"Kita ni kena tinggal sekali satu rumah ke sugardaddy?" soal Halwa menunjukkan riak risau kepada Davano. Davano mendongak memandang Halwa yang berdiri di tepi sana, dia tahu Halwa merasa tidak selesa jikalau mereka tinggal serumah namun apa yang Davano boleh buat? Rumah lain sudah ditempah pelancong.
"Looks like we have to, sweetie. Why? Are you scared of us?" tanya Davano. Tablet yang dipegang Davano diletakkan ke atas meja. Dia sibuk melihat carta tentang perkembangan di syarikatnya. Tapi Halwa sekarang lebih penting.
"Em..." Halwa menggosok-gosok lengan di bahagian sikunya. Dia takut mahu berkongsi tempat tinggal bersama dua orang lelaki bukan mahram padanya. "Saya tak selesa lah, sugardaddy," sambung Halwa tersekat-sekat.
"I know this would happen." Davano tersengih kecil. Jari dipetik lalu seorang perempuan dengan pakaian suit hitam membuatkan Halwa terkejut. "So, I hire this girl. To guard you and to be your friend," Davano menyambung perkataannya.
Kali ini saja sudah mulai tersengih. Jikalau bukan kerana Halwa, tentu Davano tak mampu nak membuatkan bibirnya itu ukir satu senyuman kecil walau hanya untuk sedetik. Bahkan, sudah terlihat tentang diri Davano yang begitu mengambil berat terhadap Halwa.
"Boleh ke saya percayakan dia?" soal Halwa. Takut juga kalau perempuan itu adalah sebenarnya lelaki yang sedang menyamar. Macam-macam saja boleh jadi pada waktu ini kan?
"I'm bioligically a girl," kata si perempuan membuatkan Halwa tersengih malu. Tak akanlah perempuan ini faham dengan apa yang barusan Halwa omong, sedang perempuan itu asal daripada tempat ini. Semakin tidak tenang pula dia rasa. Bagaimana dia mahu percaya?
"Don't worry, your bodyguard is a she. There is nothing to worry about, sweetie. I'm the one who take all the responsible to take care of you. I will not make my sweetie into a trouble," tutur Davano.
Halwa kemudian melepas nafas kecil sebelum satu anggukan dia beri. Dia percayakan Davano. Jika ada sesuatu buruk terjadi, tentu Davano dia akan cari. Lagipun Halwa sudah meletak sebuah kepercayaan yang tinggi kepada diri Davano.
"You should take some rest sweetie. Rave, go take her to her room." Davano memberi arahan kepada si perempuan bernama Rave itu. Tanpa membuang masa, Rave pun mempersilakan Halwa untuk mengikutinya ke bilik.
Halwa dan Rave berlalu ke bilik. Tinggallah Navis dan Davano di ruang tamu. Navis memerhati ke arah Rave dan Halwa yang sudah semakih hilang, segera dia mendekati Davano. Tablet yang memaparkan mesej daripada Rangsham itu ditunjukkan kepada Davano.
"We should start our job now," kata Davano. Begitu serius muka mereka.Ini kerana mereka ke sini atas urusan kerja juga atas misi tersendiri. Membunuh? Oh, bukan sekali sahaja hal ini dilakukan. Demi mempertahakan empiyar perniagaan, bunuh adalah penyelesaian terbaik pada orang-orang yang berkedudukan tinggi.
"Standby with your gun. Make sure Rave protect Halwa here. Don't let anyone go near to her." tegas Davano memberitahu. Dia tidak mahu jikalau Halwa terikut sekali di dalam hal berbahaya yang bakal mereka lakukan. Halwa, berharga buat Davano.
Deringan telefon milik Davano itu menandakan perang sudah bermulai. Davano menyambut panggilan tersebut. Rangsham, memberitahu bahawa musuh telah berlabuh, dan mereka sudah bersedia untuk menentang. Dengan itu, Davano dan Navis segera ke tempat Rangsham.
Halwa membaringkan tubuh di katil. Malam ini dia rasa bosan pula. Tak ada apa yang mahu dibuat. Hendak bersembang dengan Rave, tetapi gadis itu seolah-olah cuba mengelak. Katanya dia perlu menjaga keselamatan Halwa.
Halwa sendiri bahkan bingung dengan semua orang. Mengapa semua pun mengatakan demi keselamatan dirinya? Sedang tidak ada apa-apa pun yang membahayakan. Musykil.
Halwa cuba memproses sebab-sebab mereka semua berkelakuan seperti ada peperangan besar yang berlaku. Adakah ini hanyalah ilusi ataupun sekadar mainan supaya Halwa tidak bersiar ke mana-mana?
Haaa, apa gunalah dia memenatkan diri datang ke Maldives ini jika tidak bersiar dan menikmati pemandangan? Halwa mengeluh panjang. Rasa macam dia sudah gila pula memikirkan persoalan yang tak ada jawapan ini.
Setelah beberapa minit, Halwa akhirnya terlelap. Otaknya terlampau bekerja dalam mencari sebuah jawapan. Namun semuanya hampa. Otak sudah lelah, dan akhirnya mengarahkan seluruh sistem tubuh Halwa untuk berehat.
Rave memerhati ke arah Halwa. Dia kemudian keluar berjaga-jaga di luar bilik. Memang sudah tugas dia untuk menjaga keamanan Halwa. Davano Ezander itu adalah orang yang sangat dihormati serta disanjung ramai. Banyak kebolehan lelaki itu yang tidak diketahui.
Beralih kepada Davano dan Navis.
Mereka sudah tiba di tempat Rangsham. Namun tak ada sesiapa yang disyaki sebagai musuh kepada mereka. Davano memandang pada wajah Rangsham yang fokus dengan sebuah tablet berwarna hijau.
"Ah, you already here? Good!" Rangsham berjalan mendekati Davano.
"You said you need help."
Rangsham tersenyum. "I am. I just want you to help me finish all this drink. Come on, we not only going to talk about bussiness thing right? We should enjoy all of this," kata Rangsham. Gelas yang dia tuangkan arak itu hanya dipandang oleh Davano.
Pandangan Davano mencerlung tajam menikam anak mata si tua Rangsham. Buat penat saja Davano datang ke mari hanya untuk menyenangkan hati si lelaki tua ini. Kalaulah dia tahu Rangsham berbuat demikian, tentu awal lagi dia bakal tempak bagi mati deringan telefonnya.
"I ain't gonna take this shit," ucap Davano. Nadanya sedikit ditekankan ke dalam, rasa meluap marah dalam dada Davano. Ikutkan hatinya, dia akan pukul kepala Rangsham dengan tablet hijau tadi. Namun teringat akan Halwa, lebih baik dia hanya diamkan diri sahaja.
Davano pun beredar daripada sana. Kesal sungguh dia rasa ketika Rangsham berjaya memperdayakan dirinya. Rangsham sudah tersengih-sengih sambil jarinya mengusap misai.
"Soon the war will start," gumam Rangsham perlahan.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...