15

10.1K 426 10
                                    

KAKI Halwa yang disarung dengan high heels berwarna hitam itu melangkah menuju ke hadapan cermin. Halwa memerhati lama dirinya yang terpantul pada cermin, dia bagai tidak percaya jikalau figura yang terbentuk di cermin itu adalah dirinya sendiri.

Kenapa... kenapa aku nampak cantik sangat? Desis hati kecil Halwa. Tanpa disedari, hidungnya sudah kembang kerana terlalu lama menggagumi diri sendiri.

Boleh tahan juga aku ni kan. Halwa bermonolog lagi, memuji diri. Tak adalah salah pun jika memuji diri sendiri bukan? Bahkan itu bagus untuk meningkatkan keyakinan diri, heheh.

"Miss... jom kita keluar sekarang. Tuan Davano dah tunggu dekat luar," kata si maid. Halwa berdehem kecil sebelum dia berpusing menghadap si maid. Bibir melarik senyum sebaik saja mata dikalih pada si maid.

"Awak rasa saya okey ke dengan gaun ni?" soal Halwa mahukan kepastian. Tidaklah nanti dia tertanya-tanya jika dia nampak cantik ataupun tidak.

"Miss sangat sesuai mengenakan gaun itu. Tuan Davano memang akan suka dengan penampilan miss," puji si maid. Halwa yang mendengar menarik tangannya ke atas lalu ditekup mulut dia, rasa bangga sekejap.

"Terima kasih," ucap Halwa sebaik tangan diturunkan kembali. Maid itu mengangguk, tanpa berlengah, maid membawa Halwa keluar daripada bilik persediaan itu.

Davano sudah menunggu Halwa di ruang tamu. Halwa yang baru saja keluar dari bilik persediaan tadi, mata diarah kepada Davano yang sedang duduk menunggu akan diri Halwa. Halwa berketap, bibirnya digigit tipis, merasa malu pula mahu memperlihatkan dirinya.

Davano berpaling, matanya bergerak dari bawah hingga ke atas pada Halwa. Dia mengangguk kecil, merasa puas hati dengan gaun yang dia belikan itu sesuai pada badan Halwa. Punggung diangkat dari sofa, kaki mengorak langkah mendekati Halwa.

Halwa seketika berkerut melihat Davano. Dia hairan melihat Davano yang jalan sempurna tanpa ada kerusi roda, bukankah Davano sakit? Kedutan pada dahi Halwa makin bertambah. Pening pula kepalanya memikirkan tentang keajaiban yang berlaku di hadapan.

 Pening pula kepalanya memikirkan tentang keajaiban yang berlaku di hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Davano suit -
- pinterest -

"Bukan sugardaddy sakit ke? Kenapa... kenapa tak guna kerusi roda?" soal Halwa sedikit terketar dan rendah nadanya. Davano menepuk baju pada tepi dada yang bidang itu.

"I can walk dear. Now, let's go." Davano berpaling, kaki diatur lalu diorak mara ke hadapan. Halwa menggaru kepala, dia tidak faham, dan merasa sangat ganjil. "Are you coming dear?" soal Davano memanggil Halwa.

Halwa terus tersenyum kelat. Dia berjalan perlahan mengikuti Davano dari belakang. Tak selesa pula hendak bergerak kerana high heels yang dipakai Halwa itu, mahu saja dia cabut dan buang ke tepi namun demi makan malam yang sempurna bersama sugardaddynya, dia haruslah lengkap!

Walaupun sakit, tetaplah dia gagahkan juga kaki itu tuk melangkah.







HALWA terpegun melihat kemewahan yang ada di High Restaurant. Ramai pula orang yang makan malam ketika ini, rasa seganlah pula bila lihat pakaian perempuan lain lebih elegan daripada diri Halwa.

"You are pretty, dear. Don't need to look down of your beautiness," tutur Davano. Dia menyedari perubahan raut wajah Halwa yang drastik itu. Tentu sedang memandang rendah pada dirinya. Davano tidak mahu Halwa merasa begitu, semua orang ada cantik yang tersendiri.

"Oh my... Mister Zander. Nice to meet you," seorang pelayan datang menyapa mereka. Halwa turut membalas tundukan daripada pelayan tersebut, mata dibiarkan terus menenung wajah pelayan itu.

"Hm," ucap Davano. Halwa kemudian menoleh kepada Davano, kenapa lelaki itu langsung tak cakap apa-apa? Mendengarkan jawapan daripada Davano, pelayan itu terus tersenyum kelat.

"Let me show you your seat, mister. Here, follow me." Pelayan itu menunduk lalu kaki dihayun pantas membawa Halwa dan Davano dalam satu ruangan khas, VVIP.

Mata Halwa sampai terbeliak keluar melihat bilik yang mereka masuki itu ternyata jauh lebih cantik dan mewah daripada yang di luar, dihiasi dengan alas meja berwarna putih dan merun.

"Let me help you, miss," ucap si pelayan tadi mahu menarik kerusi buat Halwa duduk. Davano sepertinya merasa terganggu melihat si pelayan begitu mesra dengan Halwa.

"No need to, waiter. Just let me do it because I am the one who take a full responsible on her," kata Davano menekankan nadanya. Dia tidak suka jikalau ada orang lain sibuk untuk menguruskan Halwa, Halwa sekarang kan sudah jadi tanggungjawabnya.

Terasa kembang pula hidung Halwa. Aduhai, kenapa dia dapat sugardaddy yang sweet? Tak tahanlah hati Halwa kalau inilah gaya Davano, tentu akan ada sebuah perasaan datang mengetuk pintu hati dia nanti.

Si pelayan melarik senyum sumbing, dia segera menjauh daripada kerusi yang mahu diduduki Halwa. Dia tak mahu pula karang dia jadi mangsa pada si lelaki dengan tatapan harimaunya itu, nampak sangat dia marah kalau dekat dengan gadis itu.

"O..okay, mister. What do you want to order?" tanya si pelayan, berdiri di tengah antara Davano dan Halwa. Davano tidak endah dengan si pelayan, dia menarik kerusi dan mempersilakan Halwa untuk duduk. Setelah itu, barulah dia melabuh punggung di kerusi hadapan Halwa.

"Dear, what do you want?" Davano bertanya kepada Halwa. Dia akan ikutkan apa yang Halwa ingini, lagipula dia sebagai sugardaddy harus prihatin pada Halwa, bukankah begitu?

"Okay.... can I look at the menu book first?"

Pelayan itu pantas memberikan buku menu kepada Halwa. Halwa menyelak satu demi satu muka surat yang memaparkan set-set yang biasa. Namun Halwa tertarik kepada set istimewa yang terlabel di buku itu.

"I just want to have the special set A," Halwa menunjuk pada menu itu. Terkedip kedua mata si pelayan memandang Halwa, tetapi set A itu adalah set yang setakat ini tidak pernah lagi dipesan mana-mana pelanggan.

"Sure miss. Anything for you," kata si pelayan. Dia tidak membuang masa, kaki terus dihayun keluar daripada bilik itu dan menyampaikan pesanan Halwa di dalam dapur restoran.

Davano hanya memerhati Halwa yang melarik senyum pada tepi bibir. Melihat senyuman Halwa, Davano tanpa sedar telah pun mengukir senyum tipis. Tidak pernah dia senyum setelah sekian lama, namun kali ini dia akhirnya memecahkan rekod itu.

"Glad to see you happy," ucap Davano perlahan separa berbisik. Ah, kini hati Davano pula yang terusik.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now