48

4.3K 195 3
                                    

ALEDAN masuk ke dalam pejabat Davano. Main selamba saja dia melanggar. Tak kenal erti adab. Itulah Aledan. Lelaki tua yang sudah digelar sebagai warga emas, masih sibuk mengejar emas. Melihatkan kedatangan biadab Aledan, Davano melepas keluh. Dia tahu sangat niat si tua itu.

"I'm out of my patient, Zander. I want you to put your sign and give me all of this property. You know I hate being a rascal playing this shit." tajam Aledan menusuk Davano.

Namun Davano hanya beriak biasa.

"Du bist nicht anders als ein hund," balas Davano. (Kau pun tak ada beza macam anjing).

Anjing yang sentiasa haus dengan kekayaan orang. Tak malu hendak menggonggong semata-mata untuk dapatkan apa yang bukan sepatutnya menjadi haknya. Memalukan.

Aledan mengetap gigi.

"Wenn sie nicht mochten, dass ich in der nahe der menschen, die sie lieben, schlimme dinge tue, unterschreiben sie besser diesen austausch von rechten und alles wird sich regeln," Aledan mengugut. Dia terdesak hendak selesai perkara ini dengan cepat. (Kalau kau tak nak aku buat benda buruk dekat orang yang kau sayang, baik kau sign surat pertukaran hak ni dan semuanya akan settle).

Aledan membuang ke atas meja, sebuah surat yang mengandungi akan pertukaran hak segala harta.

"Ich werde nichts in deiner nahe teilen. Es sei denn, du wagst es, dich jetzt vor meinen fuβen zu verneigen," balas Davano. Dia memang akan menentang habis-habisan jikalau soal ini. (Aku tak akan bagi apa-apa dekat kau. Kecuali kalau kau berani untuk sujud depan kaki aku sekarang).

Aledan tersengih.

Kau benar-benar tak nak beri kerjasama eh dengan aku.

Aledan menekan butang call pada telefon pintarnya. Dia membawa telefon itu ke telinga kanannya. Mata terus menatap pada mata Davano yang sedang duduk di kerusi.

"Du brennst jetzt," arah Aledan. (Kau bakar sekarang).

Davano terus saja berdiri.

"Was zur holle machst du?" tanya Davano. Urat-uratnya pada leher mula kelihatan, semuanya menegang kerana amarah Davano sudah memuncak. (Apa yang kau buat ni sial?).

Kasar bahasa yang digunakan Davano.

Aledan tersenyum.

"Ich habe dinge gemacht, die dir nicht am besten gefallen," balas Aledan dengan sinis. (Aku buat benda yang kau paling tak suka).

Davano berkerut dahi.

Zander Mansion.

Api mulai marak, membakar mansion milik Davano. Semua pekerja berlarian keluar menyelamatkan diri mereka dari kebakaran. Tinggallah Daily dan Halwa yang berada di dalam mansion tersebut. Asap berkepul-kepul mulai mengaburi pandangan.

"Halwa!" panggil Daily.

Halwa ternyata sedang tertidur di atas katil.

Daily yang menutup hidungnya dengan baju pada lengan dia itu segera membangunkan Halwa. Digoyangkan kasar tubuh Halwa sehingga Halwa akhirnya tersedar. Halwa terus saja menekup hidung serta mulutnya dengan telapak tangan seketika dia terhidu bau asap.

Dia memerhati ke sekeliling.

"Kenapa ni?" soal Halwa kepada Daily.

"Dah. Jangan banyak tanya, jom keluar cepat!" Daily menarik tangan Halwa. Digenggam erat tangan Halwa, mereka segera keluar daripada bilik.

Mansion itu sudah terbakar. Api mulai marak dengan hebat.

"Durch lhre sturheit werden andere menschen opfer," kata Aledan. Lalu dia tersengih. (Sebab kedegilan kau, orang lain jadi mangsa).

"What have you done?" tanya Davano. Gigi diketap erat. Penumbuk pula sudah dikepal pada tangannya. Bila-bila masa sahaja dia boleh meledak.

Aledan semakin menayang sengihannya.

"Ich mochte nur die schreie der menschen genieβen, die du liebst, gequalt," balas Aledan. (Saja nak menikmati jeritan orang-orang yang kau sayang tu terseksa).

Aledan tertawa.

Davano terbeliak mendengar apa yang Aledan ucap. Sungguh lelaki tua ini memang tak takut jika kematian menjemput.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now