TANGAN menggepal erat penumbuk, Halwa berdiri tegak memandang rak buku novel di hadapan. Dia berjanji akan dapatkan sugardaddy walau apa pun yang jadi, dia tidak mahu dunia yang selama ini dipenuhi imaginasi punah begitu sahaja.
Aku nekad akan cari sugardaddy! Kalau boleh ambil sepuluh, kenapa nak ambil satu? Hiya! Halwa bermonolog sambil tangan diangkat-angkat ke udara. Nak kata gila tak adalah gila mana, nak kata terlebih semangat macam terlebih-lebih pula.
Halwa keluar daripada bilik. Dengan bismillah di dada, dia akan pastikan dia dapat sugardaddy. Tak dapat yang hensem, dapat yang tua kerepot pun jadilah. Senang sikit nak rampas harta kan? Bila dah tua tu, bolehlah dia mampus awal.
Halwa tersengih-sengih. Aku tahu aku bijak. Macam author dia. Bijak tahap kerajaan langit. Sampai ayah pink pun tercirit kalau dengar. Halwa mengangguk-anggukkan kepala. Ibu jari dan jari telunjuknya dibuka luas lalu dagunya diletakkan di tengah dua jari tadi.
Merasa bangga sekejap dengan dunia fana ini.
"Yang you ni dah kenapa? Dah buang tabiat ke awal-awal pagi?" Vanessa menyoal seraya dijungkit tinggi bibirnya ke atas. Awal-awal pagi dah ada show. Halwa melarikkan senyum, pada pagi ini dia bersemangat untuk melakukan ritual... err misi pencarian sugardaddy maksudnya.
"Aku janji dengan kau. Kalau aku dapat sugardaddy. Benda pertama aku buat, aku akan borong novel lepastu aku akan bantu bayarkan kos rawatan Vivian!" Halwa nekad.
"Jangan tahu berjanji je Halwa. Tak baik buat orang berharap," ujar Vanessa. Dia tidak mahulah kerana janji Halwa yang entah iya atau tidak akan berjaya, dia pula yang menaruh harapan. Kasihanlah diri Vanessa jikalau berharap saja namun tak sampai harapannya itu.
Halwa tersenyum lebar. Dia bukannya berjanji biasa-biasa. Dia berjanji luar biasa. Dia akan kotakan janji dia itu kepada diri dia sendiri serta kepada sahabatnya ini. Dia tak mahu senang seorang diri dan tak mahu susah menarik sekali sahabatnya. Susah-susah dibantu, senang-senang bersamamu. Ceh.
Vanessa tersenyum sumbing. Bolehkah dia percayakan Halwa Afrina ini? Dengan gaya nerd dia, cermin mata dia, haihlah. Entahlah bagaimana nak cakap. Apa-apa pun, Vanessa tetap doakan untuk kejayaan Halwa.
You can do this Halwa Afrina!
HALWA berjalan mendekati sebuah pondok bas. Punggung dilabuhkan elok ke bangku, dia menghembuskan nafas panjang. Dia rasa bosan dengan hidupnya, benar-benar tekanan Halwa rasa. Bagilah dia peluang untuk jumpa dengan seorang saja anak bos syarikat besar, tak adalah dia rasa tekanan begini.
Telefon Halwa yang tersimpan di dalam beg itu berdering. Halwa segera menyambut telefonnya. Terpapar pada skrin nama Vanessa. Berkerut dahi Halwa. Ada apa sampai Vanessa menelfon dirinya? Pantas saja jari Halwa menekan butang accept. Telefon dibawanya ke telinga.
"Yes hello Vanessa. Ada apa?" soal Halwa melarikkan senyum, walaupun tidak dapat dilihat.
Vans❤: Halwa.... tolong I."
Terdengar suara Vanessa terketar-ketar dari corong telefon. Halwa berkerut dahi. Kenapa dengan Vanessa?
"Kau okey tak ni? Ada apa ni Vans? Kenapa?" bertubi soalan daripada Halwa.
Vans❤: Please.... Datang hospital cepat. I need your help Halwa. Tolonglah..."
Mendengar suara Vanessa itu sepertinya Vanessa sedang ada masalah. Halwa segera mematikan panggilan dan terus menyimpan telefon ke dalam beg. Dia tak akan biarkan Vanessa dalam bahaya.
Setelah beberapa minit menunggu, sebuah bas berhenti tepat di hadapan pondok yang Halwa duduki. Dia masuk ke dalam bas tersebut, terus saja bas itu bergerak ke tempat destinasi mereka.
Halwa berlari masuk menuju ke bangunan hospital. Dia terus saja pergi ke wad tempat Vivian. Vanessa menunduk memandang jubin putih, air jernih menitis ke jubin tersebut. Halwa mendekati Vanessa, bahu Vanessa dia tepuk perlahan.
"Vans?" Halwa duduk di sebelah Vanessa. Vanessa memandang ke wajah Halwa, matanya sudah berair. Dia memegang tangan Halwa, dibawa ke genggamannya.
"I perlukan pertolongan you. Vivian dah kritikal dan I tak dapat nak bayar kos rawatan dia. Tolong I Halwa..." Vanessa menggoyang-goyangkan tangan Halwa. Dia benar-benar terdesak mahu bantuan daripada Halwa.
"Vans... sabarlah dulu. Sabar," ujar Halwa cuba untuk menenangkan Vanessa. Dia tahu Vanessa sekarang dalam tekanan namun dia kenalah bertenang, demi menyelesaikan masalah ini mereka harus bertenang dulu.
"Macam mana I nak sabar? Tahu tak adik I dekat dalam sana tengah dalam keadaan kritikal? Tell me how should I-" Vanessa menyedut hingusnya kemudian dia menangis. Dia memegang bahu Halwa, air mata semakin deras mengalir keluar.
Halwa memeluk bahu Vanessa. Air jernih turut mengalir keluar kerana terlalu kasihankan diri Vanessa. Tapi apa yang Halwa boleh buat? Dia juga tak ada wang untuk diberikan kepada Vanessa. Kalau boleh, dia akan dermakan buah pinggangnya namun dari awal lagi Halwa memang tidak sesuai untuk jadi penderma.
"I patut buat apa ni Halwa... I tak nak kehilangan adik I. I sayangkan dia. Please help me Halwa... Help me..." rintih Vanessa. Halwa mengetap bibir. Bagaimanakah cara untuk dia menolong Vanessa dalam hal ini sekarang?
Apa harus dia buat?
"I can help you," ucap seseorang. Halwa dan Vanessa terus menoleh ke arah seorang lelaki yang memakai sebuah kot warna hitam. Berkerut dahi Halwa, siapakah lelaki ini? Lelaki itu berdiri tegak dengan tangannya disilang di belakang punggung.
"Siapa awak?" tanya Halwa. Vanessa turut tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang lagaknya seperti seorang bodyguard ini? Adakah salah satu kenalan daripada Halwa? Tapi setahu Vanessa, Halwa tak ada kenalan lelaki.
Siapakah?
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...