HENING sahaja suasana di dalam bilik Rangsham. Rangsham hanya membisu, namun tatapannya terarah pada Ravingha. Adik lelakinya. Rangsham dan Ravingha adalah adik-beradik. Tapi mereka tidak sebulu.
"Why so quiet in here? Where are music? Where are alcohol? Come on brother. Don't you have any fun thing here?" suara Ravingha memecahkan keheningan. Davano menoleh pada Rangsham. Dia tahu lelaki itu sedang menahan amarah. Davano kembalikan pandangan pada Ravingha.
"You shouldn't disrespect toward your brother," ucap Davano. Dia memang dari dulu lagi pun tidak suka dengan Ravingha. Perlakuan kurang ajarnya itu membuatkan Davano turut menanam benci padanya. Rangsham mendengus.
"What make you come here? Aren't you supposed to look after your doomed resort?" sinis Rangsham menusuk Ravingha. Resort yang diberikan kepada Ravingha itu bukan menjadi resort pelancongan, namun ia sudah jadi tempat perjudian.
Bibir Ravingha mengukir sengih miring. Dia tahu abangnya tentu akan menghentam dia dengan memperkata tentang resortnya. Bukanlah dia tak tahu cara permainan si abang.
"I feel bored with my resort. Why? Am I banned from coming to your resort?"
"You know I don't welcome you here. Why would you ask?" Rangsham menghentam lagi Ravingha. Ravingha melepaskan tawanya kuat. Dia kemudian mengusap mata kiri dengan jari telunjuknya.
"Brother. You so funny. You know why I'm here. Shouldn't you be worry about your resort? I'm not alone," balas Ravingha.
Semakin tegang keadaan di bilik itu. Davano sudah jangka apa bakal berlaku. Dia kemudian menyuruh Navis untuk menyampaikan pesannya kepada Rave. Navis mengangguk lalu segera mencari Rave di vila.
Inilah perang yang dimaksudkan oleh Rangsham. Davano menopang dagu dengan kedua tangannya. Dia pasti dengan jangkaannya tentang peperangan yang akan berlaku sebentar saja lagi. Lihat saja para bodyguard yang dengan muka tenang tapi dalam dada mereka berkobar-kobar untuk perang.
Beralih kepada Halwa.
Rave segera menyuntikkan ubat tidur ke tangan Halwa. Ini arahan Davano. Kerana dia tahu...
BANG
Kedengaran suara tembakan yang dilepas oleh seorang bodyguard Ravingha tepat pada dada bodyguard Rangsham. Dan inilah apa yang dijangka Davano sejak tadi lagi.
Halwa yang sudah pengsan itu diangkat oleh Rave. Halwa akan dibawa pergi daripada resort ini kerana keadaan akan semakin teruk. Rave meletakkan Halwa ke dalam bot. Dia menidurkan Halwa di atas bangku. Bot itu terus saja pergi daripada sana.
"You know something Ravingha?" Davano bangun dari duduknya. "Once you have start the war, you should pay with your blood," sambung Davano. Pistol dikeluarkan dari samping, tembakan dilepas mengenai dua bodyguard Ravingha.
BANG
BANGJatuh, mati.
Maka, aksi tembak-menembak pun bermulai. Ravingha terus melarikan diri ketika melihat bodyguardnya tumbang. Dia mahu menyelamatkan diri. Namun, nasib tak menyebelahi dirinya. Rangsham dapat menangkap Ravingha.
"I should have kill you long time ago!" ucap Rangsham. Begitu benci dia pada Ravingha. Kerana Ravingha lah membuatkan perniagaan keluarga mereka semakin merosot dan akhirnya mencipta nama buruk pada keluarga mereka.
Ravingha yang tadi ditendang dari belakang hingga dia tersembam mencium bumi, dia bangun pusing menghadap Rangsham. Tawa kuat dia lepaskan, sengaja mahu memanaskan hati abangnya.
"Then, what are you waiting for? Kill me!" jerit Ravingha. Dia menumbuk ke dada, menyuruh untuk Rangsham menembaknya. Tapi berat untuk seorang abang melakukan hal itu kepada adik sendiri. Walau benci bagaimana pun, Ravingha sedarah dengannya.
"You bastard! You can't even kill me! Hah!"
Pistol di acu tepat ke kepala Ravingha. Rangsham ingin menekan picu pistol namun berat. Dia tak sanggup untuk membunuh Ravingha. Melainkan jikalau... BANG! Satu tembakan daripada belakang mengenai tepat ke dahi Ravingha.
Darah mulai keluar dari lubang tembakan pada dahi Ravingha. Matanya bertukar putih, terus saja badan Ravingha jatuh ke belakang. Cairan merah pekat terus menerus keluar dari kepala Ravingha. Tamat riwayat lelaki itu.
Rangsham menoleh. Davano. Dia yang melepaskan tembakan. Jikalau dia tak lakukan, Rangsham yang akan ditembak. Bukan Davano tak tahu dengan taktik lapuk Ravingha. Dari pandangan mata memberi sebuah signal yang turun ke hati Rangsham untuk merasa kasihan padanya.
Apa yang Rangsham tak sedar adalah pistol ada di tangan Ravingha. Dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk membunuh abangnya. Sedangkan Rangsham masih sempat untuk mengasihani si bedebah itu.
"The war," Davano menoleh. "Is over." Davano kembali menyambung. Dia kemudian menjatuhkan tangannya ke bawah. Pistol yang diguna tadi dia buang ke mayat Ravingha. Dia kemudian berjalan mendekati tubuh yang sudah terkujur kaku itu. Dengan tangan dimasuk ke dalam poket, dia menunduk sikit memandang wajah Ravingha.
"Rest in peace," ucap Davano.
DAHI Halwa berkedut-kedut sebelum matanya terbuka luas. Dikedip-kedipkan matanya beberapa kali, dia bangun dari baring. Dilihat persekitaran, namun tak ada yang ganjil, dia berada di bilik.
"You've awake, miss? Here, I bring you some milk. Drink some of this," kata Rave. Dia memberi Halwa segelas susu putih. Halwa kebingungan sedikit namun dia tetap menyambut huluran dari Rave.
Halwa meneguk susu itu separuh gelas. Kemudian diserahkan kembali kepada Rave. Tangan terus naik menggaru kepala.
"Rave, is there something I forgot?" tanya Halwa kerana merasakan ada sesuatu yang dia ingat namun dia terlupa.
"Oh, there is. Mister Zander want miss to get ready for a dinner. Mister Rangsham invited miss and Mister Zander to have a dinner with him."
Halwa mengangguk-angguk faham. Jadi itulah perkara yang dia lupa? Tangan diturun daripada terus menggaru kepala.
"I want to get ready first," ucap Halwa. Rave membantu Halwa bangun dari katil. Tuala putih diberi kepada Halwa. Rave terus mengiringi Halwa hingga sampai ke kamar mandi. Rave melepaskan nafas.
Memang benar Davano ada mengajak makan malam. Tapi apa yang dirahsiakan adalah kejadian sebelum. Davano tidak mahu Halwa tahu tentang diri dia mahupun apa yang dia buat. Biarkan hal itu terus dirahsiakan daripada Halwa. Satu hari nanti, Davano sendiri akan beritahu.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...