HALWA tersenyum lebar melihat ke meja makan dengan lauk pauk yang cukup banyak buat dia dan Vanessa jamah pada makan malam ini. Semua bahan mentah Halwa sempat beli selepas saja kad berwarna hitam diberi kepadanya.
"Why sugardaddy?" tanya Davano. Halwa tersenyum lebar lagi. Kerana mencari sugardaddy adalah misinya yang pertama sekali. Tak ada salahnya jika dia minta Davano menjadi sugardaddynya.
"Tuan," panggil si lelaki yang berdiri di sebelah Davano. Davano mengangkat tinggi tangannya.
"Sure. I will be your sugardaddy dear," tutur Davano. Halwa sudah berteriak keriangan di dalam hatinya. Mahu dia tidak gila kalau lelaki tampan, bergaya dan kaya sudi menjadi sugardaddy kepada dia?
Kalau aku pun tentu dah naik gula. Eh, gila maksudnya.
Davano mengeluarkan sesuatu daripada poket kotnya. Dia kemudian meletakkan satu kad hitam di atas meja, dia tolak terus hingga ke hadapan Halwa.
"It's yours now."
Halwa menekup mulut. Siyeslah? Halwa menelan air liur kemudian tangannya turun mencapai kad hitam tersebut. Halwa terus tersengih lebar, rasa gembira yang tak ada penghujung.
"Awak betul ke nak bagi saya kad ni? Tak menyesal?" tanya Halwa. Agak sedikit ragu untuk mengambil, takut pula kalau ada apa-apa jadi selepas ini. Dia tak sedia lagi mahu tanggung risiko.
Davano memasukkan sepuluh jarinya di celah-celah jari, kemudian dia pandang wajah Halwa. Senyum langsung tidak dia tunjukkan.
"Yes dear. You can spend more on it," kata Davano. Halwa mengangguk, baiklah kalau begitu dia tentu akan menggunakan dengan baik!
"Thanks sugardaddy!" ucap Halwa. Dia bingkas bangun dan menunduk. Kaki terus saja dihayun laju, keluar daripada pejabat Davano.
"Tuan," panggil si lelaki yang berada di sebelah Davano.
"It's okay Navis. I will keep on eye to her. Just make sure to keep her safe. She's mine now," ucap Davano.
Navis mengangguk faham. Navis adalah PA kepada Tuan Davano.
Halwa mengangguk-angguk. Boleh tahan hebat juga dia yang nerd ini mampu dapat perhatian daripada lelaki sekaya Davano Ezander tu kan? Halwa kemudian teringat ketika dia ke bank dan sempat mengecek baki duit dalam kad itu.
Balance : 2 580 000
Halwa berkerut dahi. Biar betul isi dalam kad hitam itu sampai 2 juta? Jadi yang dipegang oleh Navis waktu di hospital tentulah 2 juta juga kan? Halwa terus terngangga. Astaga, kerja apakah Davano itu sampai kad saja berisi 2 juta masing-masing ?
Dia ni betul ke CEO? Kenapa banyak sangat duit dalam bank dia? Tak akanlah dia kerja dekat syarikat saja pun dapat sampai berjuta-juta. Tak akanlah macam novel kut... mafia? Halwa menggeleng kepala. Apa pula mafia? Dah terang-terang dia cakap CEO OF LEX EMPIRE. Kalau empire....
Halwa berfikir sejenak. Seketika dia terkejut lagi. Empire ini bermaksud bukan satu sahaja syarikatnya kan? Halwa terduduk di kerusi makan. Jadi bagitahu aku berapa banyak syarikat dia sebenarnya?
Pantas saja Halwa berlari mendapatkan telefonnya yang dia letak di atas sofa. Dia terus menghempas punggung ke sofa, telefon yang elok duduk itu Halwa capai. Google dia buka dan jarinya mulai mengetik.
Berapa banyak LEX EMPIRE COMPANY dalam Malaysia ?
Searching...
There is 5 LEX EMPIRE COMPANY in Malaysia.
Terngangga. Banyaknya!
Berapa banyak LEX EMPIRE COMPANY dalam bumi?
Halwa mengetuk kepalanya. Aduhai. Apa pula dalam bumi? Ah takpalah. Pacik Google boleh faham apa yang Halwa maksudkan.
Searching...
There is 25 LEX EMPIRE COMPANY. Mostly in Asia, about 15 companies. There are 5 companies in Malaysia and about 2 companies each in such countries; Indonesia, China, Georgia, Maldives and Uzbekistan.
5 companies in North America continent. 2 companies in Jamaica and 1 company in each countries; Costa Rica, Mexico, United States of America. Another 5 companies in Europe continent. There is 2 companies in two country; Belgium and Germany. And one company in Latvia.
Terkentut Halwa membaca artikel mengenai syarikat yang dinaungi Davano. Seketika Halwa termenung. Jika begitu banyak syarikat yang dimiliki Davano, tentulah berjuta-juta wang yang Davano punya.
Halwa menekup mulutnya. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat, apa yang dia baca dan apa yang dia alami sekarang. Adakah ini sebuah kontroversi sting aku yahuu? Halwa berfikir sejenak, kenapa seperti ini bukan realita? Ini semua terlalu gila untuk dicerna dalam otak Halwa Afrina.
Anda rasa sakit kepala? Makanlah panadol.
"Halwa!" kejut Vanessa. Kepala Halwa terus tertoleh menghadap Vanessa. Vanessa melarikkan senyum, dia melabuh punggung di sebelah Halwa. Sedikit berkerut dia lihat Halwa yang agak pucat itu.
"Are you okay?" soal Vanessa. Halwa mengangguk lambat-lambat. Celah daripada mana okeynya jikalau lepas dapat kena kejutan yang selama ini hanya mampu dia bayangkan?
"Aku... aku dah jumpa sugardaddy aku." Halwa tersenyum. Dia kemudian memandang ke arah Vanessa, Vanessa masih berkerut dahi. Apa pula yang Halwa cakapkan ini?
"Siapa dia?" tanya Vanessa.
"Siapa lagi kalau bukan Davano Ezander!" Halwa menjongketkan kening. Dia menyandar ke sofa. Tangannya diusap-usap pada dagu, merasa bangga memperkenalkan sugardaddynya itu.
"You tak takut ke Halwa? What if-"
Halwa memintas. "What if kita makan dulu. Kesian lauk yang aku masak tadi terbiar dekat meja. Jom kita makan!" Halwa bangun dari duduk lalu tangannya menarik lengan Vanessa.
Vanessa dengan malas dia berdiri kemudian mengikuti saja Halwa yang menarik-narik lengannya. Dia sudah malas mahu menasihat Halwa, Halwa jenis yang tak dengar cakap. Nak juga diikutkan kehendak hatinya.
Suka hatilah Halwa, nanti jangan salahkan Vanessa kalau ada apa-apa jadi.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romansa[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...