part 33

4.8K 182 1
                                    

"Good morning, ma."

Alia tersenyum apabila mendengar ucapan yang ikhlas daripada Aryan. Walaupun bukan untuknya, tapi cukuplah dia tahu yang Aryan sudah pulih daripada kesedihannya.

"Morning. Eh, kenapa dengan mata tu?" tanya Puan Melissa. Dahi Aryan berkerut sebelum dia buka aplikasi kamera dari telefonnya. Bila dia tengok, lah. Mata dia sembab. Mesti sebab dia menangis semalam.

"Hm? Oh, Aryan tengok K-drama dengan Alia semalam."

K-drama? Oh, tidak. Dia pun tak pernah layan drama-drama macam itu. Boleh pula Aryan kaitkan nama dia. Tak apa, asalkan Aryan dapat sorokkan alasan yang sebenar.

"Really? Bukan Kak Alia pernah kata yang akak tak tengok K-drama ke?" celah Amiraa. Seingat dia, memang Alia pernah kata dia tak tonton drama yang berasal dari Korea itu. Malah, Alia sendiri pernah kata yang dia langsung tak pernah tahu apa itu K-drama.

Alia terdiam. Lah, dia terlupa yang dia pernah cakap begitu pada Amiraa. Dengan cepat, dia pandang Aryan yang sibuk dengan telefonnya. Eh, eh. Mentang-mentanglah dia tak kena soal, boleh pula kau sibuk dengan peranti berbentuk petak itu, ya?

"Ah, Aryan yang ajak tengok semalam." 'Goreng' jelah ayat apa pun. Asalkan Amiraa terima tanpa banyak soal.

Serentak, Aryan pandang Alia. Dengan pandangan mata Aryan yang jelas menunjukkan perasaan bingung, Alia mula memahami sinaran mata Aryan. Kalau kau blur, aku lagilah blur. Satu lagi, aku yang kena cover kau, tahu tak?

Haih, nasib sayang.

"Tapi, Miraa tak dengar pun bunyi TV semalam. Well mama, thanks to me sebab Miraa overnight malam tadi." Puan Melissa hanya tersenyum melihat anak perempuannya. Bangga betul bila tidur lewat malam tadi. Biasanya takut kalau orang tahu dia tidur lewat. Takut kena marah dengan Aryan dan Puan Melissa.

Sekali lagi Alia dan Aryan berpandangan. Terus Aryan batalkan fokusnya pada telefon pintarnya dan mula fokus pada Amiraa.

"Oh, kau. Tidur lewat eh malam tadi? Lagi satu, kenapa kau tak sekolah hari ni?"

Okey, tak jadi nak takut. Ketakutannya bertukar menjadi lawak apabila Aryan mengungkit tentang sekolah. Kalau ya pun dah habis sekolah, takkanlah hari sekolah pun dah lupa?

"Abang Ar, hari ni kan hari Sabtu. Mana ada orang pergi sekolah weekend macam ni."

Terus Aryan tengok hari pada telefonnya. Sabtu. Haahlah, hari ini hari Sabtu. Dia pun tengah pakai pakaian yang kasual, menandakan yang dia tak akan pergi pejabat pada hari itu. Apalah dia ni.

"Ouh, okey." terus Aryan lari untuk ke atas.

"Eleh, nak cover malulah tu."

~~

"Ibu, nak duit." Aimi hulurkan tangan kanannya pada Puan Yuna. Mukanya amat angkuh apabila memita duit pada ibunya sendiri.

"Ibu tak ada duitlah. Kalau ada pun, ibu nak buat beli makanan." Puan Yuna jawab sambil menyiang ikan. Kalau dulu, itu semua Alia yang lakukan. Tapi bila Alia tak ada, dialah yang kena uruskan. Kadang-kadang, dia mula menyesal sebab menghalau Alia beberapa bulan yang lepas. Bukan sebab rindu, tapi sebab dia sudah mula rasa susah dengan kerja yang dia kena lakukan.

Ada anak perempuan seperti Aimi pun, bukannya boleh harap. Aimi selalu sangat tak ada di rumah. Asyik nak berjoli sakan saja. Bila berbelanja pun, tak ingat yang keluarga dia itu jenis yang susah nak cari duit.

"Kalau Kak Alia ada dulu, senang je nak minta duit. Kalau minta, mesti dapat," gumam Aimi tanpa disedari. Betul, kalau dia minta pada Alia, mesti dia akan dapat. Kalau Alia tak bagi pun, dia akan curi-curi ambil.

Puan Yuna tergamam. Dia tak sangka yang Aimi sendiri akan kata begitu.

"Tak payah nak sebut nama perempuan jalang tulah! Dia bukan anak aku. Dan kau Aimi, jangan sesekali sebut nama dia lagi." Puan Yuna terus masuk ke dalam bilik. Ikan yang masih belum disiang hanya dibiarkan di sinki. Bila dia sudah tenang, barulah dia sambung menyiang balik.

Aimi pun sama. Masuk ke dalam bilik sambil menghentak-hentak kakinya. Harapnya lantai rumah mereka akan terus kukuh untuk menahan hentakan kaki Aimi yang saban hari makin manja. Manja sebab selalu mahukan apa yang dia impikan.

"Aimi, masakkan ayah sesuatu." Pak Mahmud tiba-tiba masuk ke dalam bilik Aimi. Aimi yang baru nak baring di atas katil yang hampir usang bangun semula. Ini lagi seorang. Sejak Alia dihalau keluar, dialah yang kena buat semua kerja kakaknya.

"Malas. Ayah masaklah sendiri," balasnya tanpa nada. Pak Mahmud mula naik angin dengan jawapan dari anak keduanya. Dia minta elok-elok, boleh pula Aimi kata dia malas untuk masak.

"Cepatlah. Ayah lapar ni. Ibu mana?"

"Bilik. Tengah sentap." Ambik kau. Jawapan jujur dia bagi. Dari hujung mata, dapat dia nampak muka Pak Mahmud berubah hebat. Huh, ada lagi rupanya yang rasa sentap di dalam rumah ini.

"Masakkan makanan untuk ayah. Cepat!" pesan Pak Mahmud sebelum masuk ke dalam bilik. Aimi merengus sebelum dia ambil telefon pintarnya yang disorok daripada pengetahuan Puan Yuna dan Pak Mahmud. Itu adalah hadiah daripada teman lelakinya.

Well jangan main-main. Teman lelaki dia kaya tau!

~~

"Macam mana? Dah cuba untuk terima dia?" tanya Danny. Aryan pandang Danny. Bila dia ajak Danny datang ke rumah, ingatkan nak lepaskan tekanan. Rupa-rupanya, masih lagi dengan topik Alia.

"Belum. Dan aku takkan cuba untuk terima dia."

"Takkanlah kau masih ingatkan dia? Sudahlah Aryan. Dia pun dah tak nak dekat kau." Dia pun dah penat nasihatkan Aryan. Orang dah tak nak, janganlah berharap lagi. Sah-sah dia tak nak Aryan lagi. Aryan saja yang masih mahukan dia.

"Suka hati akulah nak ingat siapa pun. Hati aku bukan kerja kau untuk uruskan." Aryan mula berang. Dia tak suka kalau ada orang yang mempertikaikan tentang hatinya. Walaupun kawan sendiri yang mempertikaikan.

"Aku tak nak kau terus sakit. Kalau dia perasan, tak apalah juga. Bagi aku, kau kena tengok apa yang kau ada sekarang. Bagi peluang untuk orang yang betul-betul nakkan kau."

"Balik," arah Aryan kasar. Dia tak mahu sebarang nasihat yang khas untuknya.

"Fine. Tapi aku harap kau fikir baik-baik. Aku balik dulu." Danny tepuk bahu Aryan dua kali sebelum keluar dari rumah. Kalau ikutkan hati dia, memang nak suruh Aryan bayar balik duit minyak yang dia sudah gunakan untuk datang ke situ.

Tapi, dia tahu Aryan masih berserabut lagi. Jadi tak tergamak pulalah dia nak minta.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now