HALWA sudah sedar dari komanya. Sejak semalam, semasa Vanessa datang melawatnya di hospital. Dan ingatan Halwa masih segar tentang kejadian di mansion Davano. Segala-galanya dia ingat. Bahkan bukan setakat itu sahaja, segala apa yang di rahsiakan Davano dan orang-orang sekeliling, semuanya dia tahu.
---
"Kalau aku ceritakan satu rahsia dekat kau, kau janji tak marah aku atau sesiapa."
Halwa berkerut.
"Maksud kau?" soal Halwa. Dia tak faham. Ada apa sebenarnya dengan Daily?
Daily menghembuskan nafas.
Kemalangan yang di alami oleh ibu bapa Halwa ada kena mengena dengan keluarga Daily, dan Davano. Namun semua itu berlaku kerana rancangan Aledan, akhirnya turut sama mengorbankan nyawa orang yang tak bersalah. Semuanya bermula....
Davano sedang memandu, di temani dengan sang ayah yang sedang berbincang mengenai syarikat mereka. Tak sengaja, brek pada kereta Davano ternyata sudah di putus dan akhirnya melanggar sebuah kereta Avanza yang ada di hadapan.
Kereta Avanza itu merupakan kereta yang di pandu oleh Encik Hafifi iaitu ayah kepada Halwa. Dia dan isterinya, Ajiata bercadang mahu melawa Halwa di asrama namun berlaku sebaliknya.
Davano sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan sang ayah yang ada di dalam kereta. Dia menariknya hingga keluar. Sang ayah nyatanya telah tercucuk dengan sebuah cermin pada perutnya.
"Dad!" seru Davano. Air matanya mulai mengalir.
"Run..." ucap Alexan.
Aledan datang tepat pada waktunya. Dia yang merancang untuk kemalangan ini berlaku. Dia tersenyum melihat si adik yang terbaring di pangkuan Davano. Seorang bodyguard menunjuk ke arah kereta Avanza milik Encik Hafifi. Hafifi dan Ajiata sudah pun pengsan di dalam kerana hentakan di kepala mereka.
Aledan kemudian menarik rambut Alexan. Dia membawa adiknya itu masuk ke dalam kereta Avanza tersebut. Davano yang lemah cuba untuk mendapatkan si ayah namun di tendang oleh si bodyguard hingga Davano terbaring.
"Burn this car," suruh Aledan.
Dengan nyawa Alexan, Hafifi dan Ajiata, mereka bertiga tewas dalam kebakaran kereta itu. Bukan setakat di sana saja, bahkan kereta itu turut di benamkan ke dalam lautan. Dan Davano tika itu hanya mampu melihat saja. Perlahan-lahan matanya terkatup.
Davano tersedar dari koma setelah dua bulan lamanya terbaring di katil hospital.
Dan selama itu juga dia dijaga oleh Navis. Namun Davano tidak benar-benar sembuh. Dia terpaksa mengalami buta sementara yang mata ini akibat daripada hentakan sewaktu kemalangan itu berlaku. Retina matanya tertutup hingga pandangannya menjadi gelap, seperti orang buta pada umumnya.
Davano menangis sekuat hati.
Dia bukan saja buta malahan kehilangan ayahnya. Davano bagaikan dia lebih rela mati ikut bersama sang ayah berbanding dengan meneruskan hidup yang begini. Selama lima tahun Davano menjalani rawatan dan akhirnya dia berjaya juga di sembuhkan.
Sewaktu itu, dia berniat untuk mencari keluarga kepada orang-orang yang tidak bersalah itu. Dan satu-satunya keluarga tersebut yang tinggal adalah Halwa Afrina. Pada mula, Davano memang mahu mencari Halwa namun Halwa terlebih dahulu menemuinya ketika di hospital.
Nampaknya, aturan Tuhan mempercepatkan segalanya.
Itulah antara alasan mengapa tidak ada data yang ditemui tentang kematian Hafifi dan Ajiata kerana perbuatan Aledan yang kejam itu. Dia sanggup libatkan sesiap sahaja demi memenuhi segala kehendak hatinya.
Dendam Aledan terhadap Alexan sudah lama.
Sejak daripada datuk Davano ada lagi. Orang tua itu memberikan sebahagian besar hartanya kepada Alexan. Dan Aledan tidak berpuas hati. Katanya, dia abang jadi dialah yang patut dapat banyak. Namun kerana sifat tamaklah membuatkan datuk Davano tidak mahu beri hartanya pada Aledan.
Dan Aledan berdendam. Sehinggalah dia dapat memperolehi segala kekayaan milik Alexan, baru dia akan berpuas hati.
Namun telah tertulis bahawa segala harta Alexan hanya diserahkan kepada Davano.
Maka, makin dendamlah Aledan kepada keluarga Davano.
Mendengarkan segala cerita itu, Halwa bagaikan terpukul dengan realiti. Jadi, selama ini semuanya di rancang. Dari bertemu dengan lelaki bernama Davano Ezander hinggalah ke hari ini. Semuanya adalah yang di rancang.
"Kau jangan salahkan abang aku. Dia tak salah!"
"Kalau dia tak salah, kenapa dia kena tipu? Kenapa tak ceritakan je perkara sebenar? Kenapa kena rahsia? Hah?" tanya Halwa dengan matanya mulai berkaca.
"Aku tak suka dengan orang yang tipu aku tau tak. Aku tak akan marah kalau dia jujur. Sekarang ni dia dah tipu aku. Benda tu seolah-olah buatkan dia tu pesalah sebenar," sambung Halwa. Air mata kian mengalir.
Halwa menghembuskan nafas.
"Kau keluar. Aku nak rehat," suruh Halwa.
Daily tak bercakap apa lagi. Dia terus saja keluar. Halwa pula nangis sehinggalah dia tertidur.
Dan malang tak berbau; berlaku kejadian kebakaran itu.
---
Halwa menunduk memandang jemarinya.
Aku tak salahkan korang berdua Daily. Aku tahu korang juga mangsa. Tapi sekurang-kurangnya jujurlah dengan aku. Tak adalah aku selama ni asyik tertanya-tanya.
Air mata terus mengalir.
Doa Halwa telah pun Allah kabulkan. Dia berdoa selama ini untuk tahu segala kebenaran dan Allah telah kabulkan doanya. Segala kebenaran telah pun dia ketahui.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...