19

7.9K 323 5
                                    

SEBAIK sahaja kaki menjejak ke tanah. Halwa membetulkan sedikit awning tudung yang agak termereng itu, mahu memantapkan kembali penampilan. Kaca mata yang dipakai itu dinaikkan sedikit daripada terus jatuh menyium hidungnya.

"Welcome to Maldives, Mister Zander!" sapa riang daripada seorang lelaki, datang bersama dengan beberapa iringan bodyguard berbadan tegap. Davano sekadar mengangguk kecil, mengembalikan sapaan daripada si lelaki.

"We here to talk about business, Mister Rangsham. Mister Zander want you to cooperate with him," ucap Navis pada lelaki yang bernama Rangsham. Tentu orang ini asal daripada Maldives.

"Haha, sure Mister Zander. I would like to talk more about us. But wait, you already have a girlfriend? I thought you don't have any interest on these kind of things," kata Rangsham. Sedikit kata yang ditutur menyindir Davano, Davano pula hanya biarkan mulutnya terkunci.

"How dare you!" Navis menggepal penumbuk. Para bodyguard Rangsham masing-masing mula memegang pistol yang terselit di sebelah pinggang mereka. Davano menahan ke dada Navis, dia tahu Navis merasa marah bila tuannya dihina.

"Indeed, this girl is my favourite one. I might have lost interest, but doesn't mean I don't get attract," ucap Davano sedikit sinis dengan nada dalam namun tenang saja ditutur keluar. Halwa hanya mendengar sahaja perbualan antara mereka, bukannya Halwa tak faham apa saja mereka kata, malas Halwa hendak membalas.

"Then... shouldn't we celebrate for this?" Rangsham tertawa. Agak sewel kelihatan lelaki bermisai ini. Seketika badan Halwa ditiupi angin sepoi sejuk namun menembusi tisu badan hingga menusuk ke tulang. Halwa mula menggigil, dia mana tahan dengan sejuk.

Davano perasan perubahan Halwa. Pantas tangannya membuka kot yang dipakai lalu disangkut ke bahu Halwa, agar membuatkan Halwa merasa hangat walau tidak seberapa. Tanpa berkata apa, Davano mengatur langkah membuntuti Rangsham.

"Let's go, miss," ucap Navis. Halwa mengangguk kemudian dia turut mengorak langkah.

Mereka dibawa menuju ke Resort Joali Maldives dengan menaiki bot peribadi kepunyaan Rangsham. Nasib sajalah Halwa tak ada mabuk laut, kalau tidak sudah konfem dia termuntah-muntah seperti seorang bodyguard Rangsham itu. Sampaikan pucat teruk muka lelaki tersebut. Terbit rasa kasihan pada hati Halwa.

+ Maldives (Dhivehi Raajje) atau nama rasminya Repulbik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia.

SESAMPAINYA mereka di resort, Davano membantu Halwa untuk turun daripada bot. Dia sengaja menggenakan sarung tangan yang agak tebal supaya dia dapat memegangi tangan Halwa, dia tahu tentang batasan dia antara Halwa dan beberapa larangan tentang agama yang dianuti Halwa. Davano mungkin tidak seagama dengan Halwa namun dia lebih menghormati agama anutan Halwa, Islam.

 Davano mungkin tidak seagama dengan Halwa namun dia lebih menghormati agama anutan Halwa, Islam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now