COSTA RICA destinasi yang Davano tuju untuk perbincangannya bersama dengan seorang pengusaha terbesar dalam perabotan, Mrs Kendall Tyler. Dengan nama syarikatnya Tyler Industry. Namanya sering disebut-sebut sebagai seorang pengusaha wanita yang berjaya mencapai 2.5 juta dalam dua tahun sahaja.
+ Costa Rica ialah sebuah negara di selatan Amerika Tengah, di antara Nicaragua dan Panama. Negara ini mempunyai pantai di sepanjang Lautan Pasifik dan Lautan Caribbean. Costa Rica bermaksud "pantai yang kaya" dalam bahasa Sepanyol, dan dinamakan oleh Christopher Columbus dan penjelajah bersama beliau yang menjangkakan menemui emas di kawasan tersebut. Jangkaan mereka meleset dan Costa Rica menjadi jajahan termiskin Sepanyol. Keadaan bertambah baik selepas Costa Rica mencapai kemerdekaan pada tahun 1821. Hari ini negara ini dikenali sebagai negara yang mempunyai taraf kehidupan yang paling tinggi di Amerika Tengah serta kadar celik huruf dan jangka hayat tertinggi. Costa Rica adalah negara demokrasi yang stabil sejak akhir tahun 1800an. Ibu negara Costa Rica adalah San Jose.
Setelah mereka mendarat di lapangan khas, sebuah kereta Rolls-Royce Phantom berwarna hitam menjemput mereka bertiga. Kereta itu bergerak meninggalkan tempat mereka mendarat lalu terus membawa ke Kota San Vicente.
Tyler Mansion
Halwa keluar dari perut kereta. Matanya hampir terbeliak keluar bila lihat mansion yang begitu besar di hadapan. Dia tertanya-tanya milik siapa pula mansion yang menawan ini. Adakah milik daripada Davano?
"Ah, welcome!" suara milik seorang wanita tua datang menghampiri mereka. Dengan tongkat coklatnya itu dia berjalan ke arah Davano. Lelaki itu terus menyambut peluk daripada si wanita tua tersebut. Terlarik senyum pada bibir tuanya.
"Es bueno verte, Zander," kata si wanita itu dengan bahasa Sepanyolnya. (Good to see you, Zander).
Halwa pula yang terkebil-kebil tidak faham. Kalau bahasa inggeris okey lagi. Tapi kalau dah berbahasa lain, memang Halwa tak faham punya. Lagipun Halwa bukan belajar bahasa-bahasa sebelum ini. Hahah.
Mata Mrs Kendall teralih pada Halwa.
"Oh, quien es esta hermosa chica, Zander? Ella es tu esposa? Oh mi... por que no me dijiste que te has casado!" ucap Mrs Kendall memukul ke bahu Davano. (Oh, who is this beautiful girl, Zander? Is she your wife? Oh my... why didn't you tell me you have married!)
Davano tertawa kecil menampakkan barisan giginya yang putih.
"Ella no es mi esposa. Ella es alguien especial para mi. Muy especial," Davano membalas. Lancar bahasa Sepanyolnya. Halwa hanya diam membisu dengan sengihan kecil. (She is not my wife. She is just someone special to me. Very special).
Mrs Kendall melorek senyum lebar lagi di wajah. Dia mengangguk.
"Ella es to novia? Oh mi querido senor! Eres un hombre tan grande ahora, Zander. Bueno, entremos ahora. No puedo esperar para hablar un poco tu novia." Mrs Kendall menepuk lagi bahu Davano. Kaki mengorak langkah, menuju masuk ke pintu masuk mansionnya. (Are she your girlfriend? Oh my dear lord! You such a big man now, Zander. Well, let's go inside now. I can't wait to have some talk with your girlfriend).
Davano hanya sengih kecil. Halwa mungkin bukan isteri, bukan girlfriend, tetapi Halwa lebih istimewa dari kedua gelaran ini. Bahkan sangat penting kepada Davano. Halwa yang kebingungan hanya mampu meneruskan membisu. Langkah disusun membuntuti Mrs Kendall.
Davano memerhati ruangan mansion tersebut. Agak sedikit berbeza dari yang dulunya. Kalau dulu, pasti penuh dengan gambar-gambar suami kepada Mrs Kendall, tetapi kali ini sudah tiada di gantung di dinding. Hairan.
"Donde esta toda la imagen? Lo tiraste?" tanya Davano kerana merasa kelainan. (Where are all the picture? Did you throw it away?).
Mrs Kendall melarikkan senyum. Dia tidak pernah buang gambar-gambar yang pernah dia gantung dan paparkan untuk renungannya setiap hari.
"No las tiro mi querido, Zander. Solo hice una habitacion para las fotos. Para que pueda verlo todos los dias. No es necesario poner las fotos por todos lados. Dejelos quedarse en un solo lugar." Mrs Kendall menghelakan nafas kecil. (I don't throw them my dear, Zander. I just made one room for the pictures. So that I can watch it everyday. There's no need to put the pictures all over the place. Just let them stay in one place).
Davano mengangguk tanda faham.
MRS Kendall masuk ke dalam bilik Halwa. Halwa yang kebetulan sedang memerhati ruang bilik itu tersentak akan kedatangan Mrs Kendall. Halwa tersengih tipis pada wanita itu.
"I... I was just looking out for the internet," dalih Halwa. Tidak mahu dia dicop tidak ada sopan santun kerana perbuatannya yang tadi. Halwa tersengih lagi. Namun Mrs Kendall bukan hendak cakapkan soal itu.
"What a lucky girl you are," ucap Mrs Kendall membuatkan Halwa berkerut dahi. Kenapa pula dia bertuah? Sebab dapat sugardaddy macam Davano kah? Tersengih kecil Halwa dibuatnya.
"I have known Zander for a long time. And I never see him with a girl before. It seems like you have attract Zander," sambung Mrs Kendall.
"No.... actually, he and me aren't in a special relation. He is my sugardaddy," jujur Halwa memberitahu. Terlariklah senyum lebar di bibir tua Mrs Kendall.
"Be a sugarbaby is such a special relation too."
Halwa senyum kecil. Tangan menggaru ke leher. Dia dengan Davano? Hubungan antara mereka istimewakah? Tidaklah. Apa yang kau fikirkan? Hubungan mereka kan cuma biasa-biasa sahaja. Lebih lagi gelaran yang diangkat Davano sebagai sugardaddy kepada dirinya.
Mustahil untuk mereka jalin hubungan yang lebih daripada sebuah hubungan biasa mereka yang sekarang. Mustahil. Kan...?
...bersambung
bahasa yang ditulis di atas adalah dari sumber terjemahan daripada google. jika salah, harap maafkan saya. segala gambar dan maklumat adalah berdasarkan google. jangan marah jika ada maklumat yang salah. marahlah acik google. okey, no kecam-kecam, just peace 💃
gambar yang diambil dari pinterest dan google.
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...