45

4.8K 198 5
                                    

HARI ini, Halwa tidak ke mana-mana kerana mahu berehat. Puas dia berjalan-jalan di bandar kerana ajakan daripada Daily. Nasib baiklah tidak putus urat kaki Halwa. Mana nak cari bidan buat mengurut nanti kan? Eh.

"Hei, you menungkan apa tu?" suara Vanessa menyoal Halwa.

Video call. Ya, mereka bervideo call memandangkan Halwa rasa rindu pula dengan Vanessa. Tiba-tiba saja.

"Jadi kafe kita macam mana?"

"Macam biasalah. Renovate macam yang you dengan I minta haritu. Tengah nak siapkan semua. You janganlah risau. Yang you tu buat apa dekat sana hah?" Vanessa menyoal pula.

"Okay je."

"Eh, hai kak!" Vivian merampas telefon daripada Vanessa. Vanessa pula sudah menggeleng kepala, tak reti pula dia nak minta baik-baik, bagi dia makan bubur sampai dua tahun baru dia tahu.

"Hai," balas Halwa. Dia mengukir senyuman pada Vivian.

"Akak, akak sihat? Akak macam mana dekat sana? Seronok?" bertubi pula soalan yang diberi oleh Vivian.

"Ya. Akak sihat je. Akak dekat sini seronok aje," jawab Halwa kemudian disertakan senyumnya. Baru sehari dia pergi, sudah mencari pula Vivian kepadanya. Terharu.

Vivian memberikan semula telefon tersebut kepada Vanessa. Nanti singa mengamuk, susah.

"Eh, siapa tu?"

Kini, Daily pula yang menyibuk di kamera.

Dia melambai-lambai kepada Vanessa. Daily memang begini gayanya. Bak kata orang; kalau dah kenal lama, mulalah dia tunjuk perangai sebenar. Macamlah dengan diri Daily ini. Bukan main lagi. Pertama kali jumpa, baik bukan main macam kucing putih, dah lama-lama duduk sekali macam perangai kucing oren.

"Ah, nanti korang tunggu tau kitorang pulang. Lepas je balik, aku akan hadiahkan kau dress yang paling cantik sekali!" ucap Daily.

Dia bercadang mahu hadiahkan dress untuk Vivian dan Vanessa. Kasihan mereka tidak pernah lagi keluar sampai ke luar negara. Biarlah bagi wangi saja, pun boleh kan?

"Yeke?" soal Vanessa.

"Haah. Kenapa? Kau nak tambah ke?"

Vanessa sudah tersengih. Gila apa dia tak mahu tambah? Rugilah dia jika dia tak minta. Orang pun dah sudi nak belanja, apalah salah jika nak minta lebih-lebih sikit kan?

"Kalau tak keberatan, you belikanlah I dress yang paling mahal sekali. Kalau boleh yang ada manik berharga sejuta!" tinggi benar angan-angan yang mahu dicapai Vanessa. Celah kangkung mana manik sampai harga sejuta? Baik meniaga manik je daripada meniaga dress.

"Boleh je. Takda hal!" kata Daily. Melayankan juga dengan kehendak Vanessa.

"Eh, tak malulah kau ni. Orang tu dah bagi satu nak lebih-lebih pula," ejek Halwa. Bukan main permintaan Vanessa kali ini.

"Terima kasih kak. Vian akan sentiasa doakan untuk akak," ucap Vivian.

Terharu Daily mendengar.

Baru kali inilah dia dengar ada yang sudi mahu mendoakan buat dirinya. Terasa hangat pula matanya itu. Namun dia tahan supaya air mata tidak tumpah, malulah dia kalau sampai nak menangis depan mereka semua.

Dari kejauhan, ada sebuah kereta hitam.

Aledan memandang sinis ke arah mansion milik Davano. Dia tersengih. Bagaimana rasanya jika dia memiliki semua kekayaan yang Davano miliki ya? Tentu saja dia akan dihormati dan mansion yang Davano punya itu pasti akan dia perbesarkan bak istana.

"Sollen wir einen angriff mit der boss-villa-bombre starten?" tanya si lelaki. (Patutkah kita lancarkan serangan dengan bom mansion tu bos?)

"Das ist nicht notig. Es ist nicht interessant, dass viele menschen sterben. Ich mochte, dass alle einen nach dem anderen sterben," kata Aledan dengan sinis. (Tak perlu. Tak menarik kalau diorang mati ramai-ramai. Aku nak buat diorang semua mati satu persatu).

Aledan tertawa.

"Schlieβlich wird das ding nicht lange verschwinden. Fruher order spater werden noch alle sterben. Beeilen sie sich nicht, wir mussen subtile, aber giftige verfahren arrangieren," sambung Aledan. (Lagipun, benda ni tak akan pergi lama. Lambat laun pun akan tetap mati juga semua. Jangan terburu-buru dalam tindakan, kita kena atur cara halus. Namun berbisa).

Aledan tertawa lagi.

Memikirkan tentang kejayaan yang berkemungkinan besar tak akan dia menangi.

...bersambung

SUGARDADDY ✅️Where stories live. Discover now