52

6.1K 221 21
                                    

SEBULAN telah berlalu, dan Alhamdulillah, Halwa juga sudah pun di benarkan keluar daripada hospital. Halwa menghembuskan nafas panjang. Tidak ada perkara yang hendak dia gembirakan. Setelah tahu perkara sebenar, makin sakit hati Halwa.

Halwa to Davano
+ saya nak kita jumpa
sent.

Halwa mahu berjumpa dengan Davano. Sudah sampai waktu buat mereka berpisah. Lagipula, Halwa tidak mahu sentiasa di kejar dengan bayangan yang acap kali membisik untuk dirinya menyalahkan Davano.

Sepi.

Halwa menunduk memandang ke meja. Ada banyak hal yang mahu dia katakan namun sekarang, tidak sepatah pun mampu untuk dia keluarkan. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

"So... is there something you wanna say, sweetie?" soal Davano.

Akhirnya terpecah juga kesepian.

Halwa kemudian menyeluk kad hitam yang pernah di beri oleh Davano dulunya. Dia mahu kembalikan kad itu kepada Davano. Selepas ini, dia dan Davano mungkin tidak akan bertemu semula.

"Saya nak kembalikan kad awak. Terima kasih untuk apa yang pernah awak bagi dekat saya. Tapi saya minta maaf, saya tak mampu dah untuk teruskan hubungan kita macamni. Saya tak mampu nak hadap awak," ucap Halwa. Dia meletakkan kad tersebut di atas meja.

Davano yang mendengar rasa terkilan.

Berat hati untuk dia lepaskan Halwa pergi, tetapi jikalau itu kehendak Halwa, memang tidaklah dia akan melarang. Davano memerhati ke wajah Halwa yang lansung tak mahu memandanginya.

"Okay. I understand, dear. But this card, I want you to keep it. I know you gonna need it so just keep it. I already give it to you," kata Davano.

Halwa mengangkat muka.

Davano menayangkan senyum.

"I want you to keep the card and keep on working on this cafe. It's all yours now."

"Okey. Tapi mulai daripada hari ini, saya tak nak kita ada apa-apa hubungan lagi." Halwa nekad mahu melupakan Davano walaupun hatinya meronta untuk tidak melepaskan Davano pergi.

"If that's what you want, sure. Thanks for believing me this time."

Tak mengapa pada Davano jika Halwa meminta begitu. Dia bukannya lelaki yang suka mendesak jika si perempuan sudah berbuat keputusan. Namun begitu, tidaklah bermakna dia senanh untuk lepaskan orang yang dia sayangi itu pergi.

"Percaya. Itulah silap besar saya," balas Halwa.

Davano hanya diam.

Dia faham Halwa itu marah terhadap dirinya. Sepatutnya dari awal lagi, Davano patut jujur pada Halwa. Kini, itu tidak berguna lagi untuk disesali. Halwa sudah pun buat keputusan untuk pergi, dan itu adalah muktamad. Mana ada lagi peluang kedua. Semua peluang telah Davano sia-siakan.

Dan itu, benar-benar salahnya.

Halwa sampai sahaja di rumah, dia terus terduduk di lantai. Dia menangis sekuatnya. Dia tidak berniat untuk berpisah dengan Davano, dia cintakan lelaki itu namun perasaan amarah lebih banyak mengusai diri Halwa.

Vanessa datang memeluk Halwa.

Dia tahu Halwa bukan mahu perpisahan tetapi dia terpaksa demi hatinya. Dia tak mahu sakitkan hati dia setelah penipuan yang selama ini di buat oleh Davano. Hati Halwa merasa serik namun dalam masa yang sama, dia tak mahu untuk berpisah.

Cinta.

Amarah.

Semuanya diaduk dalam hati Halwa Afrina. Yang pada akhirnya, amarah menguasai sang hati. Mengurung cinta, membiarkan cinta demi amarah yang tersemat. Kebaikan. Apalah kebaikannya. Berpisah pun sakit, tidak berpisah lagilah sakit.

Davano pulang semula ke Jerman. Sudah tidak ada apa yang perlu dia lakukan di Malaysia. Segala urusan syarikat dia telah serahkan seseorang untuk menjaga. Dia akan uruskan syarikatnya di tanah kelahiran dia, Jerman.

Malaysia, terlalu banyak nostalgia buat dirinya.

Dia takut jika tanpa sengaja, dia dan Halwa bertemu. Tentu gadis itu akan menyuruhnya untuk pergi jauh. Davano termenung ke luar tingkap pesawat. Membiarkan mata memandang akan awan putih yang padat membentuk pelbagai bentuk.

Kalau berjodoh, jumpa lagi. Right?

Itupun jika mereka berjodoh. Jika tidak, terimalah seadanya. Bukan?

Satu berita buruk, Aledan, masih lagi hidup.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now