HALWA menapak keluar daripada kedai cuci gambar. Dilihat gambar yang sudah dicuci sebentar tadi. Senyum dia ukir, rasa puas hati dengan gambar yang dia ambil melalui kamera kalis air milik Davano. Nasiblah Halwa pintar dalam menggambil gambar. Nampak hasilnya sangat baik.
"Ini akan jadi kenangan untuk aku," gumam Halwa tersengih-sengih. Dalam banyak-banyak gambar, ada satu gambar yang Halwa suka pandang. Ketika Davano sedang berdiri memandang ke langit waktu majlis makan malam itu. Tampan.
"Gambar favourite aku!" ucap Halwa. Dipeluk gambar itu lama. Suka bila tengok muka sugardaddy sendiri. Gila tak suka? Dahlah hensem. Sugardaddy pula tu. Ini kalau bagi tunjuk, konfem jadi kegilaan ramai punyalah.
Tanpa berlama-lama di sana, Halwa segera ke arah grab yang dia pesan sebelum keluar dari kedai cuci gambar itu. Dia terus saja dihantar pulang ke Apartmen Arkid, memandangkan tidak ada apa lagi yang Halwa mahu buat di bandar.
Hendak berjalan-jalan tapi bosan pula keluar seorang. Nak bawa Vanessa, Vanessa pula sibuk dengan pekerjaannya.
Sampai sahaja, Halwa terus membayar tambang dan masuk ke apartmen. Dia terus saja membawa dirinya masuk ke dalam bilik untuk dia menulis diari kenangannya tersebut. Ini sebagai catatan kenangan. Bolehlah Halwa baca semula diari itu.
Halwa melekatkan gambar Davano pada buku. Kemudian dituliskanlah nama Davano Ezander di bawah gambar tersebut. Halwa tersenyum sendiri bila membaca. Lepas ini, dia akan lebih kerap meluang masa dengan Davano. Banyaklah kenangan untuk dia tulis nanti.
"Hei, bestie. Buat apa?" soal Vanessa. Dia masuk membawa dua buah cawan berisikan milo panas. Vanessa duduk di kerusi. Tak jauh dari tempat Halwa sedang tersengih. Cawan satunya dia letak di meja, samping Halwa.
"Aku buat buku diari. Tulis kenangan aku dengan sugardaddy," jawab Halwa. Masih kekal senyum yang terlarik lebar di bibir. Vanessa mengangguk saja. Dia menghirup sikit airnya.
"I nak tanya you ni, Halwa. Kenapa you cakap you nak Golden Cafe? Sedangkan you dah dapat sugardaddy dan boleh bina kafe sendiri." Vanessa sudah lama menyimpan soalannya yang satu ini. Dia ingat lagi Halwa pernah kata tentang hal untuk beli Golden Cafe. Walhal, boleh bina kafenya sendiri.
Halwa pusing badan menghadap diri pada Vanessa. Dia juga ingat soal itu. Memang pernah dia kata sebelum ini kalau dia dapat sugardaddy, dia akan beli Golden Cafe. Tapi itu sekadar candaan sahaja.
"Aku main-main je sebenarnya. Tapi... bila fikir balik. Aku rasa aku nak beli juga kafe tu."
Kening Vanessa bercantum. Dahi sudah berkedut.
"But why?" soal Vanessa lagi. Dia kenalah tahu apa sebab Halwa untuk berkata begitu. Tak akanlah dia suka-suka hendak beli kafe milik orang kan?
"Sebab aku nak bagi pengajaran dekat bos aku. Maksud aku, mantan bos aku. Biar dia tahu yang aku ni mampu untuk rampas kafe dia. Dia pandang rendah dekat aku tahu tak. Dia ingat dia awet muda dia dah senang nak pikat anak teruna? Dia salah! Jadi aku nak buktikan pada dia yang nerd macam aku ni lagi berkebolehan daripada dia." Halwa meluahkan rasa tak puas hatinya.
Vanessa angguk tanda faham. Tapi, tak akanlah keran mahu memberi pengajaran sampai nak beli kafe mantan bos sendiri? Bukankah itu seperti.... nak membalas dendam?
"Kalau you dapat pun kafe tu, you nak buat apa?"
"Aku nak berniaga lah. Lagipun mantan bos aku tu tak terer dalam meniaga. Apa yang dia tahu cuma cari lelaki kaya je nak jadi senang." Halwa mengosok ibu jari ke hidungnya. Bukankah Halwa tengah bercakap tentang dirinya sendiri sekarang?
"Bukan you macamtu ke?" kening Vanessa di angkat tinggi. Halwa tersengih-sengih. Memanglah tapi sekurang-kurangnya dia ada berusaha. Daripada tak ada?
"Kalau aku dapat kafe tu, aku akan bagi cun sikit. Barulah Golden Cafe namanya. Semua akan aku bagi renovate kasi lain daripada asal muka kafe tu. Lepastu aku akan tambahkan lagi buku-buku baru dalam kafe. Lepastu-"
"Eh, kejap. You ni berangan lebih sangat kenapa? Entah iya ke tidak you akan dapat kafe tu. Tahu tak, kalau tuan dia tak bagi, mana you nak dapat," Vanessa menggelengkan kepala. Harap saja angan-angan Halwa yang tinggi. Tapi bab nak kerjakan, hampeh lambat.
"Jangan risau mah. Aku ada sugardaddy yang boleh tolong aku. Sekarang ni aku nak tanya kau, apa patut kita ubah lagi pada kafe tu? Dan sekiranya aku dapat kafe tu, kau nak ikut aku meniaga sama tak?"
Vanessa berfikir sejenak. Apa yang patut diubah? Banyak sebenarnya. Tapi ikut juga kesesuaian pada kafe itu. Ah, ini tidaklah penting buat Vanessa kerana dia tahu pasti Halwa lagi berkuasa mengubah semua. Kalau soal dia mahu ikut atau tidak....
"Boleh ke I join you?" soal Vanessa. Manalah tahu, ada yang kedekut tak nak berkongsi kan?
"Eh, kenapa pula tak boleh? Sebab itulah aku tanya kau. Lagipun kalau aku sorang-sorang dekat kafe tu nanti aku pula naik bosan. Ada kawan, kita kenalah bersama-sama kan?"
Vanessa setuju dengan itu. Kawan mesti merasa senang bersama. Vanessa pula yang sudah terbayang-bayang akan dirinya yang melayan para pelanggan seterusnya memarahi anak-anak buah yang baru masuk ke kerja. Tersengih kecil Vanessa.
Halwa hanya memandang. Tadi kata Halwa yang terlebih berangan. Yang sekarang ini apa cerita pada Vanessa? Haih. Dah boleh lihat Vanessa punya berangan tu mengalahkan Halwa.
"Kalau betullah. I nak bawa Vivian ke kafe tu. I nak tunjuk yang I boleh nak bagi dia kesenangan!"
Halwa angguk. Dia suka dengan diri Vanessa yang sentiasa beringat tentang keluarga. Sedangkan Halwa, dia berani buat melupakan kedua orang tuanya. Tapi Halwa buat semua itu karna dia tak mahu terus menerus bersedih teringatkan mereka. Dia tidak mahu jadi sad nerd girl.
Tak bermakna dia lupakan semua. Dia ingat kali terakhir dia menyalam tangan si ibu, juga tangan si ayah. Bezanya, sekarang mereka sudah berada di alam yang lain.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...