36

4.7K 216 5
                                    

MALAYSIA

Mereka pulang semula ke Malaysia setelah selesai segala majlis kematian Mrs Kendall di Costa Rica sana. Kali ini, Daily turut sama pulang ke Malaysia memandangkan dia sudah senang berkawan dengan Halwa.

Halwa membawa Daily ke apartmennya.

"Do you live here? Why don't you live somewhere else? In a bungalow maybe...?" kata Daily.

Halwa tersenyum.

"It's not like we don't wanna move from here. We just like it here." Sudah lama Halwa duduk di apartmen ini. Memang berat hati mahu tinggalkan. Davano ada juga cadang mahu beli rumah baharu buatnya, tapi Halwa tolak. Dia katakan masih lagi mahu tinggal di apartmen itu.

Pintu dibuka.

Vanessa memandang ke arah Halwa kemudian menoleh pula kepada Daily yang berada di sebelah. Berkerut dahi Vanessa. Minah saleh tang mana pula yang Halwa bawa balik ke rumah ni? Alahai.

"Siapa dia?" tanya Vanessa. Dia saja gunakan bahasa melayu.

"Err... dia adik pada sugardaddy aku."

Terjongket kening Vanessa.

"Dahtu? You nak suruh dia tinggal dekat sini? Kenapa dia tak pergi je tinggal dengan abang dia? Atau pun dia nak suruh kita jaga adik dia?" soal Vanessa. Tak puas hati jika Davano sampai menyuruh menjaga adiknya yang sudah besar panjang ini.

"Saya ke sini sebab saya nak jaga Halwa. Bolehlah saya jadi kawan awak juga," balas Daily mengejutkan Vanessa.

Terkebil-kebil Vanessa lihat Daily.

Macam mana Daily boleh tahu bahasa melayu? Merasa malu menerpa diri Vanessa. Sudahlah dia kutuk Daily tadi. Mesti dia lapor dekat abang CEO dia tu. Aduhai, aduhai, aduhai.... Vanessa mengutuk-ngutuk dirinya.

"Err... I minta maaf dengan apa yang I cakap tadi," ucap Vanessa. Bersalah.

Daily tersenyum.

"Takpa."

Senyap.

"Okey... jomlah kita makan. Semua lapar kan?" Halwa mencelah di tengah kesenyapan.

Halwa kemudian menarik lengan kedua orang itu, mereka masuk ke dalam dapur. Dah sampai dekat rumah ini, rasa laparlah pula.

DAVANO menyimpan pistolnya ke dalam laci.

"Sir," panggil Navis.

Davano menoleh kecil. Dia kemudian melepaskan nafas sebelum dia pusing pada Navis. Mereka harus mulakan sudah pekerjaan mereka. Lebih lagi, Mrs Kendall sudah pun pergi. Jadi... Davano lah yang harus menguruskan segalanya.

"Make sure you find someone to take care the Tyler Mansion."

Walaupun Mrs Kendall sudah pergi, mansion miliknya haruslah diuruskan. Sayang. Mansion besar begitu tidak diuruskan. Manalah tahu, bolehlah buat hadiah pada orang atau kepada anaknya nanti kan? Hah.

"Sure sir," jawab Navis.

"Navis," panggil Davano. Navis memandang kepada Davano.

"Be aware on our next step. I can feel, another life will be taken. This next war will gonna be the biggest war."

Navis mengangguk faham.

Mereka belum sampai di penamat. Masih jauh untuk mereka capai garisan tamat. Selagi ada si tua bedebah itu, cerita tak akan mampu untuk tamat.

Davano kemudian teringat akan sesuatu.

Jika, peperangan yang besar telah dilancarkan, bermakna mereka harus mempertaruhkan nyawa mereka. Mati atau hidup, itu ada di dalam pilihan author.

Siapa pun boleh mati.

Jika itu membuatkan cerita semakin menarik.

Mengapa tidak bukan?

Pengorbanan, haruslah di lakukan.

Penyesalan, tentu bakal terjadi.

Pembunuhan, sudah tentu.

...bersambung

maaflah, bab ni agak pendek sedikit.

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now