35

5.6K 248 6
                                    

KERANDA Mrs Kendall dibawa menuju ke pemakaman. Dan seperti yang diingi Mrs Kendall sebelum ini, dia mahu Davano mengiringi kerandanya. Davano berada tepat di sisi keranda Mrs Kendall. Muka Davano hanya mendatar sahaja, tidak dia tunjukkan betapa terkilannya dia dengan pemergian wanita itu.

Jauh di sudut hati, dia merasa sungguh sedih.

Halwa turut ikut bersama ke pemakaman yang telah dikhaskan untuk Mrs Kendall itu. Namun Halwa tak ikut hingga masuk benar-benar ke dalam kawasan pemakaman, dia hanya berdiri sahaja di luar pagar, di samping kereta hitam. Begitu juga dengan Daily. Dia tak mahulah meninggalkan Halwa sendirian, kang di culik pula si adik nerd manis ini.

"Mrs Kendall is such a loving woman. She treat us like her own child," ucap Daily. Saja mahu memecahkan kesunyian antara mereka.

"Her son deserve to die," sambung Daily agak sinis. Dia tahu segala-galanya. Mike yang kurang ajar itu sanggup membunuh emak kandung sendiri. Kejam. Lebih kejam daripada binatang. Rasa amarah meluap dalam dada Daily, tentulah dia adalah orang yang sangat terkesima dengan pemergian wanita itu. Daily sudah pun anggap Mrs Kendall seperti seorang nenek.

Mendengarkan ucapan Daily, Halwa berkerut dahi.

Apa maksud Daily, anak lelakinya lebih pantas mati? Seketika Halwa memandang ke wajah Daily yang tampaknya sedang menahan amarah, terlihat Daily yang mengetap gigi. Tentu geram dengan perbuatan sialan Mike. Tapi.... Halwa tak tahu apa-apa. Dan di sinilah Halwa mulai bertanya.

"Why I'm at the hotel yesterday? And why there's blood on Davano shirt? Am I just imagining things or there is something I don't know?" soal Halwa. Dia mencurigai akan kedua beradik ini. Seolah-olah ada perkara besar yang mereka sedang tutup.

Daily bertoleh.

"Indeed. You don't know and you shouldn't know," jawab Daily menayangkan senyum kecil.

Halwa memandang semula ke hadapan. Dia tidak faham. Soalan demi soalan, terus menerus berlegar dalam benak Halwa Afrina. Sebuah lagi misteri yang dia sendiri tidak tahu apakah arti di balik semuanya.

DI waktu malam, Davano sedang berdiri di balkoni. Dia termenungkan akan diri Mrs Kendall yang sudah selamat dikebumikan. Masih lagi segar dalam ingatan Davano Ezander, akan segala senyum yang Mrs Kendall larik ketika bercerita dengan dirinya. Rindu. Ah, tentu saja.

"Nah, coffee," beri Halwa kepada Davano.

Terkejut Davano dengan Halwa yang tiba-tiba saja menghulurkan secawan kopi. Warna kopi itu pekat hitamnya, tentu pahit. Ah, bukankah Davano gemar akan kopi pahit? Davano memusing badan menghadap Halwa.

"Sugardaddy suka dengan kopi pahit kan?" teka Halwa. Dia kemudian mengukir senyum lalu diberikan cawan itu pada Davano. Davano menyambutnya dengan perlahan.

"How'd you know?" tanya Davano.

"Daily yang bagitahu saya. Saya ni nama je sugarbaby awak tapi saya tak tahu pun apa fav awak semua," kata Halwa tertawa kecil.

Davano sekadar sengih. Dia meneguk sedikit kopi itu.

"Sebenarnya, saya nak tanya awak."

Davano menoleh kepada Halwa.

"Kenapa ea saya rasa macam janggal dengan semua kejadian yang jadi? Saya rasa macam tak logik. Ada je benda yang jadi tapi peliknya saya tak nampak pun apa-apa. Kenapa ea?" soal Halwa. Yalah. Semuanya bagaikan tiba-tiba. Seperti kematian Mrs Kendall. Padahal wanita itu elok sahaja sewaktu malam dia sembang dengannya.

"Apa yang jadi dan apa yang saya buat adalah untuk diri awak. Ada perkara yang awak tak perlu nak tahu. Awak percaya saya kan, Halwa?"

Halwa yang mendengar jawapan Davano dengan bahasa melayu itu agak terkedu. Berbeza sungguh sewaktu dia kalau guna bahasa inggeris dan bahasa melayu. Bahasa inggeris, menampakkan Davano tegas. Tapi bahasa melayu, menampakkan Davano seksi. Ghisau-

"Tentulah saya percayakan awak. Awak kan sugardaddy saya. Lagipun, mustahil untuk saya sampai ikut awak ke sini kalau saya ni tak percaya pada awak," balas Halwa.

Davano mengangguk.

"Thanks for trusting me," ucap Davano.

Halwa membalas senyum.

Tak mungkin dia tidak percayakan Davano Ezander. Setelah apa yang Davano buat untuknya, itu tentunya menguatkan lagi kepercayaan Halwa bahawa Davano Ezander, seorang lelaki yang bertanggungjawab serta jujur.

Namun, Halwa tak tahu, ada sesuatu yang Davano sembunyikan.

Maaflah Halwa. Bukanlah niat saya untuk berbohong. Tapi saya perlukan masa yang sesuai untuk bagitahu segala kebenaran. Maaf. Itulah monolog seorang Davano Ezander.

Tak berniat.

Menunggu masa yang sesuai.

Kebenaran.

Pembohongan.

Semuanya bergabung menjadi satu.

Dari jauh, Daily sedang menangkap gambar Davano dan Halwa senyap-senyap. Saja mahu simpan buat kenangan. Mana tahu, satu hari kalau dia tak ada, bolehlah dia bagi gambar itu pada mereka berdua.

Kenangan.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now