"He have killed Mike Tyler. And Kendall Tyler also died."
"Oho. So, there is a fight huh?" si lelaki tua tertawa.
Tak sangka.
Davano sudah mulai bertindak liar. Baru sahaja sembuh, sudah mula menginjak tanah perang. Bukankah orang sakit seharusnya lebih banyak berehat? Lelaki tua itu tertawa lagi.
"He's such a beast," ucap si lelaki tua.
"Then... should I just kill him?"
Lelaki tua itu menoleh pada si PAnya.
"No need the rush. This game is just about to start. Let him live for a little bit longer, I wanna enjoy this game. After all, he's going to die," ucap si lelaki tua tersengih sinis.
Lambat atau cepat.
Davano akan mati juga.
Dan ketika itu, orang akan tahu siapa yang berkuasa.
Si lelaki tua tertawa-tawa. Dia suka membayangkan segala kemenangan yang dia bakal genggam tak lama lagi. Apabila perang sudah di mulai, tak ada lagi jalan undur. Teruskan atau mati menjadi seorang pengecut.
HALWA duduk berdua dengan Vivian. Agak hening suasana antara mereka berdua kerana Halwa jenisnya tak begitu rapat dengan Vivian. Namun, dia sayangkan Vivian seperti Vanessa sayangkan dirinya.
"Akak," panggil Vivian.
Akhirnya, dia memecahkan keheningan.
"Hmm?" Halwa berpaling kepada Vivian.
"Kenapa orang-orang dekat dunia ni suka sangat buat benda kejam untuk dapat sesuatu yang diorang nak? Kenapa diorang lebih suka dengan cara buruk berbanding berusaha sendiri?" tanya Vivian.
Wah, kbat.
Halwa berfikir sejenak. Bukan main pula soalan gadis kecil ini. Adakah dia sempat proses makna di balik dari soalan yang dia aju sebentar tadi? Halwa masih lagi cuba memproses untuk menjawab soalan Vivian. Kenapa?
"Sebab mereka adalah golongan orang yang tidak takut akan kifarah. Iaitu balasan Tuhan. Yang mana balasannya setimpal dengan apa yang mereka buat pada si mangsa ataupun boleh jadi lebih teruk. Sebab itulah, kita tak boleh ikut macam diorang. Soal dapat atau tidak, itu adalah kerja Tuhan. Kita ni hanya mampu untuk usaha, walaupun pada akhirnya kita tak dapat capai apa yang telah kita usaha. Mereka bukannya tak nak usaha tapi diorang ni malas nak usaha. Sampaikan tak fikir langsung akibat," hujah Halwa panjang lebar.
Dia mahu Vivian faham.
Faham segala apa yang Halwa mahu sampaikan. Baik dari yang tersurat atau tersirat. Ah, seperti begitulah.
Vanessa menggeleng mendengar apa yang Halwa ucapkan.
Budak ini dah terpengaruh banyak dengan kata-kata novel. Dah macam khayal pil novel pula. Tapi Vanessa tidak juga salahkan Halwa dengan apa yang dia kata. Ada betulnya juga. Mereka itu golongan orang yang tak takut dengan balasan. Selagi tak di timpa, mereka tak akan taubat. Ada yang dah keras hati sampaikan di beri segala jenis musibat namun tetap berprilaku buruk pada orang. Maka, hukuman yang paling buruklah pada orang-orang begitu.
"Dah, tak payah nak buka motivasi. Vian, you kena makan bubur." Vanessa duduk di sebelah Vivian.
Vivian mengeluh.
"Asyik makan bubur je. Bosanlah kak. Orang bagilah makan makanan yang sedap sikit."
"Wah, amboi! Banyak songeh nampak? Heh, you tu sakit. Jangan nak mengada-ngada nak makan sedap bagai. Bubur ni lagi sihat untuk you," marah Vanessa.
"Tapi kak, dekat hospital tu pun dah berpuluh mangkuk dah Vian makan bubur. Tak boleh ke bagi makanan lain kak. Please?" Vivian membuat muka. Mahu mengambil hati sang kakak. Bodek lah tu.
"No. You kena bagi makan bubur sebab you tu sakit. Dah, eat now!" paksa Vanessa.
Vivian mengeluh lagi.
Sudahlah. Makan sajalah apa yang sudah di masakkan. Walaupun dah berpuluh kali makan benda yang sama tapi tak mengapalah. Demi nak kenyangkan perut, apalah sangat makan bubur.
Jemu sebenarnya.
Vivian membuka mulutnya besar ketika melihat sudu yang dipegang oleh Vanessa itu sudah dipenuhkan dengan bubur. Dia mengunyah sikit sebelum ditekan bubur tersebut. Muncung saja bibir Vivian ketika Vanessa menyuapnya makan.
Nak menangis, tapi tak terdaya.
Nak bodek, tapi tak jalan.
Haih.
Halwa pula sudah tersengih-sengih melihat gelagat mereka dua beradik. Vanessa memang kakak yang tegas. Jadi, jangan berangan nak minta itu ini bila dia sudah cakap tidak.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...