03

13.3K 511 8
                                    

BEBOLA mata milik Halwa bergerak memandang tiap figura pelanggan yang keluar dan masuk ke dalam Golden Cafe ini. Dia menopang dagu ketika melihat dua pasangan kekasih yang sedang bergelak tawa di meja nombor 5.

'Seronoknya macamtu... kalaulah ada yang sukakan aku kan bagus? Aku pun nak juga bercinta macam diorang. Mesti best kan?' desis hati Halwa masih giat memandang ke arah pasangan tersebut. Teringin sekali dia mahu ada kekasih namun tak ada lelaki yang inginkan Halwa Afrina.

Dulu dia pernah luahkan perasaannya kepada seorang senior di kolejnya. Dan apa yang dia dapat hanyalah memalukan diri sendiri. Untunglah ada Vanessa yang datang membantu diri Halwa ketika itu. Kalau tidak, tentulah sampai sekarang Halwa rasa malu bukan main.

"Halwa. Bos panggil," ujar seseorang membuatkan Halwa serta-merta bertoleh. Dahinya berkerut memandang ke arah gadis yang sedang menjuih mulut ke arah satu tempat. Tanpa berlama-lama, Halwa pun segera ke tempat bos perempuannya itu.

"Ya bos? Ada apa-apa bos nak suruh saya buat?" soal Halwa. Perempuan yang dipanggil bos, memakai baju t-shirt warna hitam itu mendongak memandang Halwa. Dia menghembuskan nafas sebelum dia bangun dari duduknya.

"You fired."

Tersentak.

Halwa tersenyum kelat. Kenapa pula dia tiba-tiba saja dipecat? Apa salahnya? Setahu dia, dia tidak pernah lagi nak buat masalah selama lima bulan bekerja di kafe ini. Adakah ini satu rancangan jahat seseorang yang membenci dirinya? Ah, sudahlah dengan dunia novel! Sekarang ini sebuah realita!

"Kafe ini banyak sangat pekerja dan saya tak mampu nak bayar. Jadi saya pecat beberapa pekerja untuk kurangkan kos. Dan antaranya adalah awak Halwa." Perempuan itu kemudian mengatur langkah beredar daripada Halwa.

Halwa menunduk. Dia yang pekerja baru pula dipecat? Banyak lagi staf lain yang boleh dipecat. Halwa mengesyak bahawa bos hanya pilih yang berwajah cantik saja untuk tarik pelanggan ke kafe ini. Nanti senanglah lelaki kaya masuk ke sini sebab ramai perempuan cantik.

Halwa menghembus nafas panjang. Hendak dibandingkan dirinya dengan yang lain, tentu saja banyak perbedaan. Dia ini nerd, pakaian saja selekeh sana sini. Dengan cermin mata bulat, mana ada yang mahu. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya Halwa masih hidup.

HALWA akhirnya pulang dengan perasaan kecewa. Dia tidak sangka bakal dipecat begini. Hanya kerana bos tak mampu nak bayar gaji lebih kepada pekerja, Halwa dipecat? Elok saja tadi pekerja yang lain itu. Tentulah okey, semua pun goodlooking.

Zaman ini kan mana ada orang yang nak pandang orang tak goodlooking? Apa-apa pun, yang goodlooking akan jadi nombor satu setelah orang kaya. Betul kan? Eleh. Dasar bos tadi pilih rupa! Dia ingat dia senanglah buang pekerja yang tak goodlooking? Hmph!

Halwa menghempaskan punggung ke kerusi. Dipandang meja yang dipenuhi dengan novel di atas mejanya. Satu nafas panjang dihela keluar. Sekarang ini macam mana dia nak beli buku novel kalau kerja dah tak ada? Tak akanlah nak mengemis minta-minta dekat orang?

Halwa menarik komputer riba yang berjenama Asus itu dekat dengannya. Dia menekan butang on pada hujung sebelah atas kiri komputer ribanya itu. Jarinya menyentuh di atas permukaan papan kekunci, menaip sesuatu di google.

Ada tak kerja kosong sekitar Apartmen Arkid ?

Sorry. No data is found.

Halwa menjongket mulutnya sebelah. Kurang ajar benar pacik google ini. Apa pula tiada data ditemui? Hempuk pakai meja baru dia tahu. Halwa dengan hembusan keluh, badan digelongsorkan ke bawah. Dah, dia putus asa sekarang.

"Macam manalah aku nak beli novel nanti? Kerja dah takde..." Halwa memuncungkan bibir. Rimasnya dia bila dia teringatkan si bos yang memecatnya begitu sahaja di kafe. Tak ada rasa belas kasih langsung!





Vanesssa membuka telefon berjenama Iphone yang baru dua minggu lepas dia beli. Telefon sebelum ini rosak kerana terjatuh dalam longkang, gara-gara marah punya pasal, berbahagialah si telefon dalam air longkang.

Nombor Halwa didailnya segera. Dibawa telefon itu ke telinga kanannya. Lama dia menunggu namun tidak ada sambutan daripada Halwa. Naik geram Vanessa.

Dia mendail lagi nombor Halwa. Namun sama sahaja, tetap tidak dapat. Ish, mana pula dia pergi ni? Dahlah aku nak ajak dia pergi makan dekat luar. Desis Vanessa.

Sementara Halwa.... Dia berada di dalam kamar mandi.

"Wahai... Sang pelangi indah! Muncul seketika! Na na na na na! Hu ohhh~" nyanyi Halwa. Bukan main siap berdangdut lagi di dalam kamar mandi. Telefon dia pula tidak berhenti-henti berdering.

Panggilan daripada Vanessa semuanya asyik membawa Vanessa ke mailbox. Ish, si Halwa ni! Menyusahkan orang! Rungut Vanessa. Dahlah, penat dia menunggu. Rasa rimas pula Vanessa dibuatnya.

Halwa keluar daripada kamar mandi. Dia kemudian terhenti tatkala mendengar satu notifikasi Whatsapp daripada Vanessa. Tangan Halwa mencapai telefonnya yang duduk di meja. Terpaparlah 20 kali missed call daripada Vanessa.

You have 20 missed call from Vans❤.

Halwa mengetuk dahinya. Habislah dia kena ceramah dengan Vanessa nanti. Halwa membuat muka. Agak kesal kerana tidak mengangkat panggilan daripada Vanessa. Sampai dua puluh pula tu. Aduhai.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now