Sinaran matahati mula menerobos tingkap bilik. Walaupun dilindung dengan kain langsir, namun ianya masih mampu menyakitkan mata seorang Alia Wafia.
Seorang wanita yang baru berusia 22 tahun perlu melupakan segala hasrat untuk berjaya dalam pelajaran kerana keluarga yang sudah lali hidup susah setelah sekian lama. Mulut kata sudah lali. Tapi, dalam hati sudah bosan dengan kehidupan yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ibunya, Puan Yuna hanya mampu menjual kuih-muih di kampung yang mereka tinggal sekarang. Kalau ada masa, Puan Yuna sendiri akan menyuruh Alia untuk menjual kuih yang tinggal di kampung sebelah.
Bukan suruh, tapi paksa.
Oh, tak lupa juga. Ayah kepada Alia, Mahmud atau senang dipanggil Pak Mahmud oleh orang kampung. Bekerja sebagai apa? Hurm...
Tak ada kerja. Cuma hidup sebagai penganggur yang berjaya. Mesti ada yang tertanya-tanya. Berjaya dalam apa? Haa, dia berjaya dalam menghabiskan wang yang susah payah dicari oleh Puan Yuna dan Alia sendiri.
"Alia! Mana makanan aku?" Suara Pak Mahmud sudah 'mewarnai' hari Alia. Alia hela nafasnya sebelum keluar dari bilik. Dia maniskan mukanya untuk Pak Mahmud. Tak naklah nanti dicop anak tak hormat bapa pula.
"Sorry. Alia terbangun lambat."
"Banyak betul alasan kau! Aku tak kira. Kau siapkan makanan aku dalam masa 10 minit. Kalau tak, tali pinggang aku akan buat kerja dia."
Alia telan liur. Sudah 22 tahun dia hidup, memang dah banyak jenis bentuk deraan yang dia dah rasa. Termasuklah kena libas dengan tali pinggang. Setakat ini, itulah libasan yang paling sakit.
"Baik ayah."
Cepat-cepat Alia lari ke dapur untuk siapkan sarapan untuk Pak Mahmud. Puan Yuna sudah keluar awal pagi tadi. Begitu juga dengan Aimi. Yalah, kan hari ini hari sekolah.
~~
"Tidur mana malam tadi?"
Pertanyaan Tuan Ilyas hanya dibiarkan. Yang paling penting, dia perlu dapatkan tidur yang cukup sebelum menghadiri satu mesyuarat penting.
"Aryan Wong, I'm talking to you. Where were you going last night?"
"Pa, I'm tired. Don't worry, Aryan tidur dekat rumah kawan Aryan. I just want to sleep right now. Goodnight." Aryan terus naik tanpa pandang Tuan Ilyas langsung. Itu membuatkan Tuan Ilyas naik berang.
"Goodnight kepala hotak kau. Papa layak dapat jawapan daripada kau. Jawablah cepat. Kau tidur dekat mana malam tadi?"
Aryan pandang Amirul dengan pandangan tajam. Fuh, pantang betul ada orang kacau dia waktu-waktu macam ini.
"Aku tak kisah pasal kau. Tapi aku kisahkan papa. Kesian dia tunggu kau dari malam tadi."
Pfft! Rasa nak gelak pun ada. Sejak bila Tuan Ilyas kisahkan dia? Selama ini, Tuan Ilyas hanya kisahkan Amirul dan Amiraa saja. Dengan dia? Kejap baik, kejap berapi macam sekarang.
"Aku dah jawab kan tadi? Kau yang pekak tak dengar jawapan aku."
"Aku tak pekak lagi. Jangan ingat aku manjakan kau, aku akan back up kau kali ni."
"Tak suruh pun." Aryan terus naik ke atas. Amirul dan Tuan Ilyas hanya pandang sesama sendiri. Mereka berdua yakin, Aryan sudah banyak berubah sejak...
Entahlah, mereka sendiri pun tak tahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...