34

5.2K 230 0
                                    

"Warum bist du hier?" soal Davano dengan bahasa Jerman.(Why are you here?)

Hairan dia dengan Daily yang ada di Costa Rica. Bukankah adiknya ini tinggal di Jerman? Kenapa pula sudah berada di Costa Rica? Atau sebenarnya Daily ini diam-diam mengekori dia?

Daily tertawa kecil.

"Nun, ich will dich und dein zukerbaby nur anschauen. es ist einfach suβ. zwischen dir und ihr," balas Daily. (Well, I just want to look you and your sugarbaby. It's just sweet. Between you and her).

Davano diam sebentar.

Macam mana pula Daily tau yang aku ada sugarbaby. Tak pernah-pernah aku hendak hebohkan perkara ini. Ah, sudah. Memang dah tersebar luas ke apa ni? Monolog Davano sendiri.

"Tatsachlich habe ich Navis gezwungen, es mir zu sagen. ich habe ihn schon einmal kennengelernt. und so wusste ich von dir und ihr," sambung Daily lagi. (Actually, I forced Navis to tell me. I have met with him before. And that is how I knew about you and her).

Daily tersenyum.

Tentu dia tak akan tahu jika abangnya ada sugarbaby, jikalau dia tidak paksa Navis buat memberitahunya. Davano menghembuskan nafas. Ada sebab mengapa dia menjaga Halwa.

"Sie ist nicht nur ein zuckerbaby. Sie ist mir wichtig." (She is not just a sugarbaby. She is someone important to me).

Mendengarkan itu, Daily mengangguk faham.

Dia tahu apa sebab sang abangnya berbuat demikian. Mungkin nampak tidak masuk akal namun itulah apa yang Davano hendak buat. Sedangkan, jika Halwa tahu hal sebenar, tentu gadis itu bakal membencinya.

"In diesem leben hat sich Daily nie glucklich gefuhlt. Das leben ist wie ein fluchtling. Obwohl." (Selama hidup ni kan, Daily tak pernah rasa apa tu bahagia. Hidup macam seorang pelarian. Padahal kaya).

Daily tertawa kecil.

Davano hanya mendengar. Jadi kaya ataupun miskin, sama sahaja. Mereka tetap akan dikejar-kejar. Ada sahaja dendam yang orang mahu tanam pada mereka. Walhal, mereka tak ganggu pun hidup orang lain. Mereka yang suka mendengki. Hati mereka sakit kalau lihat orang lain berbahagia, bergembira. Pasti mahu menghancurkan. Biasalah, manusia kan.

"Solange wir diesen alten bastard nicht toten, ist unser leben nicht sicher. Fur immer wird eine fluchtige ursache bleiben, wird die ganze zeit beobachtet. Diese menschen sind eine art von keimen,bdie uberall sind. Aber wenn wir menschen eliminieran, werden unser leben und das aller anderen sicher sein," panjang lebar Davano berkata dengan rasa tak puas hatinya. (Selagi kita tak bunuh si bedebah tua tu, hidup kita ni tak akan aman. Selama-lamanya akan tetap jadi pelarian sebab diperhatikan setiap masa. Diorang ni adalah spesies kuman yang ada di merata-rata tempat. Tapi, kalau kita hapuskan diorang, hidup kita dan semua orang akan selamat).

p/s: otak ada lagging guna bahasa inggeris ni. jadi, sis guna saja bahasa melayu supaya memudahkan ya sayang semua ❤













Bilik.

Davano termenungkan akan kisah silam. Antara dia dan keluarganya. Satu keluhan panjang Davano hembus keluar. Keluarga macam apa yang dia dapat ini? Semuanya saling berpecah belah bagaikan bukan satu keluarga. Langsung tak ada keharmonian.

FLASHBACK

Ibu dan ayah Davano sering bergaduh sejak akhir-akhir ini. Mereka tak lagi serasi seperti dulu. Asal berjumpa sahaja, tentu berperang mulut. Bagaikan anjing dengan kucing, tak kira tempat dan masa mereka bertekak sesama mereka. Walhal, sudah bertahun menjalinkan hubungan suami isteri.

"Ich mochte, dass Zander die frau meiner wahl heiratet. Danach leitete er das unternehmen," kata Mrs Denisa. (Saya nak Zander kahwin dengan perempuan pilihan saya. Kemudian, barulah dia uruskan syarikat).

Mrs Denisa adalah ibu kandung kepada Daily dan Davano. Dia merupakan wanita melayu berkacukan belanda. Manakala ayah kepada Davano dan Daily pula adalah Mr Alexan. Dia pula adalah orang asli Jerman. Mereka berdua bertemu ketika saling di jodohkan dengan keluarga. Namun begitu, mereka ini saling jatuh cinta pandang pertama. Katanya; dari mata turunlah ke hati.

"Nicht! Ich bin nicht einverstanden, wenn mein sohn heiratet. Ich werde Zander bitten, zu heiraten, nachdem er die firma leitet!" sanggah Mr Alexan. (Tak! Saya sangat tak setuju kalau anak lelaki saya kahwin. Saya akan suruh Zander kahwin selepas dia berjaya uruskan syarikat!)

Dia sangatlah membantah jikalau Davano berkahwin sebelum dia menguruskan syarikat. Pada pandangan Mr Alexan, anak lelaki seharusnya fokus dulu terhadap syarikat kemudian barulah fokus akan dunia perkahwinan. Soalnya, kahwin dulu lalu urus syarikat, itu tentu akan menggagalkan.

Namun Mrs Denisa tidak setuju dengan cadangan suaminya. Dia mahu Davano kahwin, dan itu adalah muktamad!

Masing-masingnya beradu mulut. Sampaikan Daily dan Davano jadi masak dengan mereka. Namun takdir ternyata sudah tertulis bahawa Mrs Denisa dan Mr Alexan tak akan berkekalan lama. Mereka mengambil keputusan untuk bercerai. Maka, bercerai-berailah keluarga mereka. Masing-masing pun mencari hidup mereka sendiri. Malas mahu keruhkan lagi keadaan.

Sehingga sekarang, semuanya bagai tak teratur. Davano melepaskan keluh. Entah kenapa mereka selalu saja berbeza pendapat. Terutama ibunya. Pasti ada saja wanita itu mahu gaduhkan. Dia bagai rasa tak puas hati benar pada suaminya sendiri. Kadang, lelaki tua itu sudah malas mahu bertekak dan membiarkan saja si isteri membebel sampai terkeluar anak tekak.

Entahlah.... dari mana silap yang Davano tidak lihat antara mereka hinggakan kedua orang tuanya bersikap seperti orang tak matang. Namun, tak ada apa yang Davano hendak sesali. Ada baiknya berpisah daripada setiap hari mereka bergaduh. Bukankah lebih membuang masa?

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now