DI dalam restoran di Hotel De Seis Estrellas. Yang bermakna, Hotel Enam Bintang. Halwa ternyata duduk bersama dengan seorang perempuan yang tidak di ketahui akan identitinya. Namun begitu, Halwa tetap saja mengikuti perempuan itu. Dialah yang menegur Halwa ketika dia hendak membuat panggilan dengan telefon awam.
"I know who are you and what are you doing here," ucap perempuan itu membuatkan Halwa yang mencekik kek keju itu terhenti. Mata dinaikkan memandang si perempuan. Dia tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.
Halwa menelan dulu sisa kek yang ada dalam mulut.
"What do you mean?" soal Halwa.
"Oh, nothing. I just want you to know that I actually know who you are. Or should I say more specifically that.... I do know about your sugardaddy," kata si perempuan.
Creepy.
Itulah yang dirasakan Halwa. Rasa manis daripada kek keju itu bertukar menjadi rasa pahit di tekak. Sebabkan takut sangat. Dengan deria rasa jadi error. Macam mana dia tahu sedangkan tak ada siapa tahu bahawa Halwa ada sugardaddy?
DAVANO mengangkat telefon yang daripada tadi lagi berdering. Dia kemudian membawa telefon itu ke telinga. Nasib sajalah lampu isyarat sudah bertukar merah. Kedengaran suara tawa halus dari corong telefon, membuatkan Davano berkerut.
"Who is this?" soal Davano.
"It's someone who got your pretty sugarbaby," kata perempuan itu selamba.
Halwa hanya memerhati sahaja dari sofa. Dia tidak boleh curi dengar akan apa perbualan perempuan itu di telefon. Sebentar tadi, Halwa di bawa naik ke bilik perempuan misteri itu. Katanya, dia bakal membantu Halwa berjumpa dengan Davano.
"Who are you? What do you want with her?!" nada Davano tinggi menjerkah gegendang telinga perempuan itu.
Dia bertoleh kepada Halwa.
"You better quick," ucapnya. Panggilan terus sahaja dia matikan.
Davano berdecit. Kalau dia dapat siapa yang berani membuat celaka kepada Halwa, tentu dia akan bunuh si bedebah itu. Setelah lampu isyarat bertukar hijau, minyak ditekan dan terus meluncur laju ke hotel yang telah perempuan tadi hantar lokasinya melalui mesej.
Beralih pada si perempuan.
Dia tersenyum mereng. Kemudian telefon terus dia simpan di dalam poket seluar. Dia berjalan mendekati Halwa yang sedang duduk kerana ketakutan dengan dirinya. Halwa takut jika dia dijual pada orang. Tahu tidak, dia ini adalah sugarbaby kepada sugardaddy terkaya di dunia imaginasi.
"Don't worry. Your sugardaddy will be here in a minute. And... you can open the door if he come," perempyan itu berkata lalu menayang senyum. Kaki mengorak langkah beredar dari ruang tamu. Dia masuk ke dalam bilik.
Terpinga-pinga.
Halwa merasa pelik. Bukankah dia sekarang ini seperti tahanan kepada perempuan itu? Macam makin pelik je. Ada apa sebenarnya ni? Soal Halwa sendiri. Dia merasa pelik dengan semua yang jadi. Tapi.... benarkah Davano akan datang menyelamatkan dia di sini?
Bilik 727.
Pintu bilik itu diketuk oleh Davano. Kuat pula ketukan yang dia bagi kerana perasaan takut kian menerpa dalam dadanya. Dia tak mahu perempuan tadi mengapa-apakan Halwa. Gadis itu penting kepadanya. Sangat penting.
Seketika, pintu pun terbuka.
Halwa mengedipkan mata memandang Davano. Dengan baju yang berwarna merah. Muka tercalit cecairan merah. Apa ini semua? Berkerut dahi Halwa yang melihat penampilan Davano. Ini bukan sugardaddy dia ini. Sugardaddy hot mana ni? Tolong ambil!
"Halwa!" Davano menarik tangan Halwa lalu dibawa ke dalam dakapan. Dia mengusap kepala Halwa. "I'm glad you're fine," ucap Davano.
Halwa mengedipkan mata.
Ini kali pertama dia di dakap begini. Memerah pipi Halwa dibuatnya. Aduhai. Masa-masa beginilah nak shy shy cat pula. Halwa mengetap bibir, risau akan hatinya ini. Jantung pula sudah berdetak laju. Laju bukan kepalang, ini adalah detakan sebuah....cinta!
Davano menyedari sesuatu.
Dia melepas pelukan, tangan Halwa ditarik lalu badan Halwa dibiarkan berada di belakang. Dia berjalan masuk ke dalam bilik. Matanya melilau memerhati di persekitaran. Kut-kut ada yang mencurigakan. Davano bukannya bodoh, senang sekali dia diperdayakan. Tidak!
"Oh, I never expect to see your sweet side, brother," suara si perempuan yang dia dengar di corong telefon sewaktu membuat panggilan seputar sebelum dia sampai.
"Show yourself," dalam suara Davano memberitahu.
Perempuan itu perlahan-lahan keluar. Dia kemudian menayang senyum dengan menampakkan barisan gigi putihnya itu. Sekejap. Davano berkerut dahi memandang si perempuan misteri itu. Dia kenal perempuan ini.
"Daily?" sebut Davano.
Halwa memandang ke arah si perempuan. Daily?
Ezaty Daily, adik kepada Davano Ezander. Daily. Dia sudah lama tinggal di Costa Rica ini setelah ibu dan ayah mereka bercerai. Ini kerana mereka tidak sebulu. Sering bertengkar saja kerja mereka. Sampaikan mereka berdua memutuskan untuk cerai.
"Nice to meet you again, brother!" ucap Daily dengan sengihan kecil.
Kerana ibu dan ayah yang bercerai. Kedua mereka beradik ini kurang kasih sayang. Dan akhirnya, keluarga mereka berpecah belah semuanya. Kini, mereka berdua bertemu kembali setelah bertahun lama terpisah.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...