HALWA hanya memerhati saja si lelaki yang memakai kot warna hitam itu membayar kos rawatan Vivian dengan sebuah kad hitam. Berkerut dahi Halwa yang sedang memerhati daripada tadi, siapa sebenarnya lelaki yang ada di hadapannya ini?
Adakah dia seseorang yang telah tertakdir untuk aku?! Monolog Halwa, seraya matanya bersinar-sinar memandang ke arah si lelaki yang tak diketahui identitinya itu.
"Halwa!" panggil Vanessa. Halwa bertoleh. Vanessa segera berlari, dan memeluk tubuh Halwa dengan erat. Air mata terus menerus mengalir, dia sangat berterima kasih kepada Halwa.
"Terima kasih sebab you sudi tolong I Halwa..." ucap Vanessa. Dia tidak dapat jelaskan betapa gembiranya dia sekarang. Kalau Halwa tak membantu, tentunya dia akan jadi susah hati kerana tak dapat nak bayar kos perubatan Vivian.
Halwa tersenyum sumbing. Bukannya dia yang bantu Vanessa, tapi si lelaki misteri tadi. Halwa melepaskan pelukan dari Vanessa, bahu Vanessa ditepuk perlahan lalu jari telunjuknya menunjuk ke arah si lelaki yang berdiri dengan lagak sama seperti dia datang menyapa tadi.
"Kita sepatutnya cakap terima kasih dekat lelaki ni. Dia yang tolong kau."
Vanessa mengangguk. Dia berpaling ke arah si lelaki tadi. Vanessa melarikkan senyum lebar kepada si lelaki tersebut, dia menunduk tanda terima kasih kepada si lelaki. Ucapan thanks juga tidak lupa dia ucap. Lelaki itu tak memberi senyum, dia sekadar angguk kecil.
"Cik Vanessa. Saya ada berita baik untuk awak," panggil Doktor Jonathan. Ada berita baik yang mahu dia sampaikan kepada Vanessa, tentunya tentang kesihatan Vivian. Vanessa menoleh lalu segera dia mengatur langkah menuju ke arah Doktor Jonathan.
Halwa hanya memerhati saja gerak-geri Vanessa yang mengikut masuk ke dalam wad Vivian. Halwa mengukir senyum. Syukurlah jikalau Vivian dapat menjalani rawatan selanjutnya, tak adalah Vanessa banyak fikir tentang Vivian.
"Saya datang ke sini sebab arahan daripada tuan saya," kata si lelaki membuatkan Halwa menoleh. Dia berkerut ketika lelaki itu mengatakan tentang tuan yang entah apa maksud di balik itu.
"Maksud awak?"
"Tuan saya suruh untuk bantu awak." Lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Halwa sekadar memerhati, dia masih tidak faham dengan apa yang lelaki itu katakan. Si lelaki mengeluarkan sebuah kad, lalu diberikan kepada Halwa.
Contact Card
Davano Ezander
CEO of LEX EMPIRE Company
+60 10 2211 1133Halwa terbeliak. Dia memandang semula pada si lelaki yang ada di hadapan. Dia mengedipkan matanya beberapa kali sebelum satu soalan meluncur laju dari mulut Halwa.
"Awak ni CEO?"
"Bukan. Itu kad tuan saya." Lelaki itu sekadar berlagak biasa. Dalam hati Halwa sudah menahan rasa keriangan. Dia mengetap bibir. Adakah ini sebuah mimpi? Jika benar sebuah mimpi.... teruskanlah dalam mimpi.
Jadi aku sekarang ni ditolong dengan CEO? Wah... ini adalah calon sugardaddy! Monolog Halwa sambil tersengih. Dia tak sangka akan ada CEO datang membantu seorang nerd seperti dirinya.
"Jadi, mana tuan awak sekarang?" soal Halwa. Nampak sangat keterujaan dia. Siap genggam erat lagi kad yang diberi tadi.
"I'm here," suara seorang lelaki menerpa pendengaran seorang Halwa Afrina, pantas saja kepala dia menoleh. Senyum dilarik lebar di bibir. Serta-merta senyuman itu pudar bila melihat wajah si lelaki yang sedang duduk di atas kerusi roda.
Eh, bukankah lelaki ni...
Halwa berlari sekencang yang mungkin daripada kejaran dari dua orang sekuriti. Dia tercungap-cungap. Tak sangka pula dia boleh kena kejar dengan pak guard itu. Padahal dia datang ke syarikat besar itu pun bukannya untuk bermain-main.
"Aku datang nak cari sugardaddy lah!" jerit Halwa. Dia menjeling. Nasib sajalah dia ini boleh tahan terer kalau bab melarikan diri, tak adalah dia kena bazirkan air liur untuk mempertahankan dirinya.
Halwa menghembus nafas lega yang panjang. Dia kemudian tersenyum, tak apalah. Masih ada tempat lain untuk dia cari sugardaddy. Matanya terhenti tatkala melihat seorang lelaki yang berada di kerusi roda sedang cuba untuk turun tangga.
Cepat-cepat Halwa membantu. Ini kalau terjatuh, naya kaki yang dibalut itu bertambah lagi balutannya.
"Awak okey ke?" soal Halwa. Lelaki itu menoleh memandang wajah Halwa. Mata Halwa bertaut dengan mata lelaki itu. Seketika itu Halwa bermonolog 'hensem'.
"Tuan!" panggil seorang lelaki dari belakang membuatkan tangan Halwa segera dilepas dari memegang kerusi roda si lelaki hensem itu.
"Tuan tak apa-apa ke?" soal si lelaki itu. Halwa berdehem kuat.
"Lain kali tengok-tengoklah tuan awak tu. Kalau jatuh dekat tangga sia-sia je muka hensem dia. Selamat tinggal!" ucap Halwa. Cepat-cepat langkah diatur meninggalkan dua lelaki tadi.
"Tuan. Bukankah tu dia..?"
Halwa kembali ke realita. Dia memandang lama wajah si lelaki yang duduk di kerusi roda. Dia memang cam sekali wajah lelaki ini persis dengan wajah lelaki yang dia jumpa tempoh hari. What kind of fate is this?
"Nice to meet you again girl," ucap si lelaki yang bernama Davano Ezander. Halwa sudah kebingungan. Apakah drama yang telah berlaku sekarang? Kamera mana kamera?
"Awak siapa sebenarnya?" soal Halwa.
"I am Davano Ezander," jawab lelaki itu dengan suara yang agak deep. Terasa menusuk ke dalam hati seorang Halwa. This is a beautiful fate. Halwa tersenyum.
"Gembira bertemu dengan awak. Saya Halwa Afrina," Halwa memperkenalkan pula dirinya. Senyum tidak lekang dari bibir. Namun Davano hanya menunjuk dengan wajah datar, tanpa ekpresi namun satu anggukan bertanda dia mengucapkan nice to meet you too.
'Hensem...' desis Halwa.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...