17

8.4K 370 5
                                    

DAVANO dengan lagak datar seperti biasanya, hanya akan berjalan di belakang Halwa. Dia memerhati sahaja gerak-geri seorang Halwa yang rambang mata memandangi tiap rak buku. Halwa rasa kerterujaan jauh di sudut hatinya. Salah satu kegembiraan para pembaca, ketika mereka ke perpustakaan, dipenuhi dengan buku novel kegemaran. Bukan begitukah?

Halwa bergerak dari hujung kiri hingga ke hujung kanan rak buku di Jigh Library itu. Di tangannya sudah penuh dengan bukuan novel keluaran terbaru, memang novel-novel itu menjadi kejaran para pembaca novel. Namun kerana masih baru, jadi keluarannya terhad dan bahkan harga saja boleh tahan mahal.

Tapi pada Halwa, mahal tidak lagi ada harganya. Kerana ada sugardaddy yang terlalu kaya sanggup untuk membiayai segala keinginan Halwa. Bahagia? Oh, lebih daripada bahagia! Suatu mimpi yang tak akan pernah dikecapi, kini Halwa rasai.

"Up to you. Whatever you want to buy, I'll pay for it."

Ah, kata-kata itulah yang sering dinanti.

Halwa akhirnya kembali ke meja tempat Davano bersantai. Halwa meletakkan sepuluh buah buku novel dengan muka suratnya hampir 300. Dia mahu baca katanya, semua pun novel terbaharu. Punggung dilabuh di kerusi, dua buku novel sekaligus diambil oleh Halwa.

"Can you read all this?" soal Davano.

Halwa mengangguk. Jangan pandang rendah pada diri dia yang berkaca mata ini. Mereka tidak tahu kalau Halwa Afrina si nerdy ini boleh membaca dalam masa yang singkat! Dalam sehari boleh habiskan dalam sepuluh buah buku. Gila? Tidak. Ini suatu kelebihan yang hanya ada pada 10% orang di dunia.

Davano kemudian mengarahkan Navis untuk mengambil satu buku inggeris untuk dia baca. Bukanlah Davano tak faham bahasa melayu, hanya jarang saja dia gunakan bahasa melayu. Katanya lebih elok dia gunakan bahasa inggeris, memandangkan ramai juga orang-orang faham bahasa inggeris. Jadi, janganlah nak kata Davano Ezander tidak tahu melayu. Heheh.

Navis memberikan sebuah buku yang bertajuk; The Empire. Yang bergenrekan history. Selain daripada CEO yang sibuk dengan syarikat yang berkembang pesat pada era 2000 ini, Davano juga sukakan membaca buku yang banyak menceritakan tentang sejarah. Ulat buku? Dia tidak seulat buku seperti Halwa yang sudah pun habis baca tiga buah buku sekarang. Biasa, kelebihan.

Mereka mulai membaca dengan tenang. Tanpa ada bunyi yang menganggu pendengaran mereka. Fokus kepada pembacaan masing-masing. Seketika Davano berhenti membaca. Pandangan Davano terfokus pada wajah Halwa yang begitu serius dalam bacaannya. Halwa tidak akan mengendahkan apa-apa di sekitar kerana dia begitu menghayati dalam pembacaan.

Ketika para pembaca mulai memasuki alam imaginasi, maka apa yang dapat menganggu mereka? Ketika terjadinya konflik antara hero dan heroin. Apa lagi membuatkan riak ceria berubah keruh? Sebuah konflik tanpa penghujung, putar belit di sesuatu cerita yang membuatkan pembaca tertipu. Bukan begitukah?

"Ops sorry," ucap seorang perempuan yang tidak sengaja punggungnya melanggar kepala Halwa. Pantas pandangan Davano berubah tajam pada si perempuan yang biadab tadi. Muka perempuan itu tak nampak kesungguhan dalam maaf.

Halwa bangun dari duduk. Ketika kepalanya mahu menunduk, Davano turut bangun dari duduk membuatkan Halwa tertoleh kepada Davano. Davano menghembus nafas kecil. Pandangan tajam tak lepas dari menikam-nikam anak mata si perempuan yang beriak selamba itu.

"When you want to apologize, you say it properly," ucap Davano dengan nada sedikit dalam. Halwa mengikuti ekor mata Davano yang sedang menikam pada anak mata si perempuan di hadapan. Kenapa Halwa rasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan Davano? Pandangan Davano, berlainan dari sebelum ini.

Perempuan itu tersengih. Dia menyelipkan rambut ke belakang telinga. Pandangan Davano dibalas. Sekali Davano mengeluarkan pandangan singa, perempuan itu kecut perut. Dia meneguk liur yang berasa pahit, bulu tengkuk turut berdiri kerana ketakutan. Pantas saja perempuan itu berpaling kepada Halwa dan dia menunduk.

"Saya minta maaf..." ucap dia sebelum dia menunduk dua kali ke arah Davano. Kaki dihayun laju meninggalkan tempat tersebut. Niat mahu mencari buku tadi serta merta terbantut. Dia bagai tercucuk dengan sebilah pedang ketika pandangan Davano berubah drastis.

Davano melepaskan nafas. Dia kemudian menyusun semua buku novel yang diambil Halwa. Halwa menahan daripada buku tersebut diambil. Kepala didongak memandang Halwa di hadapan.

"Don't worry, dear. I'm buying this for you," ujar Davano dengan nada yang lembut.

Mendengar itu, Halwa pula hanya membiarkan. Dia melihat saja sepuluh buah novel dia diberi kepada Navis. Navis segera membawa novel itu menuju ke kaunter. Dia membayarkan untuk harga lebih daripada harga asal semua buku tersebut. Agak terkejut bila si penjaga kaunter itu disergah Navis untuk membeli buku yang terhad. Namun kerana bayaran dilebihkan, dia pun hanya setuju. Kata orang, tak elok tolak rezeki.

Davano mengambil buku yang dia baca tadi lalu disimpan ke rak tempat Navis ambil tadi.

"Sugardaddy, kita nak ke mana lagi?" soal Halwa. Sepatutnya Davano mengajak Halwa untuk bershopping tetapi Halwa menolak dan tukar dengan membaca di perpustakaan yang selama ini Halwa tak pernah jejak. Hal ini kerana individu perlu membayar kira-kira tiga puluh ringgit untuk masuk. Bahkan ada had masa. Gila tak cekik darah Jigh Library ini? Fuh!

"Where do you want to go?" soalan dibalik kembali kepada Halwa.

Halwa berfikir sejenak. Ke mana pula mereka mahu pergi? Tak ada tempat rasanya jika difikirkan. Tup! Satu tempat muncuk di benak Halwa. Senyum dilarikkan lebar di bibir.

"Nak beli aiskrim!"

Akhirnya, mereka pun pergi ke Icy High. Tempat itu menjual aiskrim dari harga lima ringgit hinggalah ke berpuluh ringgit. Yang pasti, kedai ini hanya menjual aiskrim. Tak kisah sama ada dalam cup ataupun dalam bekas. Dengan tagline; Expensive and Delicious.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now