26

6.5K 289 1
                                    

SEORANG lelaki memberikan tablet yang memaparkan gambar Davano dengan Navis yang sedang bersembang sebelum mereka masuk ke dalam kereta. Lelaki tua yang mengenakan pakaian sut putih itu tersenyum miring memerhati ke gambar yang di tunjuk.

"So, he already got out from hospital and now start to live normally huh?" kata lelaki tua itu.

"Yes sir. He seems like having fun with his life now. What should we do next?" tanya si lelaki.

Lelaki tua itu meneguk segelas kecil minuman kerasnya. Dia tertawa kuat, menggegarkan seisi ruangannya. Dia kemudian meletakkan punggung gelas tadi ke meja. Tablet yang dipegang lelaki itu dia ambil.

"Just wait for the next order. Keep on watching him. When there's a chance, I'll tell you what we have to do next." lelaki tua itu meletakkan tablet itu ke atas meja. Dia tersenyum sinis.

Just you wait and see what will happen. Soon, the big war will start.

LONCENG apartmen Halwa dan Vanessa itu dibunyikan beberapa kali oleh Navis. Dia naik letih menekan butang lonceng itu untuk kesekian kali tanpa ada orang pun dari dalam yang merespon.

Vanessa dengan perasaan geram, dia membuka daun pintu luas. Terlihat wajah Navis yang sedang menekan butang lonceng kemudian Davano yang berada di hadapan dengan kedua tangan dimasuk ke dalam poket seluar.

Vanessa mendengus. Apa saja dua orang kaya ini mahu. Awal-awal pagi lagi sudah tercegat di hadapan pintu apartmen orang. Tak bosan ke asyik nak menganggu? Vanessa dengan terpaksa memberi mereka berdua laluan untuk masuk.

"Where is Miss Halwa?" soal Navis. Vanessa berdecit. Tak menyempat nak duduk, soal Halwa pula yang dia tanya. Vanessa meletakkan cawan yang kosong di meja.

"You wait first. Lemme call her," kata Vanessa. Langkah diorak menuju masuk ke dalam bilik Halwa. Seperti biasalah, Halwa masih sahaja nyenyak dibuai mimpi di ranjangnya. Tapi kali ini dengan buku novel menutup ke wajah lalu dua buah novel pula dia pegang.

Vanessa segera menarik tangan Halwa. Dia malas mahu kejut Halwa lembut-lembut, sudahlah yang di luar sana tak sabar hendak bertemu dengan Halwa. Naik rimas pula Vanessa rasa. Halwa yang separuh mamai itu bangun dari pembaringan.

Kaca mata sudah senget. Dia menguap besar lalu tangannya naik menyentuh kaca mata bulat miliknya. Seketika, dia merasakan ada sesuatu yang aneh pada kaca matanya. Dia membuka si kaca mata yang tersarung di muka, alangkah terkejut Halwa bila lihat sebelah cermin kaca mata dia sudah pecah.

"Haa, padan muka. Sekarang apa cerita ni?" soal Vanessa. Dia baru perasan cermin kaca mata Halwa itu pecah, berlobang sebelah kiri. Aduhai. Itulah akibat kalau membaca novel sampai ke larut malam tak ingat besok masih ada hari lagi.

"Vans... macam mana ni?" muncung bibir Halwa.

"It's not my problem, Halwa. Sekarang ni kita ada masalah lagi besar. Your sugardaddy...." Vanessa menarik tangan Halwa, dia bawa Halwa keluar dari bilik dan menampakkan Davano yang sedang duduk santai di sofa. "Your sugardaddy dah ada dekat sini. Macam mana ni, Halwa?" sambung Vanessa.

"Macam mana kau cakap? Dahlah cermin mata aku pecah. Sekarang ni aku terpaksa ganti baru tahu tak!"

Halwa dan Vanessa bertengkar di mulut pintu bilik membuatkan kepala Davano mendongak memandang dua gadis itu. Dia terpandang pada kaca mata yang dipegang Halwa, sudah berlobang sebelah.

DAN akhirnya, Halwa dan Vanessa pun diajak keluar. Davano yang tahu akan kaca mata Halwa itu pecah pun membelikan kaca mata yang baharu untuk Halwa. Mulanya Davano mahu belikan terus sepuluh kaca mata buat Halwa namun Halwa menolak. Katanya membazir.

Lengan Halwa ditarik-tarik oleh Vanessa. Nasib badanlah Halwa kalau keluar dengan Vanessa si miss shopaholic ini. Rambang mata dia melihat baju-baju yang brand mahal di kedai baju ini. Halwa pula yang jadi malu.

"Weh, this one. Aren't I look great?" tanya Vanessa yang sudah mengenakan dress yang separas lutut itu. Dia berpusing-pusing, terpegun dengan diri sendiri. Halwa hanya membiarkan Vanessa. Biarlah dia, tentu Vanessa sudah memainkan imaginasi dunia modelnya.

Davano dan Navis hanya memerhati saja kedua sahabat itu. Lucu pula Davano lihat Halwa yang kerap kali ditarik lengannya oleh Vanessa. Senyum tipis Davano ukir.

Navis menoleh ke kanan. Dia perasan ada seseorang yang sedang memerhati kearah mereka. Navis mengecilkan mata, cuba mencari-cari sosok yang sedang mengintai mereka. Baru sahaja Navis mahu melangkah, Davano sudah memanggil.

"Navis, let's go," panggil Davano. Navis menoleh kepada Davano lalu dia menunduk. Kepala kembali ditoleh ke tempat dia pandang tadi namun tak ada sesiapa. Dia terus saja mengejar langkah Davano di hadapan.

Navis yakin dia ada lihat seseorang.

Navis menggeleng. Mungkin hanya bayangan sahaja. Lagipun banyak orang yang lalu lalang di dalam mall ini. Mungkin juga tadi adalah seorang mata-mata daripada musuh. Pasti mereka sedang cuba untuk menyerang hendap pada Davano.

Kerana itulah Davano sangat pentingkan keselamatan Halwa. Halwa sudah terlibat dalam diri Davano. Pasti musuh Davano bakal target Halwa untuk dijadikan tebusan. Segala hal saja boleh terjadi.

Mereka harus sentiasa bersiap.

Dan benar apa yang dirasa Navis. Ada seorang lelaki botak yang sedang memerhati terus pada mereka. Tiap gerak-geri Davano dia perhatikan terus. Agendanya? Ini semua arahan dari bos besar.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now