part 37

4.4K 165 0
                                    

Rahang Alia terjatuh apabila dia berdiri di hadapan sebuah pusat beli belah yang popular di kalangan pusat beli belah yang lain. Selama dia hidup, inilah kali pertama dia jejakkan kaki ke situ.

"Tutup mulut tu. Macam tak pernah tengok mall je." Bawah rahang Alia ditolak dengan iPhone Aryan.

"Awak, saya tak pernah datang sini tau. Mestilah saya teruja."

"Sekarang dah datang, kan? Dah, jom masuk." Tangan Alia ditarik supaya Alia berjalan dengannya. Tapi, kaki Alia tidak melangkah ke depan. Aryan angkat kening tanda pelik dengan Alia.

"Saya atau awak yang kena bayar? Kalau saya, tak naklah beli dekat sini."

"Kenapa?"

"Yelah, kalau tempat pun dah gah, harga barang apatah lagi. Saya mana ada duit nak beli barang tu semua."

Tadi Aryan ada kata yang dia mahu belikan Alia pakaian untuk pergi kerja. Kata dia, dia rasa Alia patut beli baju baru. Yalah, setiap minggu asyik ulang baju yang sama saja. Lagipun, Alia berhak dapat ganjaran kerana hasil kerjanya yang bagus.

"Aku bayar. Jom, and make sure kau jalan sebelah aku." Macam biasa, Alia akan dengar ayat itu sebelum mereka pergi ke mana-mana tempat yang ramai orang. Tapi, selalunya dia akan balas begini.

"Yelah, dan jangan pegang tangan saya. Saya tahulah nak jalan sebelah awak." Ya, inilah balasannya. Aryan angguk faham. Dia tak kisah, asalkan Alia tak hilang.

Mereka mula melangkah masuk. Kalau tadi, Alia tergamam apabila tengok dari luar. Bila dah masuk, reaksinya makin kuat daripada tadi. Sekarang ni, dia masuk pusat beli belah yang biasa orang datang atau shopping mall untuk orang-orang kayangan?

Aryan tepuk dahi. Aduhai, janganlah nampak macam rusa yang baru masuk bandar. Sudahlah ramai tengah tengok Alia sekarang ini.

"Boleh tak kau cover sikit muka kau tu? Buruk." Aryan kutuk Alia selamba. Alia mula naik angin. Namun dia kawal dirinya daripada buat apa-apa yang akan memalukan dirinya dan Aryan.

"Mana ada saya buruklah!"

"Ada. Kau je yang tak sedar." Aryan menonong masuk tanpa menunggu Alia. Alia mula naik angin sekali lagi. Tadi bukan main suruh jalan sebelah dia. Sekarang siapa yang tinggalkan siapa sekarang?

Kaki Alia melangkah masuk, mengikuti Aryan yang sudah jauh ke hadapan.

"Kenapa?"

"Hmm, awak tak rasa ke yang baju-baju dekat sini mahal? Lagipun, saya bukannya ada duit pun." Yalah. Kalau tengok orang-orang yang ada di dalam butik itu, memang first impression Alia adalah, "oh, kayanya diorang".

Betul, kan?

"Aku kan ada. Jomlah, nanti nak pergi tempat lain pula." Hujung lengan baju Alia ditarik. Dah Alia tak bagi pegang tangan, dia peganglah hujung lengan baju.

Bila kakinya baru mencecah lantai butik, hatinya mula rasa takut. Takut dengan pandangan orang-orang kaya yang berada di dalam. Tapi yang tengok pun hanyalah remaja atau anak dara saja. Mak datin semua sibuk dengan pakaian yang menjadi pilihan mereka.

Hah, dia tahu. Mesti sebab diorang rasa yang dia tak layak berada di sebelah Aryan. Like, yeah. Siapa saja yang tak kenal Aryan, kan? Ataupun, mereka pelik sebab orang macam dia masuk ke situ.

"A... Aryan. Sa... saya tunggu dekat luarlah."

"Aku mana pandai cari barang perempuan. Jangan fikir bukan-bukan, aku akan ada dengan kau."

"Janji eh awak tak lari?" Aryan angguk yakin. Dah dia yang bawa Alia ke situ, takkanlah dia nak tinggalkan Alia pula.

Alia senyum walaupun dalam hati masih takut-takut. Hatinya tak yakin bila nampak beberapa orang perempuan yang merenung dia macam dia adalah banduan yang baru lepas lari dari penjara.

"Welcome, how I can help you?" ucap seorang pekerja perempuan. Namun, Alia mula perasan sesuatu. Ucapan itu bukan untuk dia, tapi hanya untuk Aryan.

"Hi. I just want to get some outfit for my girlfriend."

Alia pandang muka Aryan yang nampak beku ketika bercakap. Tak, dia terkejut. Bukan setakat dia, tapi pekerja tadi pun sama. Mungkin dia tidak menyangka bahawa Aryan telah mempunyai teman hidup.

"Girlfriend? Oh, sure. Follow me." Sebelum dia berlalu ke belakang, sempat lagi dia jeling Alia. Apa? Jealous ke sebab tak dapat 'boyfriend' sehandsome Aryan?

Aryan hanya serahkan hal Alia pada pekerja yang ada di situ. Sementara dia tunggu, sempat lagi dia bermain-main dengan rambutnya di hadapan cermin. Erk, dia tak tahu ke perbuatan dia membuatkan ramai memandang ke arahnya?

"Sorry, but can I have your number?"

Aryan pusing ke belakang apabila terdengar ayat yang dilontarkan oleh seorang perempuan di belakangnya. Oh, bukan. Ada dua orang, tapi yang sebelah itu lebih, ermm... malu-malu.

"Pardon?"

"Your phone number. Can I have it?" Perempuan tadi menayangkan telefon pintarnya di hadapan Aryan. Tangan Aryan bergerak untuk ambil telefon milik perempuan itu.

Mereka berdua nampak teruja apabila permintaan mereka ditunaikan. Tak sangka mereka bertuah sebab dapat nombor telefon jejaka yang popular di dalam bidang perniagaan.

"Here. Tapi jangan tengok dekat sini. Nanti orang nampak." Dalam hati, Aryan cuba untuk menahan dirinya daripada gelakkan mereka berdua. Ada sebab kenapa dia suruh mereka berdua jangan tengok nombornya di sini.

Kebetulan, Alia baru saja siap mencuba pakaian yang pekerja tadi cadangkan untuknya. Apabila dia keluar, dia dapat perhatian daripada ketiga-tiga pasang mata. Pandangan mata Aryan nampak biasa, tapi pandangan mata daripada dua orang perempuan itu mula membuatkan dia rasa tidak selesa.

"Awak, cantik tak?" tanya Alia pada Aryan. Dia cuba untuk tidak pedulikan akan pandangan tajam mereka berdua.

"Eww, you siapa?" tanya perempuan yang malu-malu tadi. Baru dapat dengar suara dia. Kalau tadi, bukan main kekalkan personaliti sebagai perempuan Melayu terakhir walaupun pakaiannya tidaklah menggambarkan dirinya sebagai orang Melayu.

"Saya..."

"She's my girlfriend. Kenapa?"

Oh, tidak. Sekali lagi? Aryan, itu Alia, bukannya Elisya. Ingat sikit. Kau kan dah get back dengan Elisya.

"But, why? With, this kampung girl? Ergh, so disgusting." Muka jijik ditayangkan. Alia mula rasa kecil apabila berdiri di antara mereka. Yalah, mereka berdua, termasuk Aryan, kan dikelaskan sebagai orang-orang berada. Dia pula hanyalah seorang perempuan kampung yang miskin dan tidaklah sekaya mereka.

"Biarlah kalau dia perempuan kampung sekalipun. Daripada kau, perempuan bandar tapi tak pandai tutup badan." Aryan mula bersuara. Daripada tadi dia perasan akan pandangan mereka terhadap Alia. Tapi, dia senyap. Cuba untuk butakan mata sendiri walaupun tenungan mereka bukanlah untuknya.

"Hey, you!" Kawan si perempuan malu-malu tadi mula meninggikan suara pada Aryan. Dirinya ketika minta nombor telefon Aryan tadi seakan-akan sudah hilang.

Namun Aryan masih kekalkan riak mukanya. Buat apa nak takut dengan perempuan yang cuma berani tinggikan suara padanya?

"Aku memang tak sempurna untuk judge cara pemakaian orang. Tapi lebih baik jadi orang yang jaga aurat dia daripada jadi orang macam kau. Dahlah pakai baju macam sarung nangka terkoyak, hati busuk pula tu."

Mereka berdua menunduk, mungkin malu dengan kata-kata Aryan. Alia pun berikan reaksi yang hampir sama.

"Pergi tukar baju. Aku bawa kau pergi tempat lain," bisik Aryan. Alia angguk sebelum masuk semula ke dalam bilik persalinan.

"Lain kali, tolong jaga mulut tu." Aryan pesan untuk kali yang terakhir sebelum dia bawa Alia keluar dari butik itu.

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)Where stories live. Discover now