanessa, mahu mengambil hati si sahabat. Vanessa menoleh kecil pada Halwa.

"Janji dengan I yang you akan jaga diri you kalau dekat sana. Understand?"

Halwa angguk. Tentulah dia akan jaga dirinya. Tak mungkin dia mahu membiarkan diri dia dipergunakan oleh orang walau dengan sugardaddy sendiri. Dia masih lagi waras, sedang orang tak waras pun tak akan serahkan maruah macam begitu saja. Kan?

Begitulah yang jadi sebelum Halwa akhirnya mengikuti Davano ke Maldives. Nasib Halwa baik kerana Davano ini berfikiran matang serta waras yang tidak ikut nafsu seperti sesetengah lelaki yang lain. Sesetengah. Halwa tak mungkin dapat peluang lagi untuk ke luar negara jika Vanessa tak bagi dia pergi.

Lagipun, Halwa tak berani nak beli tiket penerbangan dan melancong sendirian ke luar negara. Kad yang dipakai Halwa pun dikongsi bersama dengan Vanessa kerana Vanessa lebih banyak memerlukan uang berbanding Halwa yang lebih cenderung kepada pembelian buku-buku novel.

Halwa memejam matanya rapat-rapat. Senyum lebar terus terukir di bibir. Inilah masanya untuk dia melupakan segala masalah dan mulai membina hidup baharu. This is one step closer to happiness, right...? Davano membiarkan terus mata terfokus pada Halwa. Kenapa? Kerana rasa tenang di sanubari sewaktu melihat si gadis itu.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now