"Apa?!" jerit Aryan setelah Amiraa jelaskan kenapa dia telefon Aryan. Nasib baik dia sudah berada di dalam kereta. Kalaulah dia masih berada di kafe Starbucks, mesti dah malu tujuh keturunan.
"Ala, Abang Ar. Nak McD..." Amiraa merayu untuk kali yang ke-10. Serius, dah 10 kali dia merayu pada Aryan supaya belikan dia McDonalds.
Dan, nak tahu tak kenapa Aryan marah? Sebab Amiraa telefon Aryan dan minta untuk belikan McDonalds ketika keretanya sudah masuk dalam kawasan taman perumahan.
Memang. Memang dia bayar minyak kereta guna daun.
"Bolehlah... Miraa lapar lagi ni."
Memang begitulah perut Amiraa bereaksi, lagi-lagi pada waktu malam. Kadang-kadang dia pun pelik. Adakah perut Amiraa diperbuat daripada tong? Atau, Amiraa telah mendapat genetik daripada makhluk berperut besar?
"Perut kau ni perut manusia ke perut gajah? Aku dah nak sampai rumahlah."
"Tapi, nak McD..."
"Minta dekat Abang Amlah." Aryan sengaja petik nama Amirul. Tak pasal-pasal nama Amirul tiba-tiba muncul. Yalah, Amirul pun ada hal di luar.
"Fine. Bye." Panggilan dimatikan.
Tapi, sekali lagi telefonnya berbunyi. Terkeluar dengusan daripada Aryan apabila dia lihat nama si pemanggil. Apa lagi yang budak kecik itu nak?
"Abang Ar... Abang Am dah sampai rumah. Tolonglah belikan kejap." Suara Amiraa kedengaran amat berharap agar hati Aryan lembut untuk membelikan dia makanan segera itu.
Nampaknya, dia tak ada pilihan lain. Memang dia kena keluar balik dan belikan McDonalds untuk si adik heartbroken itu. Tapi kalau dia pergi beli, dia pun akan dapat makan juga, kan?
"Fine. Half an hour ." Panggilan dimatikan lagi sekali. Tunggulah. Bila dia balik nanti, memang dia suruh Amiraa claim duit minyak keretanya.
~~
Pintu bilik dibuka luas. Penuh dengan kekuatan sehingga pintu itu terkena dinding. Alia yang baru melelapkan mata celikkan matanya semula. Ada Puan Yuna yang sedang memandang dirinya dengan penuh amarah.
Di belakang Puan Yuna pula ada Aimi yang berdiri sambil tersenyum. Apa yang dia perasan, Aimi sedang tersenyum sinis padanya. Tapi, apa sebabnya?
Pak Mahmud? Waktu-waktu macam ini memang Pak Mahmud tak ada di rumah. Jadi, hanya ada kaum wanita sajalah di dalam rumah papan yang dibina bersama batu bata itu.
"Selama ni kau menyundal dengan jantan rupanya. Acah-acah baik tapi dekat belakang? Hancur!" hambur Puan Yuna tanpa sembunyikan perasaannya. Daripada baring, kini Alia duduk tegak.
Oh, tidak. Siapa pula yang fitnah dia kali ni?
"Apa yang ibu cakap ni?"
"Tak payah buat-buat tanyalah. Satu kampung dah tahu yang kau menggatal dengan anak ketua kampung tu."
Alia geleng laju. Kali terakhir dia jumpa dengan Thaqif pun waktu dia hantar kuih hari itu. Itu pun hanya terserempak. Tak ada masa nak mengorat anak teruna orang.
"Sekarang ni, aku nak kau keluar dari sini. Aku dah tak nak tanggung malu lagi. Orang lain elok je ada anak yang baik. Sampai ke aku, hmph!" hambur Puan Yuna. Rasanya Puan Yuna tak sedar yang dia turut maksudkan Aimi sekali. Aimi kan anaknya juga.
"Ibu, mana Alia nak tidur malam ni kalau ibu halau Alia?"
"Ah, kisah apa aku? Ikut suka kaulah nak tidur kat mana pun. Jangan pergi tidur dekat rumah jantan sudah." Penuh sinis kata-kata Puan Yuna. Usai berkata, dia terus keluar dari bilik Alia. Kini hanya tinggal dua beradik itu saja.
![](https://img.wattpad.com/cover/310402499-288-k337919.jpg)
YOU ARE READING
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)
RomanceBadboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah...