HALWA terbangun dari tidurnya. Dahi berkedut-kedut sebelum dia bangun dari pembaringan. Di lihat ke sekitarnya. Ini bukan tempat dia. Kenapa dia ada di sini? Bukankah ini seperti bilik di hotel? Kenapa dia ada di hotel?
---
Seorang maid masuk ke bilik Halwa. Disuntikkan sebuah ubat tidur jangka panjang. Seperti biasa, Davano yang mengarahkan kerana ini semua adalah demi keselamatan Halwa, juga menjaga rahsia besar Davano.
"Bring her to the hotel. Make sure to look after her. Don't let her be in a danger," ucap Davano.
Navis mengangguk faham. Maka, dia membawa Halwa ke sebuah hotel. Davano sudah pun agak bahawa akan ada sesuatu buruk yang terjadi kerana ini bukan kali pertama dia dengan kejadian begini. Hanya saja, ia tidak kerap jadi.
---
Halwa menggaru kepala. Kenapa aku ada dekat sini? Bukan ke aku ada dekat mansion Mrs Kendall? Kenapa tiba-tiba dekat bilik hotel pula ni? Halwa bermonolog. Agak pelik dengan semua ini. Tanpa berlengah, dia membetulkan hoodie serta tudungnya yang semalaman tersarung di kepala.
"Sugardaddy?" panggil Halwa namun tidak ada sesiapa pun menyahut.
Perasaan takut mulai merasuk diri Halwa. Tak akanlah dia ditinggalkan begitu sahaja? Tak akan tak ada pengawasan sesiapa? Baru kali ini Halwa merasa takut tanpa ada sesiapa yang menemani. Padahal selama ini elok sahaja dia tak berteman bagai.
Halwa keluar dari bilik.
Dia masih lagi tercari-cari. Dia kemudian segera keluar daripada hotel dengan tangan yang asyik menggaru-garu. Para pekerja mulai memerhatikan Halwa. Mereka pelik lihat Halwa yang memakai selipar putih milik hotel itu keluar daripada bilik.
Halwa memandang ke kiri dan kanan.
Tak ada figura mahupun bayang daripada Davano atau Navis. Tak akanlah aku betul-betul kena tinggal sebab tak membantu apa-apa? Mata Halwa mulai berkaca. Dia tak mahu duduk di tempat yang dia tak tahu ini sendirian. Ataupun... jangan-jangan aku kena jual kut? Argh, bodohlah!
Halwa mengetuk kepala.
Merasa bagaikan inilah suatu penyesalan. Dia menyesal pergi jauh-jauh. Halwa mengetap bibir, menahan diri daripada air mata untuk jatuh. Buat malu kalau dah tua pun nak menangis macam apa saja. Sudahlah orang-orang asyik pandang dia. Entah mana yang salah.
Dalam ketakutan, dia tetap gagahkan diri untuk mencari telefon awam. Sekurang-kurangnya dia masih ingat nombor telefon Davano. Kalau benar Davano telah meninggalkan dia, memang lelaki itu tak akan dia maafkan sampai lima ratus tahun.
"Hi," sapa seseorang dari belakang.
NAVIS berhentikan kereta tepat di belakang sebuah kereta dengan pintunya terbuka tak tertutup. Navis keluar dari perut kereta. Pistol dia keluarkan, dia bersedia mahu menembak jika ada orang yang mencurigakan. Ketika dia sedang berjalan dengan gaya kedua tangan memegang pistol, dia terhenti tatkala melihat Davano.
Davano sedang duduk di hadapan kereta sana.
Di peha Davano pula ada Mrs Kendall yang sudah tak bernyawa. Davano membiarkan kepala wanita itu atas pehanya, dengan baju hingga ke muka Davano ada lumuran darah. Pekat warna merahnya. Navis menyimpan semula pistolnya ke sisi, dia mendekati Davano.
"What happen sir? Are you okay?" soal Navis risau melihat keadaan Davano.
Davano menoleh. "She died," ucap Davano.
Mati. Ya, Mrs Kendall sudah mati. Itu kerana ulah daripada Mike. Anak kandung Mrs Kendall sendiri. Dia sanggup untuk membunuh mak kandung sendiri. Tak fikir langsung akan wanita yang telah berkorban nyawa buat membesarkan dirinya.
---
Davano keluar daripada mansion. Dia baru sahaja mahu berjalan menuju ke satu kereta untuk dia kejar si bedebah Mike itu. Namun langkah dia terhenti. Ternyata, Mike sudah berada di hadapan. Dan Mike sedang memegang rambut Mrs Kendall, wanita itu hanya mampu mengalirkan air mata.
Sakit? Tentu saja.
"Bribon! Sera mejor que la dejer ir!" marah Davano. Dia tak boleh lihat wanita tua itu diseksa begitu. (You rascal! You better let her go!).
Mike tersengih sumbing. Sungguh dia tak ada hati perut. Dengan muncung pistol yang di acu pada kepala Mrs Kendall, satu tembakan dilepaskan. Tepat pada mata Davano. Wanita itu mati. Perlahan tubuh yang sudah tak bernyawa itu jatuh tersembam ke muka bumi.
Davano mengetap gigi. Dia melepaskan tiga buah tembakan pada dada Mike. Mike seolah suka dengan itu. Dia akhirnya turut tersembam juga ke lantai bumi. Namun terus menerus, kekekkan kecil dia itu masih lagi terdengar. Merasa puas hati setelah membunuh Mrs Kendall.
Davano mendekati Mike. Mike tersengih. Walau dengan mulut yang sudah penuh dengan darah, dia mengucap sesuatu.
"Al menos, la he matado. Hihih," ucap Mike. (At least, I have kill her. Hihih).
Davano menembak dua kali ke kepala Mike.
---
Tubuh Mike hanya diperhati oleh Navis. Dia lebih risaukan Davano berbanding dengan yang lain. Sudah bertahun dia bekerja dengan Davano, tentu sajalah dia akan lebih risau akan tuannya sendiri. Davano bangun dari duduknya. Dia meletakkan kepala Mrs Kendall perlahan ke tanah.
Kepala di toleh pada mayat Mike.
"I want you to call the others. Tell them to take care of all this. And tell them to burn Mike's body," datar nada Davano memberi Navis arahan.
Navis angguk.
Seketika Davano tersentak, teringat akan sesuatu yang penting.... atau patutkah dibilang seseorang? Halwa. Nama gadis itu terus menusuk ke ruang benak. Dia memandang ke arah Navis yang baru mahu buat panggilan.
"Where is Halwa?" soal Davano.
"She's at the hotel sir."
"Hotel? She's alone?" soal Davano lagi.
Navis mendiamkan diri. Perlahan kepala dia mengangguk. Memang dia tinggalkan Halwa sendirian kerana dia begitu risau tentang keselamatan Davano. Lagipula, Davano tidak ada bantuan daripada bodyguard yang lain.
Davano berdecit.
"You shouldn't leave her alone!" Davano meramas kasar rambut hitamnya yang sudah basah akibat peluh. "Now you call the others and clean this mess. I'm gonna find Halwa myself."
Davano segera ke kereta yang dipandu oleh Navis tadi. Sekarang ini, keselamatan Halwa pula yang terancam. Dia tak mahu gadis itu pula yang mati. Biarlah orang lain mati, tapi bukan Halwa Afrina!
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...