DAVANO datang menghampiri Halwa yang sedang bermain dengan telefon pintar. Begitu asyik sekali Halwa, sampaikan Davano yang sudah ada di belakang pun dia tak perasan. Lama Davano pandang ke skrin telefon Halwa. Nampaknya Halwa sedang membaca sesuatu.
"What are you reading?" soal Davano meletakkan lengan ke bahu sofa. Kepala pula dia pandang ke arah Halwa di sebelah kiri. Halwa berpaling kemudian mata saling bertaut dengan Davano. Halwa kemudian tersengih kecil, telefon diangkat tinggi di hadapan muka Davano.
"Saya baca e-book."
Davano pandang ke skrin telefon Halwa. Apa yang dia nampak hanyalah sebuah tulisan berbahasa melayu.
"Jangan kau berani dekat dengan dia kalau kau tak nak mati!" lelaki itu memberi amaran kepada Didi.
Didi tersenyum sinis.
"Kau bukannya sesiapa pada Nana kan? Aku ni kekasih hati pada Nana. Jadi kau boleh berambus," sinis Didi membalas.
"Cukuplah! Nana aku punya!" kata Jojo pula.
Ah, ini rupanya yang Halwa baca. Davano mengangguk kecil. Dia tahu e-book macam apa yang dibaca Halwa. Tak lain, tentu genre romance. Davano kemudian menegakkan badannya semula. Dia tak kisah pun apa yang Halwa mahu baca, asalkan Halwa senang.
"We're going back today," kata Davano. Berkedut dahi Halwa, kenapa pula balik? Halwa belum puas mahu duduk di vila ini.
"Saya tak nak balik lagi. Kita tak buat apa-apa pun aktiviti dekat resort ni," ujar Halwa bernada rendag karna kecewa. Dia masih mahu duduk di resort serba mewah ini. Rugi jikalau mereka balik tapi apa pun mereka tak buat. Bukankah mereka patut buat suatu aktiviti di sini?
"Okay. Then we're going back tomorrow. Today, we gonna do some activity. I hope you can carry on," kata Davano. Memang ada rancangan dia mahu buat beberapa aktiviti di sini. Benar kata Halwa. Sia-sialah jika ke sini tanpa buat hal-hal yang menarik.
Terlariklah senyum lebar pada bibir Halwa. Alhamdulillah. Akhirnya ada juga aktiviti yang bakal mereka lakukan. Tak adalah dia bosan sangat seharian duduk sahaja.
SEPERTI yang dijanjikan Davano sebelum ini kepada Halwa, dia bakal membawa Halwa untuk melakukan beberapa aktiviti menarik di sekitar resort ini. Navis mengiringi mereka ke bot.
"Apa kita nak buat ni sugardaddy?" soal Halwa. Dipandang beberapa bot yang berada di hadapan sana. Kira-kira, apa yang Davano rancang untuk buat? Main lumba-lumba bot ke?
"We're gonna do diving. How's that?"
Menyelam?! Terbeliak mata Halwa dibalik kaca mata bulatnya. Dia mana reti nak berenang dekat laut yang kedalamannya beribu meter. Kalau dekat kolam renang, bolehlah dia berenang katak sikit.
"Tapi... saya takut nak menyelam."
"Don't worry. Just hold onto my hand." Davano anggukkan kepala. Halwa tampak masih gugup. Macam mana mereka nak berpegang tangan kalau mereka bukan mahram? Tak akanlah sebabkan hal ini saja Halwa nak meneruskan perkara yang jelas berdosa?
"I will dive with you also," ucap Rave. Bukannya mereka berdua saja akan menyelam. Rave akan turut sama. Kecuali Navis. Dia akan memantau keadaan sekeliling. Tapi kalau dia nak terjun pun tak apa, tak ada larangan Davano beri. Tapi Navis lebih pentingkan keselamatan.
"Don't worry. I'm gonna use glove so you can hold me." Davano kemudian berjalan mendekati bot di hadapan. Halwa berfikir sejenak. Baiklah jikalau begitu. Kalau dia ragu hendak pegang tangan Davano, dia boleh terus pegang tangan Rave memandangkan Rave turut sama dengan mereka.
Setelah selesai semua alatan dipakai, mereka pun satu persatu terjun ke dalam laut. Mulanya Halwa takut namun dia akhirnya menjatuhkan juga dirinya ke dalam air dengan bacaan bismillah sebanyak sepuluh kali. Barulah diikuti dengan Rave.
Navis hanya memerhati figura mereka bertiga yang sudah menyelam ke dalam. Matanya kemudian teralih pada beberapa pelancong yang baru sampai ke situ. Mereka menaiki bot dan seorang pekerja resort menghidupkan enjin. Lalu bot bergerak, berpusing-pusing di sekitar pulau agar para pelancong tadi dapat menikmati keindahan pulau tersebut.
Ada juga beberapa orang pelancong lelaki yang memakaikan baju berwarna biru bercorakkan pokok kelapa itu sedang membawa pancing masing-masing. Tentu mereka ini mahu memancing. Banyak aktiviti yang boleh mereka buat di resort ini, termasuklah menyelam.
PADA malam hari, Rangsham telah membuat satu majlis makan malam besar-besaran antara pelancong semua. Makan malam itu berada di hadapan sebuah restoran dengan hidangan yang dibakar seperti ikan, udang, sotong dan beberapa lagi haiwan laut yang boleh dimakan. Lagu-lagu juga dipasang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Ini adalah untuk hiburan, sempena meraihkan juga kemenangan Rangsham.
"Excuse me," tegur seorang lelaki.
Rangsham yang sedang bersembang dengan Davano itu terus menoleh. Dipandang si lelaki yang memakai seluar pendek itu.
"Yes?"
"I'm sorry for bothering you. I just wanna ask what's the noise I've heard yesterday. It seems like a noises of guns," tanya lelaki itu. Dia terdengar seperti bunyi tembakan. Kerana dia merasa kemusykilan, dia datang menanyakan hal tersebut. Mendengar pertanyaan itu, tangan Rangsham menjalar ke sebelah pinggang, mahu ambil pistolnya.
Namun tepat pada masa, Navis muncul dengan tiga buah bunga api di tangannya.
"It's just the sound of this," tunjuk Navis pada lelaki itu. Berkerut dahi lelaki tersebut, sama macam Halwa yang dari tadi mendengar perbualan mereka.
"Why are you burning those in a daylight?" soal si lelaki seolah-olah tak percaya dengan omongan Navis.
Rangsham tertawa.
"It's because some of my man play with it. Seems like they can't wait for this night. Hahah! Don't worry sir, it's all fine. By the way, why don't you have some drink with me aye. Come on, bottle up!" Rangsham menuang arak ke gelas dan diberikan kepada lelaki itu. Lelaki itu akhirnya mengukir senyum dan menyambut gelas tersebut.
Bunga api dibakar lalu terbang terus ke langit sana. Meletuplah bunga api itu di atas langit. Halwa tersenyum melihat keindahan pada malam itu, dengan angin yang bertiup, benar-benar menenangkan jiwa Halwa.
"So how? Do you like this?" soal Davano berdiri di sebelah Halwa. Halwa larik senyum lebar. Tentu sajalah dia suka.
"Terima kasih sugardaddy," ucap Halwa. Dia memandang ke wajah Davano dengan senyum terus terlarik pada wajah. Davano membiarkan mata mereka bertaut lama.
You're welcome sweetie. Gumam hati Davano.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...