21

7.9K 314 11
                                    

HALWA yang selesai menyarungkan tudung hitamnya ke kepala, terpandang akan figura Davano yang masuk ke dalam dapur. Halwa berkerut. Sugardaddy? Halwa mengorak langkah menuju ke dapur.

"Sugardaddy," panggil Halwa. Davano yang baru siap membancuh kopi di cawan putih mengangkat muka pada Halwa. Dia mengedipkan mata memandangi Halwa yang sudah tercegat di mulut dapur.

"Oh. Sweetie? Why?" soal Davano. Dia melabuhkan punggung. Halwa masuk ke dalam dapur, matanya seketika bergerak memerhati ruangan dapur tersebut. Semalam tak sempat pula dia hendak meneroka vila ini. Sebabkan penat punya pasal.

"Do you want some coffee, dear?" Davano bertanya seraya mengangkat tinggi cawan putih kepada Halwa.

"Emm, takpelah. Saya tak nak." Halwa bukannya tidak minum kopi tapi awal pagi-pagi ini tak berselera untuk dia bersarapan. Dia kemudian duduk di kerusi hadapan Davano. "Boleh tak saya tanya sesuatu?"

"Sure. What is it?"

"Erm... apa menarik tentang Maldives ni? Saya tak tahu sangat pasal Maldives. Kalau sugardaddy ceritakan boleh?" Halwa mengukir senyum. Davano menyorongkan telefonnya ke arah Halwa. Halwa berkerut dahi. Kenapa pula Davano memberinya telefon?

"You open my phone and there's a note there. Just read it," kata Davano kemudian dia meneguk sikit kopi hitam pekatnya. Davano ini memang suka dengan kopi pahit pekat. Katanya kopi begini sesuai untuk diri Davano yang sangat gemar dengan bekerja.

Halwa mengangguk. Barulah faham apa maksud Davano. Tangan mula mengambil telefon milik Davano. Dia kemudian membuka aplikasi nota yang dimaksudkan Davano sebentar tadi. Terpaparlah di sana, satu nota panjang tentang sejarah Maldives.

+ SEJARAH

Kepulauan ini merupakan tumpuan banyak pedagang kerana adanya banyak kulit siput biya yang dijadikan barangan mata wang di serata Asia dan timur Afrika, terutamanya Kesultanan Benggala. Kulit-kulit siput ini sering ditukarkan dengan beras untuk kegunaan masyarakat setempat.

Suatu kesultanan ditubuhkan yang memerintah atas kepulauan ini pada 1153.

Negara ini merdeka dari taklukan British tahun 1968 masih memelihara sistem kesultanannya dengan Muhammad Fareed Didi sebagai ketua negara bergelar raja dan Ibrahim Nasir sebagai perdana menteri. Namun, kesultanan Maldives hanya bertahan selama tiga tahun dan kemudian dihapuskan serta diganti menjadi republik berikutan suatu pungutan suara dibuat tahun 1968 di mana 81.32% menyatakan setuju pemansuhan menjadi suatu republik.

Pemerintahan Ibrahim Nasir mula dikecam kerana sifat kuku besinya sehinggakan ada warga Atol Addu yang mengisytiharkan diri merdeka membentuk Republik Suvadive Syarikat yang bertujuan menjalinkan hubungan rapat dengan pihak British.

Sektor pelancongan mula dikembangkan pada tahun 1970-an; resort pelancongan pertama di kepulauan tersebut, Kurumba Maldives mula dibuka pada 3 Oktober 1972.

Terangguk-angguk kepala Halwa membawanya. Tak sangka Davano ini suka mengumpul nota. Dapat Halwa lihat, betapa banyak nota yang ada di dalam aplikasi itu. Halwa memuji Davano dalam hatinya. Rajin sugardaddy aku... gumam hati kecilnya.

"Siapa Mister Rangsham tu pada awak?" pertanyaan seterusnya meluncur dari mulut Halwa. Dia tertanya-tanya apa hubung kait antara Davano dan Rangsham. Adakah mereka berkait atas urusan kerja atau urusan peribadi?

"He's like uncle to me. I have known him for a long time."

"Awak memang jenis suka rapat dengan orang sekeliling kan?" Halwa tersenyum. "Tak sangka awak ni sebenarnya peramah juga," sambung Halwa.

"I wish," ucap Davano. Dia bukanlah seperti yang disangka Halwa. Jauh sekali untuk dia mudah rapat dengan orang-orang. Dia susah untuk rapat dan percayakan orang. Tapi Rangsham, sedikit sebanyak mengusik hati Davano tuk beri kepercayaan.

Halwa terus mendiamkan diri. Agak bingung dengan apa yang Davano ucapkan. Tapi pada mata Halwa, Davano ini baik.

"Wanna go to beach?" soal Davano. Terjongket kening Halwa. Pantai? Apa sajalah yang Davano hendak membawanya ke pantai?

HALWA berlari menuju ke terus ke air yang singgah di pasir. Dia kemudian menendang-nendang pasir, terpapar riak gembira pada wajah Halwa. Ah, sudah lama dia tak bermain di pantai. Selama jadi dewasa ini dia asyik menghabiskan masa dengan buku dan kerja.

Davano memerhati saja gerak-geri Halwa. Itu membuatkan dia melarik senyum kecil. Jika Halwa gembira, dia juga akan gembira. Kerana itulah Halwa sangat penting kepada Davano. Jika ada apa-apa jadi pada Halwa, dia tak akan maafkan dirinya sendiri.

"Sugardaddy!" seru Halwa. Tangan melambai-lambai ke arah Davano. Davano hanya mengukir senyum kecil. Baru dia mahu mengangkat tangan, perlakuannya terbantut.

"Oh wow. What a wonderful day today isn't it?" suara nyaring milik seseorang masuk ke lubang telinga Davano. Pantas kepala di toleh ke belakang. Seorang lelaki dengan pakaian berbunga, memakai spek hitam kemudian diiringi dengan lima orang lelaki tinggi bertubuh sasa.

Lelaki itu melarikkan senyum lebar. Spek hitam dia turunkan agar matanya bertaut terus pada mata Davano. "We meet again huh?" ucap lelaki itu. Davano memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

"Nice to meet you again. Mister Ravingha."

Ravingha. Nama lelaki yang sedang tersenyum kepada Davano.

Halwa yang sudah duduk mencangkung bermain dengan air laut itu menoleh pada Davano. Dia kemudian terpandang akan Ravingha yang mendekati Davano. Berkedut dahi Halwa memandang. Siapa lelaki itu? Soal Halwa sendiri.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now