11

10.5K 416 40
                                    

DAVANO Ezander. Nama itu terus menerus terngiang di kepala Halwa. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki itu. Dia seorang yang kaya, CEO bahkan, Halwa tak akan lepaskan peluang keemasan ini! Halwa tersengih sumbing.

My sugardaddy. Hehehe. Halwa bermonolog sambil tersengih-sengih biawaknya.

Vanessa memandang ke wajah Halwa. Agak pelik dia dengan Halwa, sejak daripada hospital lagi tak henti-henti nak berangan. Mungkinkah sebab lelaki yang menolong mereka itu?

Lelaki tu memang hensem. Tapi... apa yang dia cakap dengan Halwa ea? Nak curi dengar tapi tak sempat pula. Vanessa menghela keluh. Ada apa sebenarnya Halwa dengan orang-orang yang membantu mereka di hospital?

"My sugardaddy! Wait for me!" jerit Halwa.

Vanessa terkejut lantas kepala terus saja di toleh. Halwa berlari-lari anak menuju ke pintu hadapan, Vanessa sempat menahan lengan Halwa.

"You nak pergi mana?" soal Vanessa. Dia bercekak pinggang memandang Halwa atas hingga ke bawah kemudian balik lagi pandangannya naik ke atas.

"Aku nak jumpa dengan sugardaddy aku. Davano Ezander!" dengan konfiden tahap dora the explorer, Halwa nekad mahu mencari si sugardaddy itu sekarang. Dia mahu lelaki itu menjadi sugardaddynya.

"You what?! You gila ke apa hah?" tengking Vanessa. Dia tidak setuju jikalau Halwa menjadikan lelaki tempoh hari itu sebagai sugardaddynya. Vanessa dapat rasakan aura negatif pada mereka.

Sangat negatif.

Halwa tersenyum-senyum. Dia tidak kisah apa yang Vanessa mahu gelar dirinya. Tak siuman? Gila? Tak waras? Katakan sajalah. Semua itu sama sahaja. Apapun, berbalik kepada Halwa, dia mahu teruskan misi mengambil sugardaddy.

"Halwa, stop!" Vanessa memberhentikan langkah Halwa yang mahu ke pintu hadapan. Halwa bertoleh dengan dahi yang berkerut memandangi Vanessa, apa pula yang Vanessa mahu tahan diri dia lagi?

"Kenapa?" soal Halwa polos.

"You tak boleh jadikan dia sebagai sugardaddy. Bahaya tau! I-" Pantas saja telapak tangan Halwa ditekup ke mulut Vanessa.

"Aku boleh handle semua masalah. Jangan risau. Aku seorang perempuan yang kuat!" kata Halwa kemudian mengangguk-angguk kepala. Penumbuk dikepal lalu dibawa ke dadanya, dia menumbuk-numbuk dada.

Aku yakin dengan diri aku. Dengan gaya nerd aku. Aku mampu tawan hati lelaki bernama Daez itu. Desis Halwa.

Vanessa melepaskan keluh panjang. Adakah yang sedang berdiri ini kawan dia ataupun jembalang gila dah rasuk badan Halwa? Vanessa menepuk bahu Halwa.

"Trust me you akan menyesal nanti," ujar Vanessa. Halwa kemudian menepuk bahu Vanessa kembali. Dipandang lama wajah Vanessa. Don't worry, trust to your nerdy friend. Halwa angguk.

Halwa kembali menyusun langkah. Kasut dipakai lalu segera dia keluar daripada pintu apartmen. Halwa memulakan langkah kanan dengan bismillah headshot pada langkah pertamanya mencari Davano Ezander.

This is what they say... one step closer.








HALWA memerhati di sebuah syarikat yang ada di hadapannya. Bangunan yang bercat putih itu dia pandang daripada bawah hingga ke atas. Tinggi hingga mampu mencapai tingkat menara berkembar KLCC.

Halwa segera masuk ke dalam bangunan tersebut. Dia berjalan mendekati kaunter, kad yang diberikan tempoh hari dia segera tunjukkan kepada si perempuan di hadapan.

"Yes, may I help you miss?" soal perempuan itu.

Halwa berdehem kecil. Dengan riak bangga dia menampakkan kad kontak yang telah diberi itu. Bagilah dia riak sekejap dapat kontak daripada CEO. Hue.

Perempuan itu mengambil kad yang dipegang Halwa. Lama dia teliti kad itu sebelum kepala diangkat kecil memandang Halwa. Dia berkerut seketika melihat kembali ke kad kontak tersebut.

"Miss Halwa Afrina!" panggil seseorang. Halwa menoleh. Si lelaki bodyguard yang hesmes!

Halwa segera berjalan menuju si lelaki tadi. Tangannya pantas menarik kad kontak tadi. Benda baik mana boleh kongsi dengan orang luar. Kalau dengan kawan, lagilah tak boleh. Peluang ini bukan boleh datang hari-hari.

"Yes sir!" Halwa membuat tabik.

"Apa yang awak buat dekat sini?"

Halwa sudah tersenyum sumbing. Biasalah kehidupan seorang Halwa Afrina. Tidaklah sah jikalau dia tidak menyusahkan orang sekeliling, maksudnya tidaklah sah jikalau dirinya tidak sibuk dalam mencari sugardaddy.

"Saya datang nak jumpa dengan tuan awak. Mana dia sekarang?"

Lelaki itu angguk. Begitu rupanya tujuan gadis ini ke syarikat LEX EMPIRE ini. Tanpa berlengah, lelaki itu membawa Halwa ke pejabat Tuan Davano Ezander.

"Oh? You again?" soal Davano seketika memandang ke arah Halwa. Agak terkejut dia dengan kedatangan Halwa. Halwa membuat muka bangga.

"Yes. It's me again," balas Halwa. Tanpa disuruh, dia melabuh punggung di kerusi hadapan meja Davano

"What can I help you again this time girl?" tanya Davano.

"Oh... tak ada apa pun. Kalau saya nak minta sesuatu, awak bagi?" soal Halwa dengan seraya mata dikedip-kedip beberapa kalinya.

"I will give everything you want." Davano dengan selamba namun lembut menutur kata itu di hadapan Halwa. Mungkin dia nak tunjuk adab.

"Everything?" Halwa menjongket kening ke atas.

"Yes. Everything. Whatever you want, I will get it for you."

Halwa yang mendengar sudah tersenyum lebar. Dia tidak sangka pula akan jadi begini. Adakah si tampan sudah terpesona pada si nerd Halwa? Halwa merasa malu pula. Dah macam novel yang dia baca pula.

"And what do you want me to get for you?" soal Davano.

Halwa tersedar daripada mimpi siangnya. Senyum kelat dia lempar sebelum satu perkataan berterbangan di dalam mindanya. Sugardaddy. Dengan nafas ditarik dalam, helaan nafas panjang... Senyum dilarik di bibir Halwa.

"I want you to be my sugardaddy."

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now