42

4.5K 209 12
                                    

SETELAH beberapa jam pesawat di udara, akhirnya sampai juga ke destinasi. Jerman. Davano datang ke Jerman kerana mahu menguruskan syarikat yang ada di sini. Sudah lama dia tak pulang ke Jerman kerana selama ini dia tinggal di Malaysia. Rindu sungguh dia pada negara ini.

Daily mengejutkan Halwa yang masih tertidur.

Seketika, Halwa pun terbangun. Dia mengelipkan matanya beberapa kali kepada Daily. Macam roh baru di tiup separuh ke dalam badan. Daily terkekek melihat Halwa yang seperti mamai itu. Salah Daily sebab kejutkan Halwa begitu tadi.

"Dah sampai!" ujar Daily.

Halwa kemudian mengangguk.

Mereka keluar daripada pesawat dan terus saja turun. Terlihat si Navis sudah pun menunggu kedatangan mereka. Dengan kereta hitam di sebelahnya. Navis terlebih dahulu berangkat kerana ada beberapa hal yang Davano arahkan untuk dia buat.

Mereka masuk ke kereta.

Destinasi, Zander Mansion.

     HAMPIR terbeliak keluar mata Halwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAMPIR terbeliak keluar mata Halwa. Dia yang tadinya hendak tertidur terus segar pula bila lihat mansion yang ada di hadapan. Adakah ini benar sebuah realita atau hanyalah khayalan semata? Terlalu mewah, bahkan lebih mewah berbanding dengan mansion Mrs Kendall sebelum ini.

"Welcome to Zander Mansion!" ucap Daily.

Tak. Budak ni terlalu excited sangat kenapa? Risau.

Halwa menelan air liur. Berapa tahun nak siap untuk bina mansion segede ini? Kalaulah dekat Malaysia ada mansion begini, agaknya perompak sudi masuk tak? Eh. Dia tak sudi. Sebab takut dia sesat nanti. Melawak.

Mereka turun dari perut kereta.

Halwa. Kepalanya diangkat dari bawah hingga atas memandang mansion milik Davano. Mak ai. Ini kalau aku duduk seorang-seorang, konfem lari keluar. Bahaya. Bukan setakat pencuri je sesat dalam ni, sekali dengan pocong pun sesat juga. Hah, melawak.

Mereka masuk ke dalam.

Fuh, macam masuk ke alam ghaib.

"Daily, show Halwa her room," arah Davano kepada Daily. Daily mengangguk lalu ditarik lengan Halwa ke dalam pegangan. Dia membawa Halwa ke tingkat atas untuk tunjukkan bilik mereka berdua. Tak adalah nanti Halwa nak takut sebab di bagi bilik tidur yang luas.

Davano menoleh kepada Navis.

"Have you done with your work?" soal Davano.

"Yes sir. I have settle it all," jawab Navis.

Davano angguk.

Kali ini, Davano mahu tamatkan segala-galanya.

Kali ini, Davano mahu tamatkan segala-galanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Halwa menapak masuk ke dalam bilik. Dengan dua katil saiz kingkong, bukan main, kalah dengan Princess Aurora. Halwa kemudian berjalan mendekati sebuah cermin. Dia memegang kaca cermin itu. Tiba-tiba saja hujan turun.

Sejuk.

"Dekat sini memang dah masuk musim hujan. Pastikan kalau nak tidur, pakai baju yang tebal tau," pesan Daily.

Musim hujan.

Teringat pula ketika Halwa sewaktu kecil dulu. Bermain hujan punya pasal, sampaikan habis basah lencun. Halwa masih ingat lagi waktu itu. Dia keluar tanpa pengetahuan mama dan papa. Bila masuk saja rumah, habis rotan hinggap di betis. Tapi sekarang sudah tak ada lagi. Halwa hanya mampu kenangkan saja.

"Tak nak mandi dulu?" soal Daily.

Halwa menoleh.

"Tak. Nanti jelah mandi. Awak dah nak mandi ke?"

Daily angguk.

Rasa melekit pula kalau tak mandi. Waktu hujan begini seronok kalau berendam dalam tab mandi, dengan air yang suam-suam. Kan seronok? Daily kemudian mengorak langkah menuju ke dalam bilik mandi. Halwa hanya menghantar saja ekor matanya. Di toleh kembali ke hadapan.

Kalau sudah hujan begini, suasana yang dingin, enaknya baca wattpad!

Halwa melabuhkan punggung di atas sofa yang berada di tepi katil. Dia kemudian membuka aplikasi wattpad yang ada di telefon. Nak baca cerita apa pada waktu begini? Lama Halwa mencari dan terjumpalah sebuah buku milik si penulis yang bernama 'Mak_Senah00213'. Kemudian ada dua buah karya yang sudah Mak Senah hasilkan. Jari telunjuk Halwa menekan pada satu buku yang telah siap pada 2/7 itu.

Tajuk: Sang Senah Dengan Putera Kodok

Blurb: Seorang gadis bertemu dengan seekor kodok di kaki lima rumah. Niat Senah mahu menikmati secawan kopi terlebih garam dengan hawa dingin hujan yang sedang menetes bagai ribut hendak datang tika itu, terbantut serta merta setelah dia tak sengaja lihat si kodok sedang berendam dalam air kopinya.

Bermulalah detik manis antara Senah dan si kodok.

Rahsia si kodok sebagai putera terbongkar.

Senah di sumpah jadi kodok berwarna merah.

Mereka berpisah.

Mampukah mereka bersama?

Hanya penulis yang tahu.

Saksikanlah, kisah Sang Senah dan Putera Kodok.

p/s: Hanyalah sebuah rekaan. Nak jadikan buku betul pun tak ada yang larang. Silakan ambil 😂

Halwa sudah terkekek membaca blurb yang di tulis. Entah bagaimana pula isi di dalamnya. Dengan 150 bab. Tentu menarik sekali. Tanpa buang masa, di mulailah pembacaan Halwa itu pada bab satu yang di ceritakan tentang kehidupan Senah. Seperti cerita romantik lainnya, Senah adalah gadis yang terpinggir. Jauh di laut selatan.

Al kisah, ada seorang gadis yang rumahnya di tiup dengan puting beliung hingga dia duduk di tenga laut selatan. Dia sendiri tanpa teman mahupun keluarga. Dia adalah gadis yang biasa-biasa saja dengan kain sarung yang setiap hari dipakai. Dengan sirih jadi makanan ringannya. Hah.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now