HALWA masuk ke dalam Kedai Buku J. Halwa memang gemar ke kedai buku ini. Selalunya kedai ini banyak memberikan promosi yang tak terduga oleh para pelanggan. Pelbagai jenis buku yang dijual di kedai ini, dah upgrade sikit, manga juga ada. Halwa terus saja pergi ke satu rak khas kategori novel.
Seorang lelaki mengintai saja gerak-geri Halwa yang terlihat sangat teruja memilih novel yang mahu dibeli. Matanya tidak lepas daripada memerhati Halwa.
Halwa merasakan dirinya sedang diperhati. Senyum terujanya serta merta hilang bila melihat kelibat seorang lelaki berdiri di tepi rak. Halwa cepat-cepat mengejar lelaki tersebut. Dan pap!
"Awak?" Halwa berkerut dahi. "Awak ni PA sugardaddy saya kan?" soalan itu meluncur dari mulut Halwa, tanpa malu dia menggelar Davano sebagai sugardaddy di hadapan Navis.
Navis mengangguk kemudian membalas, "Saya Navis."
Kini Halwa pula merespon dengan anggukkan. Dia mengecilkan mata menatap wajah Navis. Dia syak ada aroma tak elok pada Navis. Kenapa lelaki ini mahu mengikutinya? Bukankah Halwa bebas?
"Kenapa awak ikut saya?" Halwa bertanya.
"Saya cuma jalankan arahan daripada Tuan Davano saja," tenang Navis menutur kata. Halwa pula yang merasa sesuatu yang tak kena pada Navis. Tentulah ada maksud di balik semua ini.
"Saya nak awak bawa saya jumpa dengan Davano sekarang." Halwa meletakkan kembali novel yang dia pegang balik ke raknya semula. Langkah diatur keluar daripada kedai tersebut, Navis membuntuti daripada belakang.
Tanpa berlengah, Navis pantas saja membawa Halwa masuk ke dalam kereta mercedes. Salah satu kereta yang dimiliki Davano. Kereta itu terus meluncur laju meninggalkan tempat tadi.
Beberapa minit dalam perjalanan, mereka akhirnya sampai. Navis membawa Halwa masuk ke dalam pejabat Davano, memandangkan Davano sekarang tengah sibuk dengan mesyuarat.
"Cik Halwa tunggu sini dulu. Tuan Davano ada meeting," beritahu Navis pada Halwa. Halwa angguk tanda faham kemudian dia melabuh punggung di sofa bertempat duduk satu saja, yang ada di hujung sebelah kanan.
Sambil-sambil itu Halwa bermain-main dengan telefonnya. Jari tak habis-habis meleret skrin memindahkan tiap video yang terpapar di reels Instagram. Macam tak ada kerja pula mereka dengan trend mode pagi dan malam.
Bangga dengan dosa...Desis Halwa. Agak geram dengan perlakuan remaja zaman sekarang. Tak ada malu rasanya, nanti dikecam tutuplah komen tu.
Geee , siapa makan cili dia rasa pedas 🙌
"Yes dear, what can I do for you again?" suara garau daripada Davano mengejutkan Halwa yang sedang mengutuk itu. Dia terus berpaling memandang Davano.
"Saya nak tahu kenapa Navis ikut saya. Kenapa? Awak tak sudi ke nak jadi sugardaddy saya sampai awak suruh Navis untuk perhatikan saya?"
Davano menoleh pada Navis kemudian menggembalikan pandangan pada Halwa. Tak akanlah dia nak suruh Navis suka-suka saja ikut Halwa tanpa sebarang sebab. Banyak sebab kenapa dia buat begitu.
"It's for your safety." Davano dengan kerusi rodanya itu maju sedikit dekat sofa yang berhadapan dengan Halwa. Halwa berkerut dahi kerana kebingungan, atas sebab apa pula dia sampai perlu diperhatikan?
"Saya masih tak faham kenapa." seraya kepala Halwa gelengkan. Davano melepas nafas kecil, tentu sajalah Halwa tidak faham kerana dia tidak tahu lagi tentang beberapa cerita.
"Just trust on what I do, dear. After all, I don't need any reason to protect you."
Halwa yang mendengar terus terdiam dan mengetap bibirnya. Seketika dia terpana dengan panahan butterflies in stomach. Halwa kemudian berdehem dan menegakkan badannya, saja untuk dia mahu berlagak.
"Tapi saya tak dalam keadaan berbahaya. Saya selamat je sekarang ni."
"You said I'm your sugardaddy. Shouldn't a sugardaddy be protecting his girl?" kata-kata itu benar membuatkan Halwa bagai terapung di awangan penuh dengan rama-rama biru.
Tak. Yang awak menawan sangat kenapa? Sangat berkarisma tinggi! Halwa menggosok-gosok hidungnya, kemudian satu sengihan terukir di tepi bibir. Mana boleh tahan sengih-sengih, nanti kalau tahan boleh darah manis.
"Anything I can help you, dear?" seketika soalan itu sekali lagi membuatkan Halwa mati seketika daripada mengelamun. Janganlah begitu, makin lama nanti, makin tak selamat hati ini!
Tak akanlah nak jatuh hati dekat sugardaddy?
Halwa menggelengkan kepala. Apa benda yang dia merepekkan sampai jatuh hati bagai? Lagipun hubungan mereka hanya antara sugardaddy sekarang. Tapi...tak ada salah mana pun kalau nak fall in love with handsome sugardaddy kan?
Halwa yang bercakap sendirian itu hanya diperhati oleh Navis dan Davano.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...