16

8.9K 357 0
                                    

VANESSA memulas tombol pintu lalu dikuak luas daun pintu bilik Halwa, dia menjenguk kecil ke dalam tepat pada Halwa yang masih tertidur nyenyak di atas katil. Penat sangat Halwa itu, sampaikan semalam lepas saja dia sampai terus dia tertidur.

"Halwa, dah pagi ni. You bangunlah," ujar Vanessa. Dia mahu kejutkan Halwa supaya nanti karang dia keluar ke kerja, tak adalah Halwa ini tercari-cari. Pernah jadi sebelum ini Halwa tercari keberadaan Vanessa, rupanya dia sudah pergi kerja. Mahu tidak takut Halwa ketika dia sedar yang Vanessa tak ada di rumah?

"Hmm... nanti kejap lagilah. Lima minit lagi boleh tak? Mengantuklah..." Halwa menarik selimut menutupi seluruh wajahnya. Dia rasa malas pula mahu bangun dari tidur, matanya masih saja mahu terkatup kerana penat sangat dari makan malam semalam.

"You jangan nak mengada. You bangun sekarang and then tukar pakaian you tu. Apa dengan bergaun you terus tidur? Haih." Vanessa mengeluh. Terkejut bila dia lihat Halwa terus masuk ke bilik dengan bergaun-gaun bagai, dahtu tak mandi pula. Aduhai.

"Ala, kejaplah Vans. Aku penat sangatlah. Bagi aku rehat kejap," balas Halwa. Masih lagi menutup mukanya dibalik selimut itu. Vanessa bercekak pinggang, budak ini memang tak akan bangun selagi Vanessa tidak memaksa. Vanessa terus saja berjalan mendekati katil.

Dia menarik selimut Halwa hingga membuatkan Halwa yang berpaut kuat pada selimut itu terus sahaja terangkat badannya daripada pembaringan. Boleh dilihat rambut ikal Halwa yang mengembang.

"Sekarang ni you bangun dan pergi basuh muka. I nak gerak ke kerja nanti you cari I pula. Dah, you bangun cepat Halwa." Vanessa menepuk-nepuk ke peha Halwa. Dia mahu Halwa awal siap pagi ini, tidak mahulah Halwa sekadar tidur sahaja di dalam bilik. Tentu Halwa tak ingat dunia lepas saja lelapkan mata.

"Kau ni Vans, suka sangat paksa orang..." ucap Halwa. Merasa tidak puas hati bila Vanessa sanggup mengejutkan dia ketika dia sedap membuta. Sekurangnya bagilah dia menikmati sedikit lagi mimpinya itu.

Vanessa tak endah dengan apa yang Halwa merepekkan. Dia menarik lengan Halwa hingga kaki gadis itu tersentuh ke lantai, jangan nak bermalas-malas bila dah jumpa sugardaddy. Halwa menggaru-garu kepalanya walau tidak gatal. Inilah salah satu sebab kenapa dia tak mahu Vanessa yang kejut.

"Cepat pergi mandi sana!" suruh Vanessa. Tuala yang ada di ampaian besi Vanessa ambil lalu disangkut ke kepala Halwa. Dia menolak terus bahu Halwa hingga Halwa masuk ke dalam kamar mandi.

Keruh saja raut wajah Halwa. Pagi-pagi buta dah main tolak-tolak. Sudahlah mimpi dia tadi bukan main indah, dia termimpikan dia sedang menari bersama Davano di tengah-tengah restoran malam tadi. Bahagia bila Halwa ingat.

"Cepat mandi tau. I dah buatkan roti bakar and I dah pun sapu kaya sekali. You suka kan? Baik you cepat sikit kalau tak nak I habiskan semua," ugut Vanessa. Tahu benar Halwa itu suka dengan roti bakar, tentu Halwa tak akan menolak. Perempuan nak kata tidak pada makanan kegemaran dia? Eh, memang tidaklah.

Bibir Halwa melengkung ke bawah, matanya dipandang pada wajah Vanessa. Bukannya dia marah sebab Vanessa mahu habiskan roti yang disedia oleh Vanessa, tapi dia masih tak puas hati pada perbuatan Vanessa.

Vanessa tersenyum. Dia tahu riak wajah Halwa. Apa sangat nak marahkan dia kan? Vanessa kemudian menarik daun pintu kamar mandi, lalu dia katup, membiarkan Halwa untuk membersihkan diri. Halwa sudah berdecit.

Mentang-mentanglah juara bangun awal. Ish! Monolog Halwa rasa tak puas hati.

Dia meletakkan tualanya ke ampaian. Dari dia sibuk pula hendak fikir soal tadi, ada baiknya dia terus bersihkan diri. Dah tak selesa dia dengan gaun yang dia pakai ini, semalaman kut dibiarkan tersarung di badan. Lagi teruk kalau setan dekat kamar mandi ni tampar muka dia. Hish!

Vanessa meletakkan teh yang dibancuh masing-masing di dalam cawan warna putih itu di atas meja. Punggung dilabuh ke kerusi sebelum satu senyum dia larik pada Halwa yang kebetulan masuk ke dapur.

Halwa masih dengan raut wajah malas. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Vanessa. Vanessa pandang wajah Halwa, marah benar kawan dia itu kepada dirinya. Bukanlah niat dia mahu kejut kasar, tapi kalau tak buat begitu, tentu Halwa tak akan celik.

"Alahai, you ni janganlah marah. I bukan sengaja nak kejut you macamtu tapi I terpaksa buat. Kalau I tak kejut, mesti you tak akan bangun kan?"

Halwa hanya menyepi.

"Nanti sugardaddy you nak ajak you pergi shopping tau tengah hari ni..." sengaja Vanessa menyebut tentang si sugardaddy. Mahu dia lihat wajah Halwa bagaimana. Terus berubah air muka Halwa mendengar, deheman kecil dia lepas sebelum badan ditegakkan.

"Mana roti?" soal Halwa. Nampak gaya sudah bagus mood Halwa, Vanessa pula yang tersengih-sengih. Bukan main pula kawan dia ini. Baru saja kenal dengan sugardaddy, dah macam jatuh pandangan pertama pula.

"Disini rotinya, maam," seloroh Vanessa. Dah good mood tu kita kenalah hiburkan hati dia lagi, nanti karang jadi badmood susah pula nak memujuk. Haih. Badmood pun Vanessa sayang juga, kawan baik kan?

Mereka pun menjamahlah sarapan. Halwa mulai bercerita tentang kejadian semalam di Restoran High. Musik yang indah dimainkan waktu itu membuatkan kaki Halwa jadi gatal pula mahu berdiri dan turut menari. Namun Davano kata dia tak minat nak menari-nari. Jadinya, Halwa sajalah yang membayangkan dirinya bernari dengan Davano. Itulah sampai terbawa ke mimpi.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now