HALWA meletakkan telapak tangannya ke dada. Dia kemudian memejam matanya rapat, cuba untuk berkomunikasi dengan alam. Dia dapat rasakan angin sepoi menampar lembut pipi gebunya.
"Tak guna kau balik kampung. Mak dengan bapa kau pun bukannya ada dekat sini lagi."
"Orang tua kau dah lama meninggal. Kenapa kau nak cari lagi? Dahlah. Kau pergi baliklah dekat bandar tu."
Kata-kata yang dilontarkan kepada Halwa sebulan lepas itu terngiang-ngiang di kepala Halwa. Setiap kali Halwa cuba untuk melupakan hal tersebut, semakin kuat pula ingatannya kepada orang-orang kampung yang mengkhabarkan kematian kedua orang tuanya.
Halwa berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah yang bernombor 89. Dia merasa pelik dengan keadaan rumah yang dipenuhi dengan dedaunan kering, bersepah di persekitaran rumah. Rumah itu bagaikan sudah lama terbiar.
"Eh, anak ni siapa?" soal seorang mak cik yang kebetulan lalu. Halwa menoleh dan mengukir senyum kecil kepada si mak cik. Kaki melangkah mendekati si mak cik.
"Makcik, boleh tak saya tanya ke mana orang dalam rumah ni? Sebab nampak rumah ni dah macam terbiar je takde orang."
"Rumah ni? Oh, rumah ni dah tak ada orang tinggal dah. Mak cik dengar yang tuan rumah dia dah lama meninggal. 5 tahun lepas kalau tak silap."
Tersentak.
Halwa terpukul dengan realiti yang tak pernah pun dia ketahui selama ini. Sudah lima tahun orang tuanya meninggal. Dan Halwa tak pernah pun tahu tentang itu.
"Saya... saya anak kepada tuan rumah ni mak cik. Kenapa tak ada orang kampung yang bagitahu saya pasal kematian diorang?" soal Halwa dengan terketar-ketar.
"Mak cik pun tak tahu nak. Mak cik baru tahu kamu ni anak kepada dua tuan rumah yang meninggal sebab kemalangan tu."
Halwa menggenggam bajunya kuat.
"Mak cik tahu tak dekat mana kubur diorang?"
Mak cik itu menggeleng.
"Mak cik dengar yang diorang tak dikubur di kampung sebab pihak hospital yang uruskan semua. Apa kata kamu pergi hospital dan tanya diorang. Manalah tahu mayat ibu dengan bapa kamu masih ada dekat hospital."
"Baiklah. Saya faham. Terima kasih ya mak cik," ucap Halwa mengukir senyum kelat. Mak cik itu mengangguk lalu ucapan sama-sama dia balas kepada Halwa.
Halwa melepaskan nafas panjang. Semua pencariannya berakhir dengan sia-sia sahaja. Dia sudah bertanya hingga ke hospital namun apa jawapan yang dia dapat hanyalah 'tidak ada'. Halwa rasa sangat putus asa hingga berkeputusan untuk melupakan tentang kedua orang tuanya.
"Saya sebenarnya datang sini nak tanya pasal orang yang bernama Ajiata dan Hafifi. Ada ke nama pesakit atau mayat nama macamtu?" Halwa menyoal kepada si nurse yang duduk di kaunter pertanyaan itu.
Jari nurse itu menaip sesuatu di papan kekunci komputer. Seketika itu dia mendongak memandang wajah Halwa yang menunggu berita baik disampaikan kepadanya. Nurse itu menggeleng.
"Maaflah cik. Dekat data hospital mengatakan tidak ada pesakit yang bernama Ajiata ataupun Hafifi."
Halwa kemudian mengangguk. Badan dipusing membelakangi si nurse. Dia berkerut dahi, mustahil ibu dan bapanya tidak dihantar ke hospital setelah berlakunya kemalangan? Pelik.
Halwa cuba mencari hingga ke tiga buah hospital namun semuanya sama sahaja. Tidak ada nama yang ditemui di dalam data mereka. Halwa akhirnya putus asa dan balik semula ke bandar, di mana dia telah habiskan masanya dalam sepuluh tahun untuk belajar.
Sepuluh tahun.... berada di bandar. Jauh daripada kampung halaman. Dia terpisah cukup lama dengan orang tuanya. Hinggakan khabar yang sampai ke telinga seorang Halwa Afrina hanyalah 'mereka sudah meninggal dunia'.
Halwa menghembuskan nafas panjang sekali lagi. Dalam soal ini, adakah dia yang bersalah? Diakah yang salah kerana tidak pernah ambil tahu tentang orang tuanya sendiri? Sempatkah lagi jikalau dia mahu mencari punca sebenar kematian ibu dan bapanya?
Pintu bilik Halwa diketuk dua kali oleh Vanessa. Halwa menoleh. Dengan malas dia mengatur langkahnya mendekati pintu. Tombol pintu dia pulas lalu dibuka pintunya. Tersembul muka Vanessa dengan dua buah plastik di tangannya.
"Jom kita makan! I ada belikan ayam tau. Ayam goreng." Vanessa mengangkat tinggi plastik yang mengeluarkan wangian ayam goreng itu. Ah, tentu ayam yang dibeli di kedai bawah. Ayam goreng mana lagi kalau bukan ayam daripada kedai uncle bob ?
Halwa dan Vanessa berjalan menuju ke ruang tamu. Tak akanlah mereka nak makan di dalam bilik. Kalau bab makan, tentu comot, lebih selamat jikalau mereka makan di ruang tamu. Paling tak okey pun karpet mereka kotor.
"I sebenarnya ada minta kerja dekat satu syarikat ni, and diorang cakap tunggu dipanggil interview. You rasa I boleh tak dapat kerja dekat syarikat tu?" Vanessa bertanya.
"Aku tak tahu nak cakap apa tapi kalau kau betul nak kerja sebab nak tolong bayarkan kos perubatan adik kau tu, aku boleh jamin yang kau akan dapat pekerjaan tu." Halwa menyuapkan potongan ayam ke dalam mulutnya.
Halwa Afrina, bekerja di sebuah kafe. Golden Cafe. Kafe itu adalah kafe yang menyediakan tempat khas untuk membaca dan bersantai sambil menikmati minuman di kafe tersebut. Halwa sudah kerja dalam lima bulan di kafe itu.
Salah satu alasannya kerana tempat itu penuh dengan bukuan. Daripada bahasa inggeris dan bahasa melayu juga. Lagipula apa yang menariknya, para staf dibenarkan untuk duduk bersantai sambil membaca buku di kafe itu juga.
Hebat? Ya saya tahu.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...