Hospital.
Davano memandang sayu wajah Halwa yang masih belum sadar. Tentu gadis itu terlalu trauma hinggakan dia koma begini. Davano menyalahkan dirinya setelah apa yang jadi, dengan pemergian sang adik, dia semakin salahkan dirinya.
Aku gagal lindungi orang yang aku sayang.
Navis turut terkesima melihat keadaan Davano. Dia asyik fikirkan tentang Halwa, menunggu sejak semalam lagi untuk gadis itu sedar. Air mata yang gugur itu adalah bukti bahawa lelaki itu terlalu sayangkan Halwa sampai dia takut untuk kehilangan.
"Bring her back to Malaysia. Get her treat well in the hospital. Make sure, this time, keep her safe," akhirnya Davano bersuara. Dia memberi arahan kepada Navis.
Navis angguk tanda faham.
Davano sempat mengusap kepala Halwa sebelum dia mengatur langkahnya beredar daripada bilik tersebut. Navis hanya memerhati. Pasti lelaki itu rapuh sekali. Dia hampir saja kehilangan dua orang yang dia sayangi. Navis menunduk. Dia juga turut terkesan sama dengan kehilangan Daily.
Wajah Daily yang kerap kali memaksanya itu dia ingat.
Jujur Navis katakan, gadis itu berbeza. Dia suka memaksa. Dia suka mendesak. Dalam masa yang sama, dia gadis yang ceria. Walaupun sering beradu mulut dengan gadis itu namun Navis sekurang-kurangnya tahu bahawa dalam senyum mereka dua beradik, ada kisah hitam mereka sedang sembunyikan.
Davano masuk ke dalam kereta, Bugatti Centodieci.
Dia menggenggam erat stereng kereta. Rasa marah dan sedih bercampur dalam dadanya. Dia mahu lunaskan juga segala dendam yang telah tertanam dalam hati. Dia akan bunuh Aledan. Davano membuat panggilan.
"Finde Aledan und tote diesen bastard," arah Davano kepada seorang bodyguard yang dia hubungi sekarang. (Cari Aledan dan bunuh lelaki bedebah tu).
Dia nekad akan tamatkan riwayat sang pak cik yang tak guna itu.
Jika dia sanggup untuk mengkhianati keluarga sendiri, Davano juga bisa. Dia tak akan biarkan kematian Daily tidak terbalas. Kereta Davano dipecut laju meninggalkan perkarangan hospital.
You wait and see. You called out the beast. Then now, I show you the real beast!
Aledan Mansion.
Davano menapak masuk ke dalam mansion milik Aledan. Matanya tercari akan keberadaan si tua.
"Oh, you've arrived?" suara Aledan masuk ke pendengaran Davano. Dia menoleh kepada Aledan yang sedang duduk di sofa. Begitu santai lagaknya. Dia tersenyum sinis.
"Wenn sie arbeiten mochten, stellen sie sicher, dass sie zuerst organisieren. Roher junge," sambung Aledan. (Kalau nak kerja, pastikan kau atur dulu. Budak mentah).
Mendengarkan itu Davano tidak sikit pun bereaksi.
"Du hast meine schwester getotet. Ich glaube nicht, dass ich dafur sorgen muss, dass du dich tot fuhlst," sinis Davano membalas. (Kau dah bunuh adik aku. Aku rasa aku tak perlu lagi nak atur untuk buat kau rasa kematian).
Seorang bodyguard Aledan melepaskan tembakan namun pantas saja Davano mengelak. Dia mengambil tempat perlindungan di balik sebuah tembok. Aledan yang melihat Davano bersembunyi itu tertawa.
"Du tust so, als warst du der starkste, tatsachlich bist du nur ein schwacher mann!" kata Aledan lalu dia tertawa. (Kau berlagak macam kau tu yang terkuat, hakikatnya kau cuma lelaki lemah!)
"Gib einfach auf. Es hat keinen sinn, gegen mich zu kampfen," sambung Aledan lagi. (Menyerah sajalah. Tak guna kau lawan aku).
Kini Davano pula yang tersengih.
Satu hal yang tak boleh nak remehkan dia ketika dia bersendirian adalah kemahiran dia. Di tambah pula dia ini.... gib nicht auf. Pantang menyerah.
Davano sudah pun mengisi peluru dalam pistol. Dia keluar dari balik tembok, dengan tangan kanan memegang pistol itu, dia menarik picu melepaskan dua buah tembakan kepada dua bodyguard Aledan. Di kiri dan kanan tewas. Davano mengarahkan pula muncung pistol pada Aledan.
"How's now?" soal Davano.
Namun Aledan adalah lelaki tua yang paling angkuh. Dia tertawa. Para bodyguard yang lain mulai berdatangan ke dalam. Semuanya bersiap sedia dengan pistol.
"Now... it's yours," ucap Aledan. Dia cuba untuk larikan diri.
Terjadilah aksi tembak menembak di antara Davano dan bodyguard Aledan. Davano bukannya CEO yang calang-calang orangnya, dia sentiasa bersedia.
Sharpshooter, it's time to shine!
Dengan kelebihan menembak tepat yang di miliki Davano, itu senang sahaja. Semua lima belas bodyguard dengan pistol, tak ada apanya buat Davano. Easy.
BANG
BANG
BANG
BANG
BANGSehinggalah semuanya tewas. Semuanya tepat pada kepala. Sharpshooter will always aim to your head. Make sure to always keep your head safe before it got shot.
Davano mengisi lagi peluru ke dalam pistolnya. Dia kemudian berjalan keluar daripada mansion. Dia memandang ke arah Aledan yang ternyata sudah pun di tangkap oleh Navis. Navis sentiasa sampai tepat pada masa.
Tersengih.
"Now it's time to take your bullet," ucap Davano. Dia melepaskan tembakan tepat di betis Aledan.
Lelaki tua itu mengerang sakit. Davano pula yang mengukir sengihan lebar. Tak ada belas kasihan kepada orang yang telah membunuh keluarganya. Dia memijak kuat ke tempat yang dia tembak tadi, makin kuat erangan lelaki tua itu.
"Hurt huh?"
Satu lagi tembakan dilepaskan ke peha Aledan.
"Argh!" erang Aledan. Dia mahu memegang pehanya namun ditembak pula kedua tangannya oleh Davano.
Dia tak akan biarkan lelaki tua ini hidup.
Rambut Aledan yang sudah beruban itu ditarik kasar oleh Davano, badan Aledan terus saja di heret menuju ke kereta hitam. Dia masukkan Aledan ke dalam. Diikat si tua itu di kerusi hadapan. Sebelum pintu kereta ditutup, Davano melekatkan bom masa dalam kereta itu kemudian satu lagi bom masa di masukkan ke dalam mulut Aledan.
Seperti yang dikata tadi, Davano tak akan bertindak tanpa sebarangan rancangan.
Davano menepuk ke cermin kereta. Kaki melangkah perlahan-lahan, menjauhkan diri daripada kereta yang sebentar lagi bakal meledak. Tidak tunggu masa lama, bom masa itu terus meledak ketika masanya bertukar 00:00.
BOOM !!!
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...