KERTAS kosong yang ada di meja itu ditarik ke hadapan. Pen yang ada di dalam kotak pensil berwarna hitam itu diambil. Halwa memandang lama pada kertas putih yang ada di hadapannya. Dia mahu tulis apa tadi ya?
Speechless.
Bingung.
Halwa mengeluh. Ini sudah masuk hari ketiga. Dia sudah pun rasa naik gila. Buatnya hari keempat dia benar-benar gila macam mana pula? Halwa menggeleng kepala. Tak akanlah sampai nak jadi gila!
Mata dilirik ke arah telefon yang berada tidak jauh dari lengan Halwa. Lama dia tenung telefon itu sebelum tangan mencapai si telefon yang hanya memaparkan skrin gelap. Dibuka aplikasi yang bernama google di telefon.
Apakah jalan penyelesaian untuk orang yang tidak ada kerja?
Searching...
Lama Halwa menatap ke skrin telefon yang masih menunjukkan tanda 'searching' itu. Sekali-sekali Halwa menghempas kepala hingga ke belakang, menyentuh kepala kerusi. Kemudian merenung semula ke skrin telefon, hampir satu jam.
One data found!
Maka, jari Halwa yang runcing itu menekan pada satu artikel yang memaparkan cara penyelesaian terhadap masalahnya ini. Akhirnya aku boleh tidur nyenyak lepasni! Desis Halwa.
Loading...
Sorry, this site aren't available anymore.
Shit.
Halwa meletak telefonnya ke permukaan meja. Sudahlah. Google pun tak boleh nak bantu dia sekarang ini. Ada baiknya dia baca novel saja. Halwa bangun dari duduk, dia berjalan mendekati rak yang menyusun pelbagai buku novel itu.
Mana satu aku patut baca ni? Adakah aku patut baca Suami Aku Jatuh Dari Motorsikal? Ataupun patut ke aku baca Isteri Import dari India? Monolog Halwa. Jari telunjuknya diketuk-ketuk ke dagu, cuba untuk mencari buku yang mahu dia baca.
Matanya bergerak ke sana sini, memerhati tiap sudut rak buku itu namun tidak ada satu pun yang menarik perhatiannya. Dia akhirnya menghela nafas panjang, susah sekali hidup dia sekarang. Nak baca novel pun tak boleh nak pilih, semuanya sudah habis dia baca!
Halwa berjalan malas menuju katil. Dia terus merebahkan badannya ke tilam, dia malas mahu buat apa-apa aktiviti hari ini. Dia hanya akan berdiam diri sahaja di atas tilamnya ini, memikirkan masa hadapan yang tanpa ada hala tujunya ini.
Sedih...
VANESSA memegang tangan Vivian. Dia tersenyum ketika Vivian membuka matanya kecil melihat kepada Vanessa. Vanessa kemudian mencapai bunga ros putih yang dia beli sebelum sampai ke hospital tadi. Dia letakkan bunga ros itu di atas meja kecil tepi katil Vivian.
"Harini akak pergi jumpa mommy. Mommy cakap mommy akan tunggu Vian untuk sembuh, barulah mommy akan bawa kita berdua jalan-jalan. Macam dulu." Vanessa menayang senyum setelah mengucapkan kata-kata tadi.
Vivian hanya mampu tersenyum lemah, berada di pembaringan, dia tak larat untuk membalas apa yang kakaknya katakan kepada dia. Namun begitu, dia bersyukur kerana kakaknya sentiasa ada bersama di sampingnya. Sekurang-kurangnya, kalau dia meninggal pun, kakak dia ada di samping buat kali terakhir.
"Nanti akak dah tak boleh nak jumpa Vian hari-hari tau. Akak sekarang dah dapat kerja dah. Nanti kalau akak ada masa, akak akan jenguk Vian. Okey?"
Terlihat Vivian hanya mengangguk. Vanessa tersenyum lagi. Cukup buat dia melihat Vivian sekali dua dalam seminggu. Maklumlah, kerja di pejabat itu semuanya tak boleh di tangguh. Nak lagi kerja dengan syarikat yang agak tegas dalam peraturan kerja.
Vanessa mengangkat punggung dari kerusi. Matanya dilirik ke arah Vivian yang sudah nyenyak tertidur. Selimut putih ditarik menutupi badan si adik hingga ke dada. Vanessa tersenyum, dia mencium lembut dahi Vivian.
Akak pergi dulu tau adik. Nanti ada masa, akak akan datang jenguk adik lagi.... cepat sembuh tau. Vanessa sekali lagi menoleh ke arah Vivian. Senyum diukir tipis sebelum kaki dilangkah keluar dari bilik adiknya. Pintu bilik ditutup.
Vanessa berdiri lama di depan pintu. Dia kemudian teringat akan apa yang dia katakan kepada Vivian tidak lama sebelum Vivian tertidur. Mommy? Soal mommynya.... Vanessa menunduk.
"Kami minta maaf cik. Ibu awak dah tak boleh diselamatkan. Hentakan pada kepala ibu awak teruk dan ketika dia dikejarkan ke hospital pun keadaan dia sangat kritikal. Maafkan kami cik..."
Vanessa terduduk di atas lantai hospital. Air mata berjujuran turun membasahi pipinya. Kenapa dia harus terima semua berita ini? Kenapa dia? Sekarang.... mana lagi tempat dia nak cari kasih seorang ibu? Ayahnya telah lama meninggalkan mereka bertiga demi mengejar kekasih lama.
Kini, Vanessa hilang pula ibunya.
Air mata akhirnya pecah. Vanessa mengetap bibir. Apa keuntungan dia menipu adiknya soal pemergian sang ibu yang sudah tujuh bulan itu? Vanessa membiarkan air mata terus menerus jatuh ke lantai.
Ibu Vanessa terjatuh dari tingkat dua. Ketika itu Vanessa sedang sibuk mencari pekerjaan buat membantu keluarganya yang sedang susah, dengan adik yang masuk di hospital kerana kanser. Itu semua memberi tekanan kepada ibu Vanessa juga kepada diri Vanessa.
Vanessa menyeka air matanya dengan telapak tangan. Tidak berguna untuk dia menangis. Semua ini ketentuan yang telah Tuhan buat untuknya. Dia kenalah terima semua ini. Vanessa menyelipkan rambutnya ke belakang telinga.
Kaki diatur pergi daripada tempat dia berdiri. Dia sekarang perlulah kuatkan diri demi adiknya Vivian. Hanya Vivian yang dia punyai sekarang. Vanessa terus saja masuk ke dalam keretanya yang berjenama Viva.
Kau kena kuat Vanessa! Kau kena terus hidup demi Vivian! Vanessa bermonolog menyemangati dirinya sendiri.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...