HALWA cuba mencari-cari keberadaan Davano. Kakinya berhenti melangkah bila lihat Davano sedang duduk bemain dengan tabletnya di atas sofa. Tanpa berlama, segeralah di dekati si cowok.
"Awak," panggil Halwa.
Davano bertoleh.
Dia memandang saja Halwa yang mengambil tempat duduk di hadapannya. Lama diperhati gadis itu. Halwa mendengus kemudian dia turut pandang wajah Davano. Ada banyak hal yang dia mahu tanyakan kepada Davano.
"Siapa awak sebenarnya?" tanya Halwa tanpa berbelok-belok lagi. Dia malas mahu tambah kiasan bagai, biarkan saja lurus soalan dia menusuk Davano.
"Pelindung," jawab Davano sepatah.
Halwa tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.
Apa sajalah yang dirahsiakan lelaki itu sampaikan dia tidak tahu siapa dirinya yang sebenar. Jika benar seseorang yang buruk pun, bagitahu saja. Dia terima. Yang pentingnya kejujuran.
"Saya tak tahu lah kenapa tapi awak kerap berahsia dengan saya. Awak kata saya ni penting untuk awak tapi awak tak pernah nak jujur pun," sekali lagi kata-kata Halwa menghentam Davano.
Lelaki itu hanya mampu diam.
"Kenapa awak tak nak saya tahu identiti awak sebenar? Teruk sangat ke diri awak sebenar? Teruk sangat ke dengan rahsia yang awak simpan tu?" tanya Halwa lagi.
Semuanya tak dibalas Davano.
Ada banyak perkara yang awak tak tahu dan tak akan mengerti Halwa. Saya lebih suka untuk pendamkan segalanya lalu bagitahu awak tepat pada masanya nanti. Sebab saya tahu, kalau awak tahu kebenarannya, awak tentu akan pergi daripada hidup saya. Dan waktu itu, saya tak sedia lagi untuk lepaskan awak.
"It's late now sweetie, go take some rest," ujar Davano. Dia mahu mengelak daripada menjawab segala pertanyaan Halwa.
Halwa mencebik.
Selalu sangat awak buat macamni. Kalau saya tinggalkan awak betul-betul, jangan tanya kenapa. Tak apalah, lambat laun pun saya akan tau juga apa benda yang awak sembunyikan. Gumam hati kecil Halwa. Dia mengangkat punggung.
"Goodnight," ucap Halwa datar kemudian segera di susun langkahnya menuju masuk ke dalam bilik.
Davano hanya memandang.
Saya dah agak awak akan marahkan saya. Takpa. Satu hari nanti, pasti awak akan tahu. Dan kalau masatu awak masih lagi nak teruskan untuk bersama dengan saya, saya sangatlah alu-alukan awak. Kalau awak pergi, saya terpaksalah lepaskan awak. Sekali lagi Davano bergumam dalam hatinya.
Halwa menghempas punggung di atas katil.
Dia tak puas hati dengan semua orang. Mereka tak adil. Mereka tahu segalanya namun tidak seorang pun mereka mahu berkongsi. Apa teruk sangatkah perkara yang mereka sedang rahsiakan sampai mulut itu berat sungguh mahu mengatakan apa rahsianya.
"Pelindung"
Oh, pelindung.
Dahtu, kalau pelindung, lindungi saya daripada apa? Tak akanlah awak saja-saja nak lindung saya tanpa sebab. Haih. Tak masuk akal betullah semua orang. Semuanya buat hal ikut akal sendiri. Macam mana aku nak faham? Aku ni heroin dalam cerita ni, tak akanlah sampai ke ending pun aku masih tak tahu apa-apa?
"Be careful"
Ah, terflashback.
Halwa mengeluh. Berbahayakah Davano Ezander? Jika benar, apa yang membuatkan sugardaddy berbahaya?
"Saya percayakan sugardaddy saya"
Kalimat ini bolehkah aku percayakannya? Apakah salah jika aku mahu meletakkan harapan kepada diri dia?
Halwa melepaskan keluh buat kesekian kali.
Apa guna mahu banyak fikir. Sampai ke sudah pun tak akan selesai. Kadang bingung. Cerita ini tentang apa sebenarnya? Mencari identiti sugardaddy yang sebenar? Ataupun menggali kembali kisah lalu?
Davano memandang ke bilik yang ditempati Halwa dan Daily bersama.
Davano melepaskan nafas panjang.
Halwa sudah mulai mencurigai dirinya. Bagaimana ini? Dia tak akan mampu untuk teruskan jikalau Halwa meninggalkan dia setelah kebenaran terbongkar. Dia tak bersedia lagi buat melepaskan gadis itu pergi.
Kerana sayang.
Davano tersenyum sendiri.
Sebabkan aku dah mula sayangkan dia aku jadi begini. Misi aku pada mulanya sekadar untuk lindungi dia. Bukannya menyayangi dia. Aku dah masuk ke dalam jerat cinta, macam mana aku nak lepaskan diri aku?
Davano tersengih.
Kelakar bunyinya.
Selama ini, aku fikirkan aku akan berjaya untuk jaga dia dan lalui semua benda ni dengan mudah. Tapi ternyata; indah khabar dari rupa. Semuanya tak berjalan lancar seperti mana yang aku rancang sebelum ini. Semuanya bagaikan tak masuk akal sekarang. Bermula dari berputik rasa suka, itu lagilah tak masuk akal.
Namun.... perasaan itu indah.
"Satu hari, saya akan bagitahu semuanya. Satu persatu." Davano tersenyum lalu langkah diorak kembali ke biliknya.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...