HALWA termenung ke arah skrin telefon yang gelap, sungguh gelap seperti dunianya. Kenapalah zaman sekarang susah nak cari kerja? Kenapa mereka lebih pentingkan wajah yang indah rupawan berbanding dengan stamina seseorang untuk bekerja?
Halwa mendengus. Dengan hidup yang penuh masalah ini, apa sahajalah yang boleh dia buat? Satu nafas panjang dihela keluar, sekarang apa yang hendak dia lakukan? Tak akanlah dia nak duduk mereput sampai abang Jamil mampus? Abang Jamil pun entah kemana.
"I'm home..." ucap Vanessa. Dia melangkah lalu matanya dilirik pada Halwa yang sedang menonggeng di atas bahu sofa. Maka berkerutlah dahi Vanessa, kenapa dengan rakannya ini? Adakah sudah memasuki fasa gila?
"Vans... aku cari sugardaddy tapi semua halau aku. Muka aku ni tak lawa sangat ke sampai diorang semua tak sukakan aku hmm?" rintih Halwa. Dia membiarkan kepalanya jatuh ke bawah, dia sangat frustasi terhadap kehidupan dia ini.
"You bagitahu I, you cari sugardaddy dekat mana? Kelab malam?" Vanessa melabuh punggung di atas sofa, matanya dilirik terus pada Halwa yang menunduk lemah penuh dengan akting sedih itu.
"Tak akanlah aku ni nak pergi kelab malam. Aku ni masih lagi ingat Tuhan aku lah. Lagipun kelab malam mana buka waktu siang-siang," balas Halwa. Vanessa terus membuat muka, nyampah benar dia dengan Halwa. Bukankah nerd selalunya pandai? Yang satu ini tersesat jadi bengap kenapa?
"Now kita tahu siapa bodoh dalam cerita ni. Ei, nama je kelab malam tapi buka siang dan malam lah. And you tak jawab pun soalan I tau. Tell me where you find your sugardaddy huh?" Vanessa memukul bahu Halwa. Budak ini, cubalah duduk elok-elok. Duk menonggeng buat apa? Bukannya dapat duit pun.
Halwa terus membetulkan posisi duduknya. Dia memuncung bibir memandang wajah Vanessa. Vanessa pula hanya dengan berwajah datar, menunggu untuk Halwa membalas pertanyaannya tadi.
"Aku cari dekat syarikat-syarikat. Tapi diorang semua halau aku," Halwa mulai membuat drama dengan berakting nangis. Ini kalau ditampar, sia-sia sahaja hidup dia karang. Vanessa mengeluh seraya menjulingkan matanya ke atas.
"You ni memang bodoh. Tahu tak, nak cari sugardaddy bukannya pergi terjah syarikat orang and then minta bos besar jadi sugardaddy. You selalu baca novel but never know about this?" Vanessa menggelengkan kepala. Kata nerd pembaca novel sejati, tapi tak akanlah tidak tahu menahu cara nak cari sugardaddy?
"Eii, memanglah baca novel. Masalahnya heroin dia lawa. Memang senang nak dapat suami orang kaya. Kena dekat aku ni siapa yang nak? Sedangkan bos syarikat yang dah tua tu pun tak pandang aku sebelah mata, inikan pula yang hesmes?" Halwa melepaskan keluh. Kasihan kepada dirinya ini. Berkerut dahi Vanessa. Dia mengedipkan matanya beberapa kali.
"Apa maksud hesmes ni?" soal Vanessa kebingungan. Halwa tersengih-sengih. Maklumlah, Vanessa ini bukannya tahu sangat tentang another word untuk perkataan yang biasa disebut. Yang tahu je tahu. Kan?
"Hesmes tu maksud dia hensem. Saja tukar. Ramai orang guna perkataan tu jadi aku pun gunalah. Ingatkan kau faham hehe," sengih Halwa. Dia kembali mematikan senyum bila dia teringat akan dirinya yang tidak ada kerja itu.
"Tapi sekarang ni apa aku patut buat? Aku tak nak hidup macamni... aku nak beli novel. Dah puas dah baca wattpad, nak juga penuhkan bilik dengan novel." makin muncung bibir Halwa. Vanessa mengeluh untuk kesekian kali, entahlah nak cakap macam mana lagi.
Vanessa bingkas bangun daripada duduknya. Dia mengatur langkah menuju ke bilik. Mata dilirik kecil lagi kepada Halwa yang tak habis-habis berdrama, macam musnah pula hidup dia kalau tak boleh nak beli novel. Tapi tak apalah, everyone ada minat, samalah macam minat Vanessa terhadap dunia permodelan yang tak pernah dia kecapi.
Tombol pintu dipulas, kaki Vanessa melangkah ke dalam bilik. Pintunya terus saja dikatup rapat lalu Vanessa berjalan mendekati katil. Beg tangan yang dijinjitnya itu dia letak di atas katil sebelum punggung dilabuh elok di birai katil. Vanessa termenung seketika.
"Boleh tak kalau I nak adik I jalankan dulu rawatan?" Vanessa menyoal pada si doktor lelaki yang bernama Jo itu. Doktor Jonathan menggeleng. Kalaulah dia pemilik hospital, tak apa juga untuk berikan rawatan secara percuma.
"Maaflah... cik perlu laksanakan pembayaran. Kalau tidak, rawatan seterusnya tak akan dijalankan."
Vanessa mendengus kemudian dia menundukkan kepala. Dibiar mata merenung ke arah kakinya. Apa yang aku patut buat sekarang? Duit gaji pun tak masuk lagi. Doktor pula tak boleh nak buat rawatan pada Vian. Kenapa dunia ni selalu tak adil pada aku dan keluarga aku? Monolog Vanessa. Terkenang akan segala yang dia lalui selama ini.
Halwa mengetuk pintu bilik Vanessa. Kepala Vanessa terus ditoleh ke arah pintu. Dia menggulingkan anak mata, apa sajalah yang Halwa ini mahukan. Sudahlah dia tengah runsing fikir soal adiknya, sekarang ini Halwa pula?
"Vans, jom kita makan!" laung Halwa. Vanessa mengeluh panjang..... Dia membaringkan tubuh ke belakang. Dia malas mahu makan. Fikiran dia dipenuhi dengan raut wajah Vivian yang pucat lesu itu, setiap kali Vanessa datang melawat. Bilakah dia dapat tamatkan rasa sakit yang adiknya tanggung selama ini?
Halwa memulas tombol pintu lalu dia menjenguk kecil ke dalam. Dia tersenyum melihat ke arah Vanessa, kaki perlahan-lahan melangkah ke dalam bilik. Pintu pula Halwa biarkan terbuka. Dia berjalan mendekati katil Vanessa.
"Vans. Kau marahkan aku ke? Aku minta maaf tau sebab aku banyak susahkan kau. Aku tahu aku tak patut buat macamni." Halwa melarikkan senyum. Namun Vanessa tidak membalas apa-apa, dia pun banyak fikiran sekarang. "Adik kau macam mana?" Halwa menyoal.
"Macam mana apa? Doktor tak boleh nak proceed untuk rawatan selanjutnya. I baru start kerja and I tak tahu nak buat apa. I feel like I'm an useless sister." Vanessa tersenyum kelat.
Halwa mendiamkan diri. Tangannya kemudian menepuk lembut peha Vanessa. Bukan Vanessa seorang saja yang dalam masalah. Dia juga sedang bermasalah bahkan kisah silam Halwa lebih teruk daripada Vanessa. Sekurang-kurangnya Vanessa masih ada adik untuk menjadi semangatnya.
Sedangkan Halwa? Dia tak ada saudara lain selain daripada ibu dan bapanya.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...