Daily mencari-cari telefon pintarnya untuk meminta bantuan daripada abangnya. Namun tidak dapat pula. Panggilan asyik masuk ke mailbox. Daily hampir berputus asa. Dia dan Halwa terperangkap di dalam bilik.
Tak ada satu pun bodyguard yang datang menyelamatkan mereka berdua kerana Aledan terlebih dahulu telah merasuah mereka untuk ikut sama dalam kerja kejamnya ini.
"Kita keluar dulu!" seru Halwa.
"Tapi macam mana?" soal Daily.
"Kita ikut je pintu! Redah je! Jom!" suruh Halwa.
Mereka berdua berpegangan tangan. Mulai berlari ke arah pintu. Seketika Halwa menendang saja pintu yang terbakar itu, kemudian mereka melompat keluar daripada bilik yang mulai hancur.
Tapi mereka tak sempat untuk turun ke bawah. Ada sudah runtuhan yang menghalang laluan mereka. Mereka saling berpandangan. Masing-masingnya buntu hendak melakukan apa lagi.
Davano dan Navis sampai.
Dada Davano turun naik dengan nafas yang tak keruan. Dia mahu berlari masuk ke dalam namun di tahan dengan Navis. Terlalu bahaya untuk mereka meredah masuk ke dalam.
"Let me call-"
"Daily," sebut Davano memotong perkataan Navis.
Mata Davano tertumpu kepada Daily yang berada di tingkap atas. Dia dikepung dengan api di dalam mansion itu. Terlihat Daily sedang mengukirkan senyum memandang ke arah Davano dan Navis. Navis tergendala dari hendak membuat panggilan.
Daily sedang melambai.
Selamat tinggal abang. Terima kasih sebab sudi jaga Daily yang selama ini hanya menyusahkan abang. Daily minta maaf sebab menyusahkan abang. Abang, abang kena menang tau dalam perang ni. Abang pertahankan hak milik keluarga kita. Daily, akan sentiasa sokong abang.
Sentiasa, walaupun sudah berbeda alam.
Daily tersenyum lebar di sana. Dia akan membuat pengorbanan terbesar buat abangnya. Dia tahu, dia tahu, selama ini dia sering susahkan abangnya dan kini, masa untuk dia membalas semuanya.
Auf wiedersehen, bruder.
(Selamat tinggal, abang)Davano menggeleng.
"Daily! Get out from there!" jerit Davano.
DAN ZUP!
Depan mata Davano, Daily dihempap dengan siling yang jatuh pada badan Daily. Davano terkedu melihatnya. Matanya kian terasa hangat, air jernih mulai memecahkan tembok, perlahan air mata mengalir di pipi Davano.
"No!" jerit Davano.
Adiknya, tewas di sana.
Davano terduduk lemah di atas tanah. Air matanya menitik ke bawah. Seketika dia teringatkan Halwa. Lelaki itu bangun dan berlari masuk ke dalam mansionnya.
"Tuan!" panggil Navis.
Namun Davano tidak mendengarkan teriakan daripada Navis. Dia mahu selamatkan Halwa.
Sebaik saja kakinya melangkah ke dalam, Halwa terbaring di atas lantai. Halwa sempat di tolak keluar oleh Daily sebentar tadi. Namun Halwa terus saja pengsan kerana kepalanya terhantuk ke lantai.
Dan Halwa, tak sempat untuk menarik Daily bersamanya. Halwa gagal.
Segera Davano mengangkat tubuh Halwa.
Davano membawa Halwa keluar.
Aledan yang dari jauh tersenyum melihat kekacauan itu. Dia kemudian menekan sebuah butang yang ternyata butang itu untuk mengaktifkan bom yang telah dia suruh bodyguard pembelot itu untuk menanamkan di mansion tersebut.
Dan, BOOM !
Mansion itu meletup.
Davano melindungi Halwa dengan mendakapnya.
Aledan tertawa.
Itulah akibatnya jika bermain-main dengan aku Zander. Kau tak kenal lagi siapa aku. Aku sanggup buat apa saja demi dapatkan apa yang aku mahu. Dengan cara baik ataupun kasar, aku akan pastikan benda yang aku nak, aku akan dapat.
Kereta hitam Aledan terus meluncur meninggalkan tempat itu.
Segalanya telah terselesaikan.
Aku tak main-main dengan apa yang cakap. Bila aku cakap aku bunuh, aku akan buat. I don't care what risk I'm taking, I will do it. Untuk menjadi yang lebih terkuat, itulah cara aku. Aledan tertawa-tawa. Dia cukup menikmati dengan tayangan tadi. Sangat.
Davano memandang ke wajah Halwa.
Mata Halwa tertutup rapat. Davano menyentuh lembut ke wajah Halwa. Dia terus saja mendakap Halwa. Air mata makin deras mengalir.
I'm sorry
I'm sorry
I'm sorryUcap Davano berulang kali.
Wake up dear, don't leave me!
Navis hanya berdiri saja memerhati. Dia turut terkedu melihat segala apa yang terjadi. Semuanya berlaku dengan terlalu cepat. Melihat Davano menangis, bukan saja lelaki itu risau terjadi sesuatu buruk kepada Halwa namun dia menangisi juga sang adik yang tewas.
Kata maaf, terus menerus di ucap Davano.
I'm sorry, i'm late.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...