KERUSI roda yang diduduki oleh Vivian itu di tolak masuk ke dalam Golden Cafe. Halwa yang menyuruh untuk Vanessa membawa Vivian ke kafe ini kerana mulai daripada hari ini, kafe itu adalah milik mereka bertiga. Halwa tak mahu senang dia berseorangan sahaja.
Vivian tampak sungguh gembira.
Halwa turut tersenyum tika melihat Vivian yang gembira. Inilah kebahagiaan pada Halwa, mampu untuk memberikan senyum kepada orang-orang di sekeliling. Terlebih pula untuk Vivian, adik kepada teman baiknya sendiri.
"She must be so precious to you." Davano berkata.
Halwa tersenyum.
Sudah tentulah mereka berharga buat dirinya. Tanpa mereka, tentulah Halwa tak akan dapat berdiri di mana tempat dia berdiri sekarang. Salah satu hal terberat pernah Halwa alami adalah ketika mengetahui ibu bapanya sudah lama pergi.
"Vanessa tu saya dah anggap macam kakak saya sendiri. Dialah satu-satunya keluarga yang saya masih ada sekarang." Memang Vanessa dan Vivian, adalah keluarga kepada Halwa Afrina. Walaupun mereka tak ada kaitan persaudaraan namun Vanessa melayani Halwa persis seperti seorang kakak.
Mendengarkan itu, Davano mendiamkan diri.
Dia bagai terasa dengan kata-kata yang di ungkap Halwa. Dia menundukkan kepala memandang ke meja. Haruskah dia jujur sahaja? Tapi... dia tak mahu gadis ini membencinya. Dia, sayangkan Halwa. Sangat.
Vanessa melihat Halwa dan Davano yang berada di meja sana. Dia pun menolak kerusi roda mendekati meja mereka. Davano terus mengangkat muka. Senyum lebar di larik oleh Vivian menampakkan lesung pipitnya yang ada di tepi pipi kiri.
Sedikit bibir Davano itu mengukir senyum kecil.
Bunga ros yang ada di meja, Davano ambil, kemudian di beri kepada Vivian. Gadis kecil itu memandang pada wajah Davano. Mungkin agak hairan mengapa jejaka ini memberinya bunga.
"It's for you little girl," ucap Davano.
Vivian menhidu bunga ros yang dipegangnya. Tersenyum. Diangkat kepala memandang semula kepada Davano.
"Thanks," kata Vivian.
Halwa tersenyum melihat perbuatan Davano sebentar tadi. Ternyata, sang jejaka dengan wajah datar dan pendiam ini rupanya sweet kan ? Halwa menghembuskan nafas. Bolehkah hubungan mereka terus kekal bersama? Selamanya?
DAVANO pulang semula ke pejabat.
Dia memandang kertas yang ada di hadapan. Kertas itu merupakan hak penyerahan syarikat. Yang telah Mrs Kendall tanda tangan dengan mengatakan pada surat itu mengamanahkan segala kekayaan kepada Davano Ezander. Mrs Kendall mahukan pewaris dalam keluarganya, namun tidak ada seorang pun layak. Jika dia memberikan syarikat kepada Mike, tentulah tak akan capai apa-apa kesuksesan.
Haih.
Davano mengeluh. Dia tahu Mrs Kendall tidak mempercayai Mike tetapi mengapa harus di serahkan segala-gala kepada Davano? Walhal, jika dicari tahu tentang keluarga Tyler, ada banyak lagi saudara yang lain. Namun.... memandangkan mereka ada kesalah fahaman antara Mrs Kendall, jadi akhirnya wanita itu menyerahkan segalanya pada Davano seorang.
I can trust you, Zander.
Sering saja kata-kata daripada wanita itu mengetuk ruang benak Davano. Bukannya Davano tak mahu menguruskan syarikat Mrs Kendall. Tapi empayarnya sudah meluas ke serata dunia dengan syarikat-syarikat ternamanya; LEX EMPIRE. Yang mana, ini merupakan syarikat keluarga Davano sendiri yang pada mula di asakan oleh datuk Davano; Valex.
Davano kemudian menurunkan tanda tangan atas surat tersebut.
Dan, ini bermakna, Davano adalah pemilik baru kepada seluruh kekayaan Tyler. Tentu tak akan ada bantahan kerana keluarga Tyler tidak pernah mahu ambil kisah. Apa kurangnya, mereka masing-masing ada perusahaan sendiri. Lebih suka mengurus hidup sendiri daripada masuk campur dalam urusan orang lain.
Davano membuat panggilan pada Navis.
"Navis. I want you to find a person to look after Tyler Company at Costa Rica."
"Sure sir," ucap Navis di hujung talian.
Talian segera di tamatkan.
Ini adalah permulaan baharu buat Davano.
Empayarnya sudah meluas, kekayaannya bertambah. Akan ada banyak lagi manusia menanam dengki. Akan ada banyak lagi pengorbanan yang harus di lakukan. Akan ada banyak pula pertumpahan darah, demi mempertahankan empayar.
Tak kisahlah, kaya atau miskin.
Masing-masingnya ada empayar sendiri. Mereka yang menjadi ketua, mereka harus banyak bersedia. Kerana jatuhnya ketua bagaikan jatuhnya sesebuah empayar. Jatuhnya empayar, kekalahanlah pada pihak mereka.
Bertahan atau hilang segalanya.
Hilang segalanya dan di bunuh.
Itu, adalah adatnya.
Nyawa menjadi sebuah taruhan?
Itu sudah biasa.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...