SEJAK perpisahan Halwa dengan Davano, dia banyak termenung. Bahkan jika membaca novel, hanya wajah Davano yang sering bermain di kotak fikirannya. Bahkan dia tidak akan berhenti-henti untuk membaca semula diari yang dia tulis sebelum ini. Semuanya berharga buat Halwa..
Namun apalah dayanya.
"Err hai kak," suara perempuan menyapa Halwa yang termenung di kaunter. Halwa tersedar lalu dia menoleh kepada pelanggan perempuan tersebut.
"Nak order apa?" tanya Halwa.
Pelanggan perempuan itu masih lagi sibuk memilih minuman pada menu di hadadapan. Halwa menunggu dengan sabar.
Vanessa, Vivian dan Halwa sudah mula bekerja di Golden Cafe.
Dengan kafe yang diberi pembaharuan, tentulah lebih banyak menarik perhatian para pelanggan. Para pekerja yang lain pula sudah mula untuk terima mereka bertiga dengan hati yang ikhlas. Tidak baik jika mereka saling bermusuhan. Mereka kan masing-masingnya bekerja untuk mencari rezeki. Apalah sangat berbaik sesama yang lain.
Semuanya telah berubah.
Kecuali hati Halwa yang dari mula memang sudah berpaut kepada Davano. Lelaki itu, membuatkan hati Halwa telah menampatkan si lelaki pada peringkat yang tinggi; cinta. Bukan sembarang orang tau dapat bertahta di hati seorang novelist seperti Halwa. Tapi Davano, lelaki itu banyak meluluhkan hatinya.
Namun sayang, perpisahan buat mereka.
DI sebuah banglo, Aledan sedang bersembang dengan seorang wanita. Ternyata Aledan masih hidup kerana orang yang berada di dalam kereta itu adalah hanya orang yang disuruh oleh Aledan untuk berlakon. Kerana Aledan tahu dia akan mati. Jadi dia suruh orang untuk ganti tempatnya.
Aledan tampak gugup.
"Wie ist es nun? Ich habe die ldee verloren, wissen sie. Ich habe mit dir gesprochen, tote Zander, aber du bist stur. Sie mochten auch lhren nutzlosen sohn retten." Aledan berkata kepada si wanita yang sedang duduk. (Sekarang macam mana ni? Aku dah kehilangan idea tau tak. Aku dah cakap dengan kau dah, bunuh je Zander tapi kau degil. Kau nak juga simpan anak lelaki kau yang tak guna tu).
Denisa.
Ya. Dia ibu kepada Davano, isteri kepada Alexan.
Denisa juga ada dendam dengan Alexan. Dia dendam kerana Alexan tidak pernah nak dengar apa katanya. Lagipun, Denisa kahwin dengan Alexan dengan satu agenda. Agenda yang sama seperti Aledan. Untuk membolot harta.
"Genug? Willst du mir die schuld geben? Soe, die nicht arbeiten wollen, wissen sie!" (Dahtu? Kau nak salahkan aku? Kau yang tak reti nak buat kerja tahu tak!)
"Oh wow. What a wonderful view here. Any good dicussion?" suara Davano menyentakkan kedua mereka. Kepala tertoleh pada Davano yang sedang tersenyum kepada mereka. Mereka terkejut melihat Davano.
Davano duduk di atas sofa berhadapan dengan Aledan dan Denisa. Davano kemudian menoleh ke arah Denisa.
"Hallo mutter," ucap Davano. (Hi mother).
"Wie kann Zander in der nahe sein?" tanya Denisa menayangkan senyum kelatnya. (Macam mana Zander boleh ada dekat sini?)
"Wieso den? Uberrascht?" Davano menyoal kembali. (Kenapa? Terkejut ke?).
Denisa dan Aledan saling berpandangan. Beberapa bodyguard masuk kemudian menangkap mereka berdua. Muka cuak ditayang pada mereka berdua.
"Was ist das alles? Du weiβt, ich bin deine mutter!" kata Denisa. Tidak puas hati akan perlakuan anaknya terhadap dia. (Apa semua ni? Tahu tak aku mak kau!).
Davano mengangkat punggung. Dia tersengih mendengar apa yang Denisa katakan. Dasar orang tua ini tak sedar diri. Patutkah dia gelar emak juga? Davano memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluar. Dia memandang wajah Denisa.
"Welche art von mutter ist bereit, ihren eigenen ex-mann zu toten und das leben ihrer kinder um des eigentums willen zu opfern? Anspruch auf den titel mutter?" soalnya sinis. (Mak macam apa yang sanggup bunuh bekas suami dia sendiri dan sanggup korbankan nyawa anak kandung dia demi harta? Layak ke dengan gelaran sebagai mak?)
Davano tidak kisah siapa wanita itu.
Dia bukan emak tetapi setan yang mengawal emaknya.
"Binden und hangen sie leute an die decke. Ich mochte, dass sich die leute fuhlen, als ware mein bruder gestorben," arah Davano kepada bodyguardnya. (Ikat dan gantung diorang atas siling. Aku nak diorang rasa macam mana adik aku mati).
"No Zander!" panggil Denisa.
Namun maaflah. Dia tak akan berpaling kepada wanita yang telah menganiyai keluarga sendiri. Tidak akan sekali-kali. Davano pun keluar daripada banglo itu. Setelah para bodyguard itu mengantung mereka di atas siling, mereka turut keluar.
"Zander!" jerit dua orang tua itu.
Davano tersengih.
Orang macam apa mereka ini. Buat jahat tapi takut nak mati? Hah. Dasar lemah.
Davano menekan butang bom masa. Di mana bom itu sudah pun dilekatkan di tiap sudut rumah. Bom tersebut di lekatkan oleh orang suruhan Davano. Senang kerjanya. Dalam kekusutan Denisa dan Aledan, mereka tak sadar akan kematian mereka. Kata jahat, tapi bila di balas kembali perbuatan mereka, tahu pula nak minta tolong? Huh! Munafik!
Banglo itu pun meletup.
Sama persis sewaktu apa yang disaksikan oleh Davano pada malam kematian Daily.
Abang buat semua ni untuk adik dan ayah. Sekarang, tak akan ada lagi musuh dalam selimut. Pergilah dengan tenang. Gumam hati kecil Davano.
Dia kemudian beredar daripada situ.
Maka, tamatlah riwayat kedua si tua itu. Mereka dapat balasan yang setimpal.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...